Selamat petang semua. Di kala kita memberi perhatian kepada misteri kehilangan MH370, dalam pada masa yang sama jerebu yang saya lihat pada mulanya pada tahap biasa kini, semakin membimbangkan. Saya tidak pasti di tempat lain, di tempat saya Batang Kali persekitaran luaran memang tidak sihat untuk kami melakukan aktiviti luaran.
Antara lokasi yang dicatatkan IPU tidak sihat |
Pengiraan indeks pencemaran udara (IPU)
Bagi pengiraan IPU, bacaan antara 0 hingga 50 menunjukkan keadaan yang baik, 51 ke 100 masih terkawal sementara 101 ke 200 adalah tidak sihat; 201 ke 300 sangat tidak sihat dan 301 hingga 400 merupakan tahap berbahaya, 401 hingga 500 sangat berbahaya dan lebih 501 boleh diisytiharkan darurat.
Lima kategori bahan campuran pencemaran udara
Pengiraan IPU pula berdasarkan campuran lima kategori utama menyumbang kepada pencemaran udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon lapisan bawah(O3), karbon monoksida (CO) dan zarah di mana diameternya kurang 10 mikrometer (PM10)-themalaysianinsider.com
12 kawasan catat IPU tidak sihat
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan ialah Kuala Selangor dengan bacaan 155, Nilai (143), Pelabuhan Kelang (137), Banting (134), Putrajaya (124), Bukit Rambai (117), Batu Muda dan Seremban masing-masing dengan bacaan 112.
Kawasan lain ialah Petaling Jaya (107), Shah Alam (103), Sri Aman (101) dan Tanjung Malim (100).
Tiga lokasi lain menghampiri bacaan IPU tidak sihat iaitu Cheras (99), Port Dickson (98) dan Bandaraya Melaka (95).
Sekolah diarah tutup jika tahap IPU berbahaya
Di sekolah tadi, ramai juga murid yang memakai topeng untuk keselamatan. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan kita. Ibu bapa juga perlulah peka dengan makluman yang diberikan oleh pihak sekolah sama ada sesi persekolahan masih dijalankan atau ditutup.
Di ampang pun rasa nyer tinggi sebab bukit belakang rumah tak sampai 200 meter pun dah tak nampak langsung.. Moga allah taala memulihkan keadaan seperti sedia kala amin
BalasPadamkat sini dah cecah 147 klu tak silap . Bermula smlm petang dan hari ini makin tebal .
BalasPadamBanyak bersabar...
BalasPadamItulah zumal lihat macam semakin serius... Moga turun hujan secepat mungkin
BalasPadamMarilah kita berdoa agar hujan turun & meredakan segala permasalahan yg kita tanggung ini.. aamiin..
BalasPadamLepas satu... satu musibah yang melanda negara kita nie kan...
BalasPadamKena solat sunat taubat nie...
semalam adik kathy nak balik tawau,dia kata LCCT enuh jerebu,nak berjalan pun tak nampak jalan di depan..
BalasPadamsemoga kita semua terus tabah menghadapi ujian-ujian yang mendatang.. jerebu di tempat akak pun teruk juga..
BalasPadamnasib baik penang x tersenarai...
BalasPadamBetul! nak bernafas pun susah
BalasPadam