Pengikut

Sabtu, 12 April 2014

Ujian Kecergasan Fizikal untuk Calon Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu.

Semenjak saya menerbitkan entri seperti berikut: saya dihujani dengan pelbagai soalan daripada calon guru yang akan menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).


Bagaimanapun, entri-entri yang saya terbitkan untuk perkongsian ini masih belum menjawab segala pertanyaan mereka ini. Hal ini demikian kerana, perkongsian saya ini lebih menjurus kepada pengalaman saya sebagai guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bukan PPISMP. 

Namun apa yang menghairankan saya setelah saya menggoogle, maklumat tentang UKCG tidak banyak yang dijumpai, pada hal program PPISMP ini telah lama ditawarkan. Sepatutnya banyak maklumat yang boleh diperolehi tidak kiralah sama ada coretan pengalaman peribadi ataupun maklumat lengkap tentang UKCG. 

Sebab itulah saya terpanggil untuk berkongsi serba sedikit walaupun tidak khusus hanya pada UKCG. Saya berharap calon faham dan maklum dan tidak menyalahkan saya sekiranya apa yang saya kongsikan ini kurang tepat ataupun tidak sama setelah calon menduduki ujian sebenar UKCG. 


Berbalik kepada tajuk entri, Ujian Kecergasan Fizikal untuk calon UKCG, ada seorang calon UKCG telah berkongsi info yang amat berguna untuk dikongsikan kepada semua. Pada perkiraan saya, info ini lebih menjurus kepada UKCG. 


Tentang pakaian juga, ada yang berkongsi mengenainya setelah menyemak surat panggilan. Saya kira dapat memberi pencerahan kepada calon. 


Sekiranya calon inginkan penjelasan lanjut tentang persoalan yang dihadapi boleh berhubung terus dengan pihak KPM.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA 
(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6720/6733/6769/6723


Semoga Berjaya!


29 ulasan:

  1. semalam terperasan ada budak bakal ke temuduga ukcg..blog bro mmg bermaanfaat utk mereka yang punya seribu satu soalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga memberi sedikit sebanyak pencerahan kepada calon UKCG Fizi. Ya, tak banyak info yang dikongsikan di Internet, jadi saya ambil inisiatif ini untuk berkongsi serba sedikit.

      Padam
  2. aduh, ujian kecergasan ni masalah sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janganlah risau ya. Buatlah yang terbaik. Rasanya ujian itu asas sahaja untuk menguji tahap kecergasan untuk menjadi seorang guru. Semoga berjaya.

      Padam
  3. owh, nak jadi cikgu pun ada ujian kecergasan yer. baru tahu.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ada. Ujian ini penting agar guru yang dilahirkan nanti cergas.

      Padam
  4. ada sape2 tahu tak hari untuk temuduga sama dgn hari ujian ke camne ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak sama. Ujian UKCG hanya untuk ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal. Calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

      Padam
  5. Wah, info sangat berguna daripada cikgu kepada yang memerlukan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar berkongsi Hanif. Moga bermanfaat kepada yang memerlukan

      Padam
  6. Perkongsian sangat bermanfaat untuk para guru.

    Untuk makluman Cikgu Hemi, saya telah berpindah ke blog http://jaringanperkongsianmindaanda.blogspot.com/, untuk memudahkan kemaskini...cikgu boleh linkkan blog di atas ke blog cikgu, jika diperlukan;), Terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, Tuan Masshah. Nanti saya tukar ya. Terima kasih atas makluman ini.

      Padam
  7. Waalaikumsalam..memang semakin mencabar sekarang ni utk menjadi seorang guru, apapun kita doakan adik2 kita berjaya dalam ujian tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ustazah. Harap-harap calon guru ni tabah menghadapi cabaran.

      Padam
  8. nak jadi cikgu pun ada latihan kecergesan rupanya
    baru tahu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada. Nanti tidaklah orang kata guru ni lemah dan tidak berdaya. Jadi guru sekarang ni sangat mencabar dan menuntut ketahanan fizikal dan mental.

      Padam
  9. Ini adalah peluang utk cikgu memperbanyakkan entri berkaitan, tetapi perlulah ada maklumat dan rujukan dari seseorang yg pernah melaluinya. Entri ini pasti banyak membantu mereka yg memerlukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, perlukan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai. Saya akan usahakan untuk membantu calon guru ni.

      Padam
  10. Maklumat yg pastinya membantu kpd yg memerlukan...

    BalasPadam
  11. Pakaian memang T-Shirt putih and Tracksuit. Ujian ini terbahagi kepada beberapa stesen (komposisi tubuh badan, lompat kuadran, kilas sisi, bangkit tubi bervariasi, bleep test). Untuk komposisi tubuh badan, kite owg ukur berat dan tinggi untuk cari BMI. Untuk lompat kuadran, peserta kena buat lompat kuadran semampu yang boleh dalam masa 10 saat. (skor terbaik dye saya tak tau sebab saya busy merekod). Untuk kilas sisi, peserta kena buat kilas sisi (tunduk, kilas ke kiri, tunduk lagi, kilas ke kanan) semampu yang boleh dalam masa 1 minit (skor terbaik dye pun saya tak tau sebab saya busy merekod). Untuk bangkit tubi bervariasi, peserta kena buat dalam lima tahap. Tahap pertama, bangkit tubi tapak tangan cecah lutut. Tahap kedua, bangkit tubi siku cecah lutut sambil dada melekat di betis. Tahap ketiga, bangkit tubi sambil peluk tubuh. Tahap keempat, bangkit tubi tangan di atas kepala yang mana tangan mesti dikunci. Sekiranya tangan terlepas ke hadapan maka peserta tersebut dianggap gagal melepasi tahap keempat. Tahap kelima, tangan disilang di scapula. Ikut kemampuan peserta. Kalau dye mampu tahap dua, maka tahap dua jarklah yang akan direkod. Stesen terakhir adalah bleep test untuk uji stamina peserta. Ada lebih kurang 8 tahap kalau tak silap saya. Kalau perempuan, yang terbaik ialah sampai tahap 5. Yang lelaki pulak, sampai tahap 6. A+.

    BalasPadam
  12. Assamualaikum..ujian bertulis tu macam mana? soalan apa?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78