Pengikut

Isnin, 10 Mac 2014

Puisi MH370: Harapan dalam Doa Dhuha

Assalamualaikum.

MH370 Harapan dalam Doa Dhuha


Puisi MH370: Harapan dalam Doa Dhuha

Kita cantumkan doa
kita temalikan zikir
kita imarahkan muhibbah
demi satu kelangsungan harapan.

MH370 menerbang angkasa
menongkah samudera
merentas pawana
menghilang arah tanpa bayangan.

Menjelang Dhuha yang kita pohon
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuhamu
kecantikannya adalah kecantikan-Mu
keindahan itu keindahan-Mu
kekuatan itu kekuatan-Mu
Ya Allah, 
jika MH370 masih di langit, turunkanlah
jika MH370 masih di bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah 
jika jauh, dekatkanlah
dalam usaha pencariannya.

Berkat waktu Dhuha, 
kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaan-Mu
limpahkan kepada kami 
segala yang Engkau telah limpahkan 
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh
kami menadah doa penuh pengharapan
kembalikan MH370 kepangkuan.

Nukilan: Mohd Helmi Ahmad
Batang Kali, Selangor
9 Mac 2014

12 ulasan:

  1. Sama2lah kita berdoa agar dipermudahkan segala usaha pencarian & semoga diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi dugaan yang tidak terjangka ini... aamiin..

    BalasPadam
  2. Semoga MH370 kembali...aminn..

    BalasPadam
  3. Jangan putus harapan...semoga pesawat dan penumpang akan ditemui dengan selamat...amiin. Teruskan berdoa.

    BalasPadam
  4. Insya-Allah , amin :)

    BalasPadam
  5. cam penah dengar puisi ni, macam lagu nasyid tak silap saya
    emm...apapun semoga dipermudahkan segala urusan pencarian

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa, ini antara petikan maksud dari doa selepas solat dhuha.. nasyid yg saudari yana yani maksudkan mungkin nasyid nyanyian kumpulan UNIC, tentang doa selepas solat sunat dhuha..
      kan TM kan?

      Padam
  6. tahniah, cikgu. puisi ini terletak di tngga teratas carian google. cuma mintk tlg edit nm kpl terbng tu: yg tepat ialah mh370..:) puisi yg sgt mndlm krn ada titipn doa didlmnya..

    BalasPadam
  7. bagus puisi ini helmi.. puisi di dalam doa.. amin..

    BalasPadam
  8. indahnya puisi ini..

    BalasPadam
  9. Amin Ya Rabb...semoga diketemui MH370 ya Rabb...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78