Pengikut

Selasa, 18 Mac 2014

Contoh RPH Bahasa Malaysia Tema Perpaduan Tahun 4 KSSR

Assalamualaikum.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah pun memasuki Tahun 4 di sekolah rendah sekarang ini. Walaupun PBS ditangguhkan seketika, namun guru dan murid harus meneruskan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Oleh itu, di sini saya kongsikan Tema yang dipelajari oleh murid Tahun 4 dalam Bahasa Malaysia.

1. Kekeluargaan
2. Kemasyarakatan
3. Kesihatan dan Kebersihan
4. Keselamatan
4. Perpaduan
5. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
6. Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
7. Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
9. Pertanian dan Penternakan
10. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Untuk entri kali ini dan beberapa entri akan datang saya akan berkongsi tentang Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR mengikut tema yang disenaraikan di atas. Contoh RPH ini diperoleh hasil daripada kursus yang dihadiri oleh guru di sekolah saya pada tahun lepas.

Rumah Terbuka - kredit foto dari tepaksireh.blogspot.com
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 
BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 KSSR
TEMA: PERPADUAN

TEMA
PERPADUAN
TAHUN
4 TEKAD
TAJUK
RUMAH TERBUKA
MASA
9.30 – 10.30 pagi

STANDARD PEMBELAJRAN

2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan untuk menjana idea dengan betul.

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat penilaian dengan betul.

3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan untuk membuat carta daripada pelbagai sumber.

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks.



OBJEKTIF



Pada akhir pelajaran, murid dapat
i.                    Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk menjana idea dengan betul.
ii.                  Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat penilaian dengan betul.


AKTIVITI

1. Set Iduksi - Klip video lagu “Suasana Hari Raya” versi Upin Ipin

2. Murid ditunjukkan dengan beberapa keping gambar tentang rumah terbuka
.
3. Murid menyatakan pengalaman sendiri ketika menghadiri rumah terbuka
.
4. Murid membaca petikan yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

5.Murid membina jawapan daripada soalan yang dikemukan oleh guru berdasarkan petikan yang dibaca.

6.Murid membetulkan struktur ayat dalam teks cara memasak.

7.Murid menghasilkan sebuah peta minda berdasarkan teks tentang cara penyediaan rendang ayam.

8. Guru merumuskan pengajaran dan nilai murni ( menyatakan nilai yang tersurat dan tersirat )


Pemulihan
Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks
yang diberi.

Pengayaan
Murid menghasilkan peta minda berdasarkan petikan.


PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,  Pendidikan Kesihatan
Nilai  :     Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Perpaduan
EMK :    TMK
KB     :    Menjana Idea, Mengecam, Menentukan Urutan
BCB  :     Bacaan mentalis, Membina peta minda, Membaca pantas


BAHAN BANTU BELAJAR

LCD, benda  maujud, lembaran kerja, kamus


PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid dapat menjawab soalan pemahaman, menyusun struktur ayat dan membina peta minda berdasarkan cara penyediaan resipi rendang ayam.

REFLEKSI




7 ulasan:

  1. Perkongsian yg bermanfaat buat ibu bapa juga.. t kasih..:)

    BalasPadam
  2. Semakin maju cara pembelajaran murid2 sekarang

    BalasPadam
  3. sangat bermanfaat entri ini khususnya kepada merekayang berkaitan..

    BalasPadam
  4. bermanfaat untuk kathy..tq helmi..

    BalasPadam
  5. Pasti contoh yang dapat membantu mereka yg memerlukan.

    BalasPadam
  6. ni baru dia..sangat berguna..

    BalasPadam
  7. Sebenarnya idah masih blur lagi dengan KSSR nie... huhu... :(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78