Pengikut

Rabu, 30 April 2014

Panduan Menulis Pengalaman & Pernyataan Hasrat untuk Temu duga Guru IPG 2014

Assalamualaikum.

Borang Pengalaman & Pernyataan Hasrat
-Versi lama. 

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Pepatah "bukan senang hendak menjadi senang, bukan susah hendak menjadi susah" seringkali kita dengar dalam mempertalikan apa jua perkara yang difikirkan boleh dikaitkan dengan mauduk perbincangan. 

Justeru, dalam perkongsian entri kali ini saya ingin mempertalikannya secara ringkas bahawa bukan senang hendak menjadi guru dalam konteks Sistem Transformasi Pendidikan Negara sekarang ini. 

Kenyataan ini bukan untuk menakutkan calon guru, sebaliknya sebagai satu lontaran cabaran agar calon guru lebih berdaya saing dan memiliki jati diri yang utuh bertunjangkan keimanan yang teguh. Selaras dengan itu juga, tema Hari Guru pada tahun ini, Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi dipilih sebagai wadah pembangunan pendidikan negara.

Panduan untuk Guru Institut Pendidikan Guru Malaysia 

Bermula daripada membuat permohonan, menyemak menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru yang agak mencabar, kini sudah tiba masanya calon bersedia pula untuk sesi temu duga. Saya pernah berkongsi "Panduan Temu duga Menjadi Guru" yang saya hadiri. Boleh klik entri berkenaan jika bermanfaat. 

Saya pernah menyatakan bahawa saya hendak berkongsi tentang Panduan Menulis Pengalaman & Pernyataan Hasrat untuk temu duga calon guru Institut Pendidikan Guru 2014. Perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya sewaktu memohon menjadi guru satu ketika dahulu. 

Semakan Panggilan Temu duga Guru 2014

Sebelum membaca lebih lanjut, adakah calon yang telah menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) pada 14-18 April 2014 lalu telah menyemak status keputusannya? Jika belum, semak dahulu (Semakan Dibuka mulai 5 Mei 2014). Jika berjaya calon bolehlah mencetak maklumat yang diperlukan seperti Surat Panggilan Temu duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat

Setelah butiran tersebut dicetak, calon hendaklah bersedia untuk fasa temu duga. Pertamanya, calon dikehendaki mengisi atau menulis borang Pernyataan Hasrat. Pada borang tersebut, calon perlu mengisi Nama, No. K/P, Kod Pusat Temu duga dan Tarikh Temu duga dengan menggunakan pen (sebolehnya pen hitam).

Semasa temu duga nanti iaitu bermula pada 12-22 Mei 2014 calon perlu membawa butiran tersebut sekali. 

Panduan Menulis Pengalaman & Pernyataan Hasrat

Pada borang Pengalaman dan Pernyataan Hasrat terdapat beberapa soalan yang harus calon menjawabnya dengan bijaksana dan teliti. Oleh itu, panduan ini bolehlah dijadikan contoh atau rujukan untuk menulis borang tersebut.

Dalam kamus Dewan Edisi Keempat, Pernyataan bermaksud, kata-kata yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman atau kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat isu tentang sesuatu perkara. 

i) Secara ringkas nyatakan:
a) Mengapa anda memilih profesion perguruan.

Alhamdulillah, sewaktu menulis ruangan ini saya diberikan sedikit panduan oleh seseorang yang boleh dianggapkan orang yang terpenting dalam organisasi pengurusan IPG sendiri. Beliau menyatakan kepada saya, kebiasaan calon akan menulis, mereka memilih profesion perguruan kerana minat atau cita-cita yang disemai sejak kecil.

Namun beliau menyangkal bahawa, minat tidak boleh diukur atau sukar diukur. Jadi, biarlah jawapan yang ditulis untuk ruangan ini lebih jelas dan tersurat. Oleh itu, minat biarlah berada di kedudukan kedua, ketiga atau terakhir sekali. 


Alangkah ruginya, jika saya fotostat kertas yang saya tulis itu bolehlah juga saya kongsikan jawapan lengkap yang saya tulis. Tulisan saya pada buku catatan juga entah lesap ke mana. Jadi, saya akan berkongsi apa yang saya ingat sahajalah. Perkongsian saya ini lebih menjurus kepada calon yang ditawarkan jurusan bahasa Melayu. 

1. Untuk memartabatkan bahasa Melayu.
2. Tuntutan Agama
3. Menjadi orang tengah dalam sistem pendidikan antara masyarakat.
4. Minat/Cita-cita

Setiap satu isi haruslah dihuraikan secara ringkas.


b) Pengalaman anda dalam bidang keguruan.

Saya yakin tidak semua calon mempunyai pengalaman dalam bidang keguruan. Bagaimanapun, calon boleh menulis atau berkongsi pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini sama ada pernah menjadi guru ganti, guru tadika, guru sandaran, guru di sekolah swasta, guru tuisyen dan seumpamanya. 

Suka diingatkan supaya calon juga perlu mencatatkan tempoh masa dan tempat bertugas secara ringkas sebagai bukti yang boleh dipercayai.

(Kepada yang tidak mempunyai pengalaman ini saya kurang pasti bagaimana hendak mengisinya. Insya-Allah, jika saya ada maklumatnya akan saya kongsikan nanti.)


ii) Sekiranya anda terpilih, apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang keguruan?

Sekali imbas, sudah pastilah calon berkobar-kobar hendak menyatakan apakah sumbangan yang boleh diberikan. Namun begitu, seeloknya buatlah pilihan yang terbaik dalam memberikan sumbangan mengikut keutamaan. Antaranya:

- Menyampaikan ilmu kepada anak bangsa
- Mendidik sahsiah dan membentuk akhlak murid yang terpuji
- Sentiasa berusaha menyumbangkan idea untuk meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid
- Menyatakan komitmen yang tinggi untuk sekolah
- Sentiasa bersedia untuk bekerja lebih masa dan bekerjasama dengan pihak pentadbir demi memajukan        sekolah.
- Sumbangan lain yang difikirkan sesuai. 

Nota: 
1. Jika kalian yang membaca entri ini jika berasakan perkongsian ini bermanfaat, sudi-sudilah kongsikan dalam apa jua laman sosial yang lain, boleh saja klik ke Facebook, Google dan sebagainya. Jangan lupa follow blog ini juga ya. 
2. Terima kasih. Kepada yang tidak segan silu hendak "copy paste" atau seumpama dengannya jangan lupa kreditkan ke blog ini ya. 
3. Jika ada pembaca yang hendak berkongsi pandangan dan menambah apa yang saya tuliskan ini, silakan tinggalkan pandangan anda itu di kotak komen. 
4. Entri ini akan saya kemaskini dari masa ke masa. 




44 ulasan:

  1. panduan yg baik bagi mereka yg memerlukan..

    BalasPadam
  2. nota no2 tu jangan buat remeh untuk si kaki plagiat..hehehe..

    BalasPadam
  3. Maklumat & nasihat peringatan yg sgt berguna...

    BalasPadam
  4. Perkongsian pengalaman yang cukup berharga. Bukan ramai yang nak mencurahkan pengalaman mereka utk orang kesenangan dan panduan orang lain! Semoga ianya dapat beri manfaat kpd mereka yg memerlukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, moga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

      Padam
  5. trima ksih ats prkongsian yg bnyak mmbntu sya . ini sngat brguna kpda calon guru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, moga sedikit sebanyak dapat membantu.

      Padam
  6. Helaian Pernyataan Hasrat? Ada ke? Saya sudah print semua seperti yg dikehendaki. Tapi tiada pula Helaian Pernyataan Hasrat ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ya ke? Selalunya disertakan sekali. Jika diikutkan dalam iklan semakan temu duga ni memang ada.

      Padam
    2. memang x ade ....so,kalau buat pakai kertas kosong biase boleh kan,,

      Padam
  7. susah juga nak jadi cikgu ni rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua ini adalah cabaran yang harus dilalui oleh semua calon sebelum layak bergelar guru.

      Padam
  8. sy dah rujuk bebrapa kali surat yang sy dah print, tapi takde untuk bahagian ini . kena buat juga ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika begitu, tak perlulah sertakan. Selalunya ada. Kalau ikutkan pada kalendar aktiviti semakan kursus ni ada dinyatakan.

      Padam
    2. oh begitu. jadi kalau takde helaian untuk bahagian ini, digalakkan buat ke?

      Padam
    3. Rasanya tidak perlulah, sebab tidak diminta berbuat demikian. Jika mahukan kepastian, boleh berhubung terus dengan pihak berkenaan.

      Padam
    4. terima kasih . cikgu , ada tak sedikit tips untuk iv esok? gementar sy . sy harap sgt dapat ipg . sbb kos yang sy minat . upu pun sy dapat . tapi kos tu sy kurang minat dan takut tak dapat bawak . harap cikgu dapat membantu .

      Padam
  9. helaian pernyataan hasrat tak ada pun???

    BalasPadam
  10. alhamdulillah , akhirnya sy jpe pnduan yg sgt berguna as rjukn sfore intrview isnn nh .. syukran alfun .. *,^

    BalasPadam
  11. takdak helaian pernyataan hasrat pun walaupun sudah beberapa kali check .. adakah perlu disertakan juga ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika hendakkan kepastian boleh terus hubungi KPM bahagian pengambilan ini.

      Padam
  12. kat mna nak dapatkan borang pernyataan hasrat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak pasti, selalunya disertakan. Jika tidak disertakan, tidak perlulah barangkali.

      Padam
  13. soalan temuduga untuk course bahasa inggeris lebih kurang macam soalan bg course bahasa melayu ke? risau iv 15/5 ni. susah nak cari rujukan bg temuduga untuk course bahasa inggeris.

    BalasPadam
  14. saya dah telefon dah pihak ipg atasan... helaian pernyataan hasrat tidak diperlukan

    BalasPadam
  15. Terima kasih atas info yang sangat berguna. :D

    BalasPadam
  16. Kalau karang kat kertas lain boleh x??? Sbb ruangan dibagi kat penyata hasrat tu sikit je...

    BalasPadam
  17. Kalau karang kat kertas lain boleh x??? Sbb ruangan dibagi kat penyata hasrat tu sikit je...

    BalasPadam
  18. Tahniah untuk perkongsian yagn hebat...mohon gunakan serba sedikit yer...terima kasih

    BalasPadam
  19. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  20. Tumpang tanya..apa yang perlu ditulis untuk permulaan pernyataan hasrat?

    BalasPadam
  21. Salam..Cikgu tumpang tanya penyata hasrat tersebut adakah perlu dilengkapkan siap-siap daripada rumah atau perlu menunggu dilengkapkan di hari temuduga sebelum diserahkan kepada pihak urusetia?

    BalasPadam
  22. Sangat membantu dan terima kasih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78