Pengikut

Isnin, 31 Mac 2014

Contoh RPH Bahasa Malaysia Tema Kebudayaan, Keseniaan dan Estetika Tahun 4 KSSR

Assalamualaikum.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah pun memasuki Tahun 4 di sekolah rendah sekarang ini. Walaupun PBS ditangguhkan seketika, namun guru dan murid harus meneruskan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Oleh itu, di sini saya kongsikan Tema yang dipelajari oleh murid Tahun 4 dalam Bahasa Malaysia. 

1. Kekeluargaan
5. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
6. Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
7. Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
9. Pertanian dan Penternakan
10. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Untuk entri kali ini dan beberapa entri akan datang saya akan berkongsi tentang Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR mengikut tema yang disenaraikan di atas. Contoh RPH ini diperoleh hasil daripada kursus yang dihadiri oleh guru di sekolah saya pada tahun lepas. 



CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)
BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 KSSR
TEMA: KEBUDAYAAN, KESENIAAN DAN ESTETIKA

TEMA
KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA
TAHUN
4 CERIA
TAJUK
Si Tanggang
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera  untuk mengenal pasti nilai murni.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat :

i.      Membaca pelbagai bahan bukan sastera.
ii.     Memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk mengenal pasti nilai murni.

AKTIVITI
  1.  Murid menonton tayangan video Si Tanggang.(Set Induksi)
  2. Murid bersoal-jawab dengan guru mengenai tayangan.
  3. Murid membaca petikan secara senyap.
  4. Murid membaca petikan secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu.
  5. Murid dan guru bersoal-jawab tentang petikan yang dibaca.
  6. Murid menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan secara berkumpulan.
  7. Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan perbincangan dihadapan kelas.
  8. Murid diberikan lembaran kerja dan menulis jawapan  menggunakan ayat yang gramatis.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong berpandukan nilai-nilai murni yang diberi.

Pengayaan
-

PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Nilai : Hormat-menghormati, Kasih Sayang
EMK : TMK
KB     : Mengecam
BCB  : Bacaan Mekanis
TKP  : Verbal Linguistik

BAHAN BANTU BELAJAR
LCD / Petikan / Lembaran Kerja / Tayangan Video
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membaca dan memahami petikan untuk mengenal pasti nilai murni.
REFLEKSI
31 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif PDP.
Murid yang belum menguasai diberi bimbingan.



6 ulasan:

  1. wah ! sharing RPH gituew...bagus2.. ;)

    BalasPadam
  2. Macam2 benda murid2 sekarang ni didedahkan...sebab tu murid2 sekarang ni cerdik2..

    BalasPadam
  3. sangat bermanfaat perkongsian contoh rph bahasa melaysia ini kepada yang mencari maklumat berkaitan ini..

    BalasPadam
  4. Pembelajaran pun perlu mengikut tema rupanye...

    BalasPadam
  5. Hari tu anak saya ada cerita ttg si tanggang tu.. oh ye, sblum ni ada sy ckp yg anak saya ada yg dlm darjah 3.. maaf, saya tersilap.. darjah 4 tahun ini.. T kasih atas perkongsian ini cikgu.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78