Pengikut

Selasa, 15 April 2014

Semakan Panggilan Temu Duga Calon Guru IPG 2014

Assalamualaikum.


Bermula pada 14 April hingga 16 April 2014 calon guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2014 menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). 

Setelah itu, keputusan UKCG akan dapat diketahui sekitar 5 Mei 2014 nanti. Oleh itu, calon diingatkan supaya bersedia dari semasa ke semasa dan sentiasa menyemak status permohonan dalam laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my

Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui laman sesawang KPM.

Insya-Allah, saya akan cuba berkongsi tentang bagaimana cara menulis Pernyataan Hasrat di blog ini. Oleh itu, sentiasalah berkunjung ke blog ini ataupun bagi yang ada akaun gmail boleh juga follow blog ini.

Link semakan.
(Mulai 5 Mei 2014)

SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA CALON GURU IPG 2014

Semakan Keputusan Temu duga Calon Guru IPG 2014  - Terkini
(Mulai 17 - 24 Jun 2014)


Selepas semak, jom tengok entri ini pula.

1. Panduan Menulis Pengalaman & Pernyataan Hasrat
2. Panduan Temu duga Menjadi Guru
3. Tips dan Contoh Soalan Temu duga Guru IPG/KPM

Nota: Jika blog ini bermanfaat untuk semua jangan lupa follow atau menjadi ahli di bahagian atas. 

39 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sebagai persediaan dan peringatan kepada calon.

      Padam
  2. Bagus juga artikel cam nie cikgu

    BalasPadam
  3. Yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar kenalah sentiasa peka terhadap pengambilan baru ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah bermula proses tapisan ataupun ujiannya kak. Jadi, keputusan untuk ujian pertama ni akan diketahui sedikit masa lagi.

      Padam
  4. Balasan
    1. Alhamdulillah, moga bermanfaat kepada calon yang terlibat.

      Padam
  5. cecita ku ingin menjadi guru bg kanak2, apakan daya hajat tak kesampaian. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin rezeki Encik Ket pada bidang lain.

      Padam
  6. Satu maklumat awal yang perlu diberi perhatian kpd mereka2 yg berkenaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga calon sentiasa bersedia untuk menyemak status ujian UKCG mereka.

      Padam
  7. ya allah .. susah nya nak jadi cikgu . . ujian fizikal haritu agak susah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anggap ini semua sebagai ujian permulaan. Semoga berjaya.

      Padam
  8. Maklumat yg bagus kpd yg berkenaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah harapan saya, moga dapat membantu yang memerlukan.

      Padam
  9. Dalam masa menunggu keputusan temu duga ipg, bolehkan saya masuk ke matrik dulu? Adakah saya akan dikenakan denda kalau keluar awal dari matrik apabila mendapat tawaran KPLSPM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tidak kena denda. Tapi, sebaliknya anda akan rugilah jika telah membayar yuran pengajian semua.

      Padam
  10. Adakah panggilan temuduga untuk sesi yg kedua bagi tahun ini? Sebab kwn2 yg lain pda tahun2 yg lalu ada panggilan kedua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu saya tidak pasti sama ada, ada panggilan kedua atau tidak. Barangkali bergantung kepada tawaran daripada IPG.

      Padam
    2. Bolehkah rayuan dibuat bagi pihak yg x berjaya mendpt panggilan temuduga?

      Padam
    3. Tunggu hebahan rayuan dibuka jika ada. Semuanya bergantung pada penawaran daripada IPG.

      Padam
  11. Rayuan boleh dibuat tidak bagi pihak yg x berjaya?

    BalasPadam
  12. Borang pnyataan hasrat tu dot Sana bru dpt or dy ad DLM intrnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya sudah diberi. Tak tahulah kalau tahun ini tidak perlu menulisnya.

      Padam
  13. terima kasih atas perkongsian :) amat berguna terima kasih yea ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Moga bermanfaat.

      Tahniah ya, semoga berjaya.

      Padam
  14. hello ! bolehkah saya tanya , kalau chinese girl pakai baju kurung boleh tak?

    BalasPadam
  15. Salam sjhtra, helaian pernyataan hasrat nak ambil d mana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya dilampirkan sekali dan calon perlu mencetaknya.

      Padam
  16. Temuduga DLM bhsa??...utk y ambl sbjk math or sains

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk subjek lain saya kurang pasti. Untuk Bahasa Melayu memang dalam bahasa Melayu.

      Tetapi rasanya dalam bahasa Melayu, kecuali cikgu Bahasa Inggeris.

      Padam
  17. Sy ada dua soalan. Soalan yg pertama, sy ada baca bhw yg dpt pendidikan muzik, pengajian islam n bahasa arab akan ada interview + ujian amali. Ujian amali tu macam mana ye? Terutama utk kos bhasa arab. Sbb sy dpt ppc bhasa arab. N interview nya pd 12 mei nih. Sbnrnya,sy ada juga buat research tntg ujian amali tuh..tp x jumpa. Hanya jumpa utk pndidikan muzik shj.

    Soalan kedua.. Betul ke klau pakai blazer n name tag pd hari interview nnti akn dpt extra points?sbb sy mmg dh ada blazer n name tag. Cuma ragu2 nak pakai atau tidak..hrp dpt mmbantu. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan pertama, saya tidak melalui ujian amali kerana saya mengikuti kurus Bahasa Melayu. Jadi, saya kurang pasti bagaimana ujian amali itu dijalankan. Barangkali dia suruh mengajar dan sebagainya.

      Soalan kedua, saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab soalan ini. Hanya penemuduga sahaja. Masa saya dahulu, name tag tak pakai pun. Sebaliknya, penemuduga bagi tap untuk tulis nama dan kemudian lekat di baju.

      Padam
  18. Assalamualaikum. Saya sudah pergi ke temuduga IPG tempoh hari. Saya ingin bertanya, adakah salinan sijil sijil kokurikulum penting untuk diserahkan kepada penemuduga? Pada tempoh hari, saya tidak menyerahkan sebarang salinan sijil-sijil kokurikulum, tetapi saya ada bawa sijil asal kokurikulum. Adakah ia akan menyebabkan markah merit temuduga saya kurang disebabkan tidak menyerahkan salinan sijil kokurikulum?

    BalasPadam
  19. SALAM...sy gagal dlm temuduga...buleh x nk buat rayuan....kebiasaannya org yg buat rayuan ni ada x yg dpt...sgt memerlukan info...

    BalasPadam
  20. Tiada panggilan kedua ke utk kmsukn ke ipg ?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78