Pengikut

Ahad, 16 Mac 2014

Kehilangan MH370 Tidak Menepati Model Rampasan Pesawat?

ANGKARA SIAPA?
  • Sabotaj - Polis perlu siasat penumpang dan kru
  • Pengganas - Mungkin tindakan pemisah China
  • Lanun Udara - Ugutan terhadap penumpang bilionair China

Berita Harian hari ini mengeluarkan kenyataan barangkali misteri kehilangan MH370 disebabkan oleh sabotaj, pengganas dan lanun udara. Bagaimanapun, ketiga-tiga teori ini masih belum kukuh dan belum ada fakta yang boleh kita simpulkan bahawa MH370 seperti yang digambarkan.

Saya tertarik dengan soal jawab yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini bersama Ahmad El-Muhammady, Pensyarah Sains Politik UIAM


  • Di kala orang ramai sudah membuat spekulasi setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri semalam bahawa MH370 dirampas, namun beliau masih menyifatkan bahawa kehilangan MH370 masih tidak menepati model rampasan pesawat yang pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, beliau lebih selesa menggunakan istilah "satu tindakan yang disengajakan, atau dirancang pihak tertentu yang belum dapat dikenal pasti lagi.
  • Dalam pada itu juga beliau merujuk model rampasan pesawat sebelum ini, jika pesawat MH370 dirampas pasti perampas akan membuat pengisytiharan siapa mereka dan akan membuat tuntutan tertentu.
  • Apabila beliau disoal bagaimana nasib penumpang sekiranya MH370 dirampas dan adakah mereka berpotensi menggalakkan tuntutan dan menjadikan tebusan sebagai mangsa? Ini jawapan beliau: Mengikut model rampasan pesawat, kebiasaannya penumpang menjadi barganing chip bagi perampas untuk membuat tuntutan tetapi dalam konteks pesawat MH370 ini, nampaknya ia tidak menepati model rampasan pesawat. 

18 ulasan:

  1. Keluarga saya dari mula MH 370 hilang, mmg nak tahu perkembangannya. Moga MH 370 dijumpai dengan segera.

    Jemput abg helmi singgah di blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua orang nak tahu dan tertanya-tanya misteri kehilangannya. Sama-sama kita berdoa.

      Insya-Allah, saya akan ke sana nanti.

      Padam
  2. Jika dilihat pada situasi dan pandangan pakar, ianya jelas sesuatu yang telah dirancang dgn teliti dan berkait dgn satu agenda. Sewajarnya siasatan menyeluruh dari semua aspek perlu dilakukan. Kejadian ini juga dilihat bagaikan sudah dirancang cukup lama dan perlukan kepakaran dan penelitian untuk melihat segala kemungkinan dari pelbagai sudut. (pandangan peribadi sahaja)
    Biarlah mereka yg bertanggungjawab dan pakar sahaja menguruskannya... Kita hanya mampu berdoa agar segalanya selesai dgn baik dan semuanya selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masih merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan dan belum boleh didedahkan kepada umum. Bagaimanapun, sama-sama kita bersangka baik dan berdoa mereka ni selamat.

      Padam
  3. Susah nak buat andaian dan menjawab segala pertanyaan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang susah kerana bukan dalam pengetahuan kita. Tetapi, kita teruskan berdoa.

      Padam
  4. hilang macam tu je kan? huhu. sebak bila teringat family dan relatives mereka yg terlibat.. huhu. semoga MH370 segera ditemui.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sememangnya kehilangannya sangat misteri. Kita masih tertanya-tanya ke mana dia pergi.

      Padam
  5. susah nk angar apa yang berlaku,harapnya dapat jumpa..baik buruk kisahnya, kita kene terima..#doa untuk MH370

    BalasPadam
  6. Apa sahaja yang berlaku...kita terus doakan...berdoa...berdoalah, doa mendoakan;)...

    BalasPadam
  7. Jika dirampas, harapan utk penumpang & kru selamat masih ada.. mudah2an Allah turunkan segala pertolongan... aamiin..

    BalasPadam
  8. saya dah mengagak sedari awal . selagi tak de sebarang tuntutan RM , maknanya sabotaj lah . semoga mereka semua selamat kembali ... aaamin .

    BalasPadam
  9. Ada teori konspirasi terbaru cikgu... ida ada update kat blog... memang menarik dan masuk akal juga...jemputlah baca klu ada masa - MISTERI MH370: SIAPA YANG RUGI? SATU LAGI TEORI KONSPIRASI YANG PATUT BACA!!

    BalasPadam
  10. walau apa pun yang berlaku kepada M370, kita haruslah redha.. teruskan berdoa agar semuanya masih selamat..

    BalasPadam
  11. moga penantian segera berakhir..

    BalasPadam
  12. please come back..

    BalasPadam
  13. Semuanya masih menjadi persoalan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78