Pengikut

Rabu, 12 Mac 2014

Gambar Pembantu MH370 Berfoya-foya yang Disiarkan Media Australia Amat Keterlaluan

Hari ini masuk hari kelima misteri kehilangan pesawat MH370. Semua orang tertanya-tanya dan ternanti-nanti perkembangan terbaru kehilangan MH370 ini. 

Bagimanapun, operasi pencarian ini sedikit terganggu dan tercemar apabila media Australia menyiarkan gambar-gambar pembantu juruterbang MH370 yang berfoya-foya. 

Bukankah tindakan ini boleh dianggap keterlaluan di kala semua pihak termasuk keluarga mangsa amat menanti kepulangannya.

gambar sebenar Fariq Ab Hamid



KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melahirkan rasa terkejutnya berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid. 
Menurut satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu. 

"Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan. Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak mahu tumpuan kami dialih," katanya. 

MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka berdepan masa yang sukar ketika ini. 

"Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami. Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami," kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot' pada Selasa. 

Fariq adalah antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - BERNAMA

Nota: Kenapa gambar yang didedahkan media Australia bukan gambar Fariq dan kenapa pula namanya dikaitkan dengan isu berfoya-foya ni?

Sumber: Berita Harian

14 ulasan:

  1. maaf, gambar yg awak siarkan kan ini bukan Fariq
    Fariq yg dimaksudkan adalah sorang lagi.
    kan ada 2 org dalam video tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Terima kasih atas makluman.

      Padam
    2. sama2
      tq jugak untuk pembetulan
      kita doakan mereka semua selamat pulang

      Padam
  2. Tapi yang mata sepet (tutup mata) tu bukan gambar co pilot yang hilang tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye Uni
      gambar 1,3 dan 4 bukan co pilot yg hilang tu
      gambar no 2 je gambar dia

      Padam
  3. pelik, citer pasal fariq tp gambar yg lain lg banyak
    kalau nak tunjuk lah sgt,tunjuk lah gambar fariq ngan minah ausie tu

    BalasPadam
  4. x baiklah heboh2kan kisah yg x benar.. skrg ni yg lebih penting keselamatan semua ank kapal dan penumpang MH370..dlm saat2 begini pun, masih ada yg ambil kesempatan mbuka aib org..dah tu berita x benar lg..hmmmm

    BalasPadam
  5. cari publisiti murahan...org sibuk2 nak cari pesawat yg hilang...diaorg sibuk nk cari kesalahan orang...tak sensitif langsung...media pun tak sensitif...

    BalasPadam
  6. Bukan Fariq ke ni ? Hmmm .

    BalasPadam
  7. ada terbaca yg akhbar australia banyak menghentam kononnya juruterbang kita tak profesional dan sebagainya..

    BalasPadam
  8. Budaya kafirun suka mencari & sensasikan aib org diwaktu kesusahan atas alasan intelek.. tp sebenarnya dahagakan keuntungan dari kesempitan org lain...

    BalasPadam
  9. hmm...nak membantu ke nak menghantu?teruk diorangni..

    BalasPadam
  10. nampaknya mereka sengaja ingin mencertuskan kontroversi.. kebenaran pasti mengatasi penipuan yang mereka lakukan..

    BalasPadam
  11. Ermmm tak tahu nak kata apa...dan skrg kan terbukti yang kawan pompuan australia tu kata pompuan tu memang suka mencari publisiti.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78