Pengikut

Isnin, 31 Mac 2014

Stok Buku Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa Sudah Ada


Alhamdulillah, petang tadi berkesempatan ke Wisma Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk mengambil stok buku saya, Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa. Oleh itu, saya membuka tempahan kepada yang berminat untuk membeli daripada saya. 

Harga Pasaran RM20. Harga yang saya tawarkan RM23 termasuk kos pos. Harga buku setelah diskaun 15% - RM17 dan kos pos atau penghantaran RM6. Insya-Allah, saya akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. 

Kepada yang berminat boleh "bank in" RM23 ke akaun CIMB saya di nombor 0205-0119145-52-0. Sertakan nama penuh, alamat lengkap, nombor telefon di sini (saya tidak akan publish maklumat tersebut). Ataupun hantar maklumat tersebut ke alamat e-mel saya mie_adham86@yahoo.com. Hanya setelah pembayaran dibuat, barulah buku akan diposkan. 



20 pembeli pertama akan diberikan "free gift" klip kertas ini. 

Sesungguhnya, saya amat mengharapkan sokongan kalian semua. Tanpa pembaca, buku ini tidak bermakna juga. *Jika mahukan tandatangan saya, maklumkan sekali.

Sebagai rujukan kalian boleh membaca entri yang berkaitan buku ini di pautan di bawah:

116 ulasan:

  1. akak support helmi.. dah transfer duit ke akaun cimb helmi.. perincian maklumat alamat dan no telefon tu nanti akak emelkan kepada helmi ya.. semoga helmi terus success.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Kak Aiza yang sentiasa menyokong saya. Saya amat hargai. Insya-Allah, bila saya dah pos nanti saya maklumkan semula kepada akak.

      Padam
  2. In Shaa Allah ramai pembeli tu nanti cikgu..sayangnya kita tak suka baca cerpen...nway good luck ya!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kata-kata semangat itu. Sememangnya, saya akui agak sukar untuk penulis menjual karyanya sendiri. Namun, saya tetap mencuba. Rezeki itu semuanya pemberian Allah SWT.

      Padam
  3. Assalamualaikum. CIMB dah tukar no akaun kan? 10 angka saja. No akaun yang lama masih boleh guna sebenarnya tapi kalau dapat bagi yang baru lagi bagus. In shaa Allah saya beli nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada dengar juga. Tapi bagaimana nak dapatkan nombor baru tu? Semalam "Mizz Aiza" transfer ke nombor lama, masih boleh diterima.

      Terima kasih, atas sokongan.

      Padam
  4. peminat cerpen juga sastera sudah tentu gembira dengan berita ini . insha Allah , ramailah yang membelinya nanti .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Harapan saya juga begitu. Saya berharap, terutamanya pencinta karya sastera dan penulis saling membantu dengan membeli karya rakan-rakan. Pembaca lain juga amat dialu-alukan. Tanpa pembaca, tiada guna juga buku seperti ini diterbitkan.

      Terima kasih, atas sokongan.

      Padam
  5. helmi, kak anim booked 1. lama dah kak cari. lewat sikitle bank in sebab baru dapat online mlm ni. kak tak pandai guna online banking. so, nanti kak bank in di ipoh no weekend ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Anim, saya amat terharu dengan kesungguhan dan sokongan yang diberikan. Sebagai penulis, tiada ucapan yang dapat saya berikan melaikan alhamdulillah dan terima kasih.

      Ya, boleh. Saya simpankan. Nanti Kak Anim bagi alamat dan nombor telefon ya.

      Padam
  6. tahniah bro..fizi dkung tgh tunggu ptptn masuk dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, saudara Fizi. Saya amat mengalu-alukan.

      Padam
    2. bro, apaki baucer buku dapat x?..

      Padam
    3. Baucar buku? Huhuhu... susah juga tu. Pening kepala juga saya nak tukar nanti.

      Padam
  7. Kathy nak 1 helmi.
    Nnt hntr detail pmbyran dll.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik, pesanan diterima. Terima kasih, Kak Kathy. Saya sangat terharu atas sokongan ini.

      Padam
  8. kat popular ada jual tak cikgu ?
    sebab kedai tu dekat je. takut teruja nak beli. >..<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti Syuk. Selalunya Kedai Buku 1Malaysia menjadi pengedar utamanya. Namun, kebanyakan tempat belum ada. Sebab itu saya ambil inisiatif untuk pasarkan sendiri. Lebih cepat. Ya, saya akui jika beli sendiri di kedai, boleh kurangkan harga pos kan. Sebenarnya serba salah juga saya nak letak harga sebanyak itu. Sebab itu saya bagi diskaun 15%. Harga pos laju untuk penghantaran memang tak boleh dikurangkan dah.

      Padam
  9. wah macam menarik......semoga Cikgu Helmi terus menghasilkan karya yang terbaik..tahniah..:D

    BalasPadam
  10. Salam, Bang Helmi seperti yang saya katakan sebelum ianya wujud lagi. Mahu satu ya beserta tanda tangan dan madah-madah daripada penulisnya sekali. Maklumat lain akan menyusul setelah pembayaran dilakukan ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, terima kasih Hanif yang sentiasa memberikan sokongan. Moga satu hari nanti, Hanif juga ada buku sendiri.

      Ya, pesanan diterima. Jika ada kawan-kawan yang seangkatan lain yang inginkan Tetamu Istimewa, maklumkannya.

      Padam
  11. salam.. saya nak beli.. nanti saya confirm semula ye..

    BalasPadam
  12. Saya nak.. in shaa Allah.. hari selasa ni saya bank in & maklumkan kpd cikgu lepas selesai.. T kasih diatas makluman.. semoga terus berjaya.. aamiin.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Tuan Khir atas sokongan ini. Baiklah, nanti bagi alamat dan nombor telefon kepada saya.

      Padam
  13. Balasan
    1. Terima kasih. Jika berminat boleh pesan daripada saya terus.

      Padam
  14. Hurmmmm, memang nak yang ada bonus tanda tangan. Cuma kewangan tak mengizinkan lagi. Insyaallah satu hari nanti pasti akan didapatkan juga. Tahniah cikgu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, atas niatnya itu. Insya-Allah, jika ada rezeki dapatlah membeli buku saya ini. Saya juga mendoakan buku Hanif dapat diterbitkan nanti. Sama-samalah kita menyokong antara satu sama lain.

      Padam
  15. Kalau saya nak, nanti saya akan hubungi cikgu dan kita jumpa...
    Insyaallah...saya dapat jangkakan sambutannya pasti menggalakkan. Semoga murah rezeki.

    BalasPadam
  16. Assalam
    Saya teringin juga mahu memilikinya. Insyaallah ya Cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, terima kasih atas keinginannya itu. Saya menantikan khabar gembira daripada saudara.

      Padam
  17. Assalamualaikum cikgu. Tiba-tiba pula tadi cek akaun, ada duit lebih. Terus buat bayaran untuk Tetamu Istimewa. Hehe. Bukti bayaran, maklumat diri, semua saya hantar melalui emel. Jangan lupa sertakan tandatangan dan ucapan ringkas yang menginspirasikan ya! Hehe. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, Hanif. Saya sangat berbesar hati menerima pesanan ini. Kesungguhan dan sokongan penulis muda seperti Hanif amat saya hargai. Baiklah, saya menantikan maklumat itu di e-mel. Insya-Allah, saya akan poskan buku tersebut pada hari Isnin nanti.

      Padam
  18. alamak cikgu, mama keciciran ke.. buzy sangat mama... nanti mama selongkar bank mama.. cek ada duit lebih tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya menantikan khabar gembira daripada mama. Sibuk buat kek ya.

      Padam
  19. assalamualaikum, teruskan usaha anda untuk menulis. In sha ALLAH pasti ramai yg meminatinya :)

    http://vitaminboutique.blogspot.com/

    BalasPadam
  20. insyaAllah mie..cik nor inform mie nnt yer..:)

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum, tahniah Cikgu Helmi :). Saya tumpang gembira. Saya berminat untuk beli, namun perlu tunggu bajet Mac..:).

    Insya Allah, dengan izinNya jua nanti, saya akan maklumkan bila sudah bank in dan selesai urusan. terima kasih.

    BalasPadam
  22. helmi..cek emel yer...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, terima kasih Kak Kathy kerana membeli Tetamu Istimewa.

      Padam
  23. salam jumaat cikgu, tahniah yer ! semoga terus sukses hendaknya..

    BalasPadam
  24. hehe..bila msk kedai2 buku ni..tercari2 gk buku cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang susah juga nak jumpa buku saya ni. Selalunya Kedai Buku 1Malaysia saja. Boleh pesan terus daripada saya Jie.

      Padam
  25. Balasan
    1. Saya masih buka untuk tempahan. Stoknya masih ada. Terima kasih.

      Padam
  26. Salam Helmi... idah ada taja hadiah untuk segmen yang dianjurkan oleh Blogger Hunyeda... dan hadiah yang disponsor tu adalah senaskah Buku Tetamu Istimewa... mohon nanti Helmi poskan kepada pemenangnya yeaa.. :D boleh kaannn...! TQ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, boleh. Nanti Acik Idah maklumkan kepada saya semula.

      Padam
  27. Himpunan cerpen la ni? Nampak best gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, himpunan cerpen. Kalau berminat boleh pesan daripada saya.

      Padam
    2. In sya Allah akan pesan apabila berminat nanti...

      Padam
  28. yumida ade hantar email
    nak baca karya cikgu jugak :)
    pastu pasing kat anak buah..dia pun suka membaca gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya dah jawab dalam e-mel. Nanti bagi maklumat yang diperlukan ya.

      Padam
  29. dah terbaca review dari saudara khir khalid... teringin nk beli. tapi terjumpa segmen yg ada hadiah buku ni.. kalau x dapat hadiah tu, mgkin akan konsider nk order kot.. hehehe

    BalasPadam
  30. Tahniah atas penghasilan karya ini :)

    BalasPadam
  31. tahniah bro..atas kelahiran buku tetamu istimewa..semoga trus maju dan berjaya..:)

    BalasPadam
  32. wah bagus la teringin gak nak tulis novel tp xda org nak jd mentor huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga tiada mentor sewaktu di awal pembabitan. Cuma banyak buat rujukan melalui pembacaan. Semoga berjaya.

      Padam
  33. salam mie. sir zuki also wants to buy a copy. I rarely read novels lately due to job commitment but your novel seems enticing. I will inform you when the payment has been made. Good luck, bro!

    BalasPadam
  34. Assalammualaikum...tetamu istimewa,

    mselim3 suka .. buku nie popular di mana2 .. mesti best buku nie...

    mselim3

    pls: tetamu istimewa ada buat review x buku nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, Tuan Mselim3. Popular? Terima kasih.

      Pasal review boleh rujuk entri yang saya pautkan di atas. Jika berminat boleh maklumkan kepada saya sementara stok masih ada.

      Padam
    2. Insaallah..moga tetamu istimewa sukses dalam penulisan yer...

      mselim3

      Padam
  35. Balasan
    1. Terima kasih. Klip ni dah lama beli, tapi tak guna pun. Jadi, alang-alang dah ada, boleh jadikan hadiah sekali.

      Padam
  36. tahniah.. semoga terus berjaya

    BalasPadam
  37. wahhhh... bagusnya... congratsss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Mia. Kalau nak jadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiah segmen Kak Mia sangat dialu-alukan.

      Padam
  38. wahhh...tahniah!semoga terus berjaya... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kata-kata semangat yang dititipkan.

      Padam
  39. Saya masih belum lagi berkesempatan memiliki kumpulan cerpen tuan. Insya-Allah. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, saya ingatkan saudara Izham telah membacanya. Boleh pesan terus daripada saya.

      P/S: Mohon e-mel saya di e-mel yang saya sertakan di atas.

      Padam
  40. tumpang berbangga atas kejayaan saudara..tahniah..

    BalasPadam
  41. Salam Helmi...
    Pemenang segmen tu dah diumumkan... tapi pemenangnya masih belum lagi menuntut hadiahnya... sedang menunggu Hunyeda menguruskannya... sabar yer... kalau dia tak tuntut juga... mungkin idah jer la yang beli... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, oh. Saya sekadar bertanya, takut saya yang terlepas untuk mengirimkan hadiah nanti. Nanti Acik Idah maklumkan kepada saya ya, jika semuanya selesai.

      Padam
  42. wah tahniah.....cikgu!saya ni suka membaca. kena tunggu gaji dulu sebab bulan ni bajet dah lari beli segala tong isi air dan cuci di dobi he3....

    saya asingkan bajet khas utk support cikgu.ada lg stok kan...gaji tak lama je lagi :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Lea. Ok, saya menanti pesanan daripada Kak Lea. Stok masih ada.

      Padam
  43. Balasan
    1. Terima kasih chegu zam. Kalau berminat, boleh pesan daripada saya. Stoknya masih. ada. Mana tahu kalau nak hadiah kepada ada murid atau letak di PSS sekolah.

      Padam
  44. Assalamualaikum Cikgu Helmi, saya sudah memiliki buku tersebut, saya beli seusai menonton 'Monolog Jual Ubat' di Istana Budaya tempohari. Insyallah akan saya baca, tunggu giliran sebab banyak lagi buku yang menunggu giliran...;).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, terima kasih Tuan Masshah. Moga buku tersebut bermanfaat untuk Tuan seisi keluarga. Selamat membaca.

      Padam
  45. Acik Idah, nama penuh saya seperti yang tertera pada blog saya ini. Mohd Helmi Bin Ahmad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Helmi... RM23 idah dah transfer ke akaun spt di atas... jika tiada masalah insyaallah pagi esok masuk kot... no telefon penerima akan idah berikan nanti yer... TK.

      Padam
    2. Terima kasih Acik Idah. Kalau boleh berikan saya nombor telefon tu secepat mungkin ya. Saya cadang nak poskan esok selepas balik dari sekolah.

      Padam
  46. Salam.
    Saya memang suka beli buku antologi puisi dan cerpen. Cuma saya baru saja beli 3 buah buku iaitu
    1. Penulisan Puisi - Kreativiti, Praktik dan Diskusi oleh Dr. Lim Swee TIn
    2. Puisi Tepi Jalan oleh Fynn Jamal
    3. Ketika Kalbu Bersuara, kumpulan puisi duet oleh Nilamuri dan Nooramilia Hussain.

    Sampai bila tawaran ini Tuan? Kalau berkesempatan saya ingin dapatkan satu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, terima kasih Tuan/saudara afandi.
      Daripada tiga buah buku yang disenaraikan, saya sudah membaca Ketika Kalbu Bersuara.

      Tawaran ni sah hingga stok yang ada di tangan saya. Sekarang ini masih ada lagi. Jangan risau. Nanti, maklumkan pesanan kepada saya beserta butiran yang diperlukan.

      Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

      Padam
  47. salam singgah. dah lama tinggalkan bacaan cerpen puisi ni. dulu masa zaman sekolah minat sangat membaca. sekarang bila baca online, hadap laptop lama-lama, pedih mata +_+

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang suka membaca "buku" dalam laptop ataupun ebook. Saya lebih gemar membeli secara fizikalnya-buku.

      Padam
    2. Macam tu lah, saya pun tak minat sangat baca ebook kat laptop. Baca buku betul lagi senang

      Padam
  48. Assalamualaikum,
    Tahniah! Semoga lebih berjaya

    BalasPadam
  49. Tahniah :-) Semoga terus sukses di masa hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas titipan semangat yang diberikan.

      Padam
  50. berbanyak tahniah, semoga terus sukses ya :D

    BalasPadam
  51. salam jumaat...wah!!!makin suksess sekarang neh...semoga suksess selalu...terharu sangat bile bro sudi singgah dari blog mizz aiza....thanx sesangat...cumenya sy x boleh aktif macam dulu....huhuhuhuh!!!semoga terus melangkah ke hadapan!!!!...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78