Bunga Telur Kenduri Kahwin dalam Tetamu Istimewa |
Sudah lama saya tidak membicarakan tentang seni penulisan. Hari ini saya kembali dengan entri perkongsian berkaitan penulisan. Terima kasih saya ucapkan kepada yang telah mendapatkan Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa. Sesungguhnya saya akui, agak sukar untuk memasarkannya sendiri. Namun begitu, momentum jualan tersebut masih berterusan.
Proses Kreatif Cerpen
Sebelum ini saya ada mencoretkan proses keratif cerpen yang terkandung dalam Tetamu Istimewa. Antara artikel tersebut boleh dibaca melalui entri, Proses Kreatif Cerpen: Kuih Bakul Limau Mandarin Sempena Tahun Baru Cina dan Proses Kreatif Cerpen: Jangan Terperangkap dengan Perkataan Islam di Kad Pengenalan Anda.
Selain cerpen yang dibicaran dalam dua entri di atas, cerpen Bunga Telur Kenduri Kahwin juga tidak kurang nostalgianya juga kepada saya. Cerpen ini tersiar di Harmoni. Pada awal pembabitan saya, cerpen ini terilham daripada sudut pandang peribadi, pemerhatian dan barangkali diadaptasi dari kehidupan realiti.
Bunga Telur Kenduri Kahwin tersiar di Harmoni 2010 |
Ulasan Panel Hakim HSKU
Cerpen ini akhirnya diberi pengiktirafan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobile (HSKU) pada tahun 2011. Di sini saya perturunkan ulasan panel hakim sebagai pembugaran ilham untuk sama-sama menggali apa ada dalam cerpen ini.
Cerpen "Bunga Telur Kenduri Kahwin" mengangkat persoalan budaya yang kian terhakis dalam masyarakat, terutamanya generasi muda. Melalui sudut pandangan watak datuk, falsafah yang terkandung dalam budaya itu dijelaskan secara langsung kepada cucunya yang bakal berkahwin. Daripada amalan budaya ini tersisip nilai moral yang tinggi seperti amalan bergotong-royong yang dapat mengikat rasa kekitaan dalam masyarakat. Paparan nilai itu berupaya menjentik minda remaja supaya berbangga dengan asal usul dan tidak malu untuk mengamalkan adat tradisi dalam dunia serba moden.
Dari sudut psikologi, cerpen ini berfungsi sebagai jambatan rohani antara sesama manusia demi menumbuhkan kefahaman antara satu sama lain. Fungsi ini disampaikan melalui paparan emosi orang tua yang kecewa dengan sikap generasi muda yang tidak menghargai budaya warisan bangsa sendiri. Paparan sedemikian menjadi wadah yang berkesan untuk mengajak khalayak menghayati perasaan orang tua dan menghormati mereka dalam kehidupan realiti. Anjuran secara tidak langsung begitu merupakan sarana didaktis yang hanya diperoleh melalui karya sastera kerana kebebasannya memanipulasikan lojik fiktif, berbanding dengan tulisan faktual yang sangat terbatas dari segi penerokaan batiniahnya.
Secara jujurnya, sewaktu menghasilkan cerpen ini saya tidak berfikirpun tentang apa-apa yang diperkatakan ini. Secara lancar saya menulis cerpen ini kerana saya ingin menyampaikan situasi yang digambarkan dalam cerpen ini tentang perubahan budaya yang semakin melanda masyarakat Melayu.
Promosi:
Stok Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM masih ada dengan saya. Jika ada yang berminat untuk membelinya, boleh pesan terus daripada saya. Saya juga menyediakan perkhidmatan mengepos buku ini sekiranya kalian ingin hadiahkan buku ini kepada sesiapapun juga. Bahkan, saya amat mengalu-alukan sekiranya ada yang ingin menjadi sponser dan ingin menjadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiahnya. Segala perkhidmatan pos, saya akan uruskan. Sokongan kalian semua amat saya harapkan.
Support you :)
BalasPadamteruskan minat kerana kelebihan helmi di situ ...
BalasPadamall the best helmi..
BalasPadamTeruskan usaha dalam karya2 anda..
BalasPadamSaya membacanya;), sejujurnya saya baharu satu cerpen membacanya dalam koleksi buku 'Tetamu Istimewa', apa pun akan disambung semula pembacaan buku tersebut, dek' kerana banyak lagi buku-buku yang menunggu giliran, apa pun, sepintas lalu saya belek-belek buku tersebut, cerpen-cerpen yang terkandung memang sangat menarik. Tahniah buat Cikgu Helmi.
BalasPadamtengok tajuk entri sekali imbas, kak sangka dah tiba masanya orang sana sedang menyiapkan bunga telur. kak dok tunggu "surat saman" je tiba di tangan:-))
BalasPadambuku cerpen tetamu istimewa memang terbaik.. rugi kalau tak membelinya.. sokong helmi selalu..
BalasPadamdah baca habis..tak sempat preview lagi helmi..
BalasPadamMmg benar spt apa yg dikatakan.. saya yakin cikgu akan terus berjaya nnti. Saya doakan yg terbaik.. aamiin.. :)
BalasPadam