Pengikut

Sabtu, 1 Mac 2014

Kelebihan Guru di Sekolah Berbanding Guru di Pusat Tuisyen

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu kepada semua blogger. Gunakanlah masa yang terluang ini sebaik mungkin. Kepada yang bekerja hari ini, selamat bekerja. Moga apa-apa pun yang kita lakukan pada hari ini memperoleh keberkatan-Nya.

Guru sekolah VS guru tuisyen -kredit gambar dari 88DB.com

Sebelum ini saya ada membincangkan tentang Tuisyen Satu Kewajiban atau Keperluan. Hari ini saya ingin melanjutkan sedikit perbincangan itu dengan tajuk Kelebihan Guru di Sekolah Berbanding Guru di Pusat Tuisyen

Sebelum itu, saya ingin menegaskan bahawa saya bukan hendak mencetuskan kontroversi atau spekulasi ataupun kenyataan yang konkrit bahawa guru di sekolah adalah tersangat bagus, namun saya akan menyatakan beberapa perkara untuk menjernihkan persoalan ini. 

Saya kira, kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anaknya ke pusat tuisyen pada hari ini. Ada juga yang masih memberi kepercayaan kepada guru di sekolah dengan menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas tambahan di sekolah. Segala apa-apa yang kita lakukan itu semuanya demi kemajuan akademik anak-anak. 

Berilah kepercayaan kepada guru di sekolah
Pada awal bulan lepas, saya menghadiri satu mesyuarat Panitia Bahasa Melayu peringkat Daerah.

Dalam mesyuarat itu timbul satu isu yang dibawa oleh Ketua Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu UPSR yang mengatakan begini: ada ibu bapa menyerangnya di sekolah dengan mengatakan bahawa cikgu ajar anaknya salah, tak sama dengan cikgu yang mengajar di pusat tuisyen. 


Apabila cikgu ini bertanyakan semula kepada ibu bapa tersebut, di mana beliau menghantar anaknya dan siapakah guru di pusat tuisyen tersebut dan apakah opsyen pengajarannya, barulah jelas bahawa "cikgu" di pusat tuisyen itu bukan guru opsyen Bahasa Melayu dan tidak pernah pun menjadi pemeriksa kertas Bahasa Melayu. Atau lebih sedihnya lagi apabila "guru" yang mengajar di pusat tuisyen itu bukan seorang guru dan tiada kelulusan ikhtisas. Mengajar untuk mencari pendapatan sampingan (jika beliau seorang yang berdedikasi tidak menjadi masalah, teruskan).

Seperkara lagi, saya berharap ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada guru di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian guru di sekolah sudah terlatih dan banyak kelebihannya berbanding guru di pusat tuisyen.


Kelebihan guru di sekolah
Guru di sekolah juga ada antaranya merupakan pemeriksa kertas peperiksaan, oleh itu beliau tahu bagaimana hendak memberi tips dan cara terbaik untuk murid menjawab dan skor markah. 

purata murid di sekolah lebih ramai di pusat tuisyen
Selain itu, guru di sekolah juga sentiasa mendapat input dan maklumat dari masa ke masa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Peperiksaan, malah guru-guru dalam jangka waktu tertentu akan dipanggil berkursus untuk menambah pengetahuan dan kemahiran. 

Oleh itu, kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen haruslah membuat sedikit tinjauan kemampuan pusat tuisyen itu dalam menyediakan perkhidmatan terbaik. 


Barangkali satu kelebihan di pusat tuisyen ialah mereka mampu memberikan tumpuan kepada murid tersebut memandangkan jumlah murid yang sedikit. Itu tidak bermakna, guru yang mengajar di sekolah mengabaikan murid yang rata-ratanya satu kelas 40 orang murid. Kami akan cuba yang terbaik. 

Nota: Entri ini sekadar cetusan pandangan. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapapun.

17 ulasan:

  1. sesetengah ibubapa masih fikir yang guru tuisyen adalah terbaik, padahal guru tuisyen juga ada yg guru sekolah.

    BalasPadam
  2. Boleh je nak 1 by 1 dengan guru sekolah. Cuma perlu kerajinan dan keberanian pelajar untuk bertanya dan masa guru tidak sibuk. Betul ke ni? Hanya pandangan saja...

    BalasPadam
  3. Anak ke2 kak ina dari dulu tak pernah tuisyen sampai la SPM tahun lepas... dia kata cikgu kat sekolah ajar dah bagus..kak ina lak yang suspen nak tunggu result SPM dia bulan depan :)

    BalasPadam
  4. Anak kakak tuisyen dgn cikgu sekolah dia juga jadi mudah tak ada percanggahan. Guru sekolah lebih banyak tahu syllabusnya. Kalau yg mengajar tuisyen itu guru yang menanda kertas periksa lagi satu bonus!

    BalasPadam
  5. kan..guru yg mengajar di pusat tuisyen bukan semua major diorang dalam bidang tu.ada major bm tapi ajar bi..cuma kalo tusyen perhatian tu boleh bg lebih kt pelajar..jumlah sikit.

    BalasPadam
  6. btol2. kadang2 pusat tuisyen ni dia maen amek org je. tp apa yg aku maksudkan ni bkn kpd sumer pusat tuisyen la. hanya segelintir je. so sblm hantar anak ke pusat tuisyen tuh, elok kaji dlu.

    BalasPadam
  7. kathy dulu pernah mengajar tuisyen untuk pelajar cina..tapi kathy pun setuju yang guru di sekolah lebih baik berbanding guru tuisyen yang tak terlatih macam kathy ni..kathy ni macam guru tuisyen tangkap muat jer..tapi merasa jugaklah di panggil 'cikgu'..hehehe.

    BalasPadam
  8. HUHU . Cikgu dekat sekolah lagi best mengajar sebenarnya . HUHU >_<

    BalasPadam
  9. pernah masa mengajar student puji ckp CN ajar lagi fhm dari cikgu tuisyen ajar,so CN dgn confiden ckp 'ckgu tuisyen kamu tu ada degree ke dlm pndidikan? Cikgu ada dgree pendidikan,sebab tu ckgu pndai mengajar !' hehehe

    BalasPadam
  10. dulukan saya ke tuisyen juga
    lepas tu minta mak dan abah berhentikan sebab saya confuse
    tak ada seorang pun adik beradik saya ke tuisyen
    hanya tumpukan perhatian dalam kelas sahaja

    BalasPadam
  11. ada kelebihan masing-masing.. apa-apa pun akak rasa di sekolah perlu diberikan kepercayaan yang lebih kerana sukatan pelajaran serta soalan peperiksaan dibuat oleh pihak kementerian pendidikan sendiri.. jika di pusat tuisyen boleh menghantar anak untuk subjek bahasa inggeris..

    BalasPadam
  12. saya tak pernah ke kelas tuisyen....:D bagi saya apa yang diberikan disekolah dah cukup jika berikan 100% tumpuan...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, perkongsian yang menarik. saya bersetuju agar ibu bapa yang mahu membawa anak-anaknya ke sekolah tuisyen hendaklah meninjau atau memilih sebaik-baiknya sekolah dan guru-guru yang betul-betul mempunyai kelayakan mengajar tuisyen. Apa pun guru sekolah lebih baik sebab jika anak-anak taat pada guru-guru insyallah ilmu mudah diterima dan keberkatan yang penting.

    BalasPadam
  14. Cikgu sekolah pun ada yg mengajar tusyen.. mereka mmg terbaik.. ada pengetahuan terkini & pengalaman yg baik dlm mata pelajaran yg diajar..

    BalasPadam
  15. Dari sekolah rendah sampai sekarang, tak pernah pergi tusyen pun. Jadi, tak pernah tahu macam mana cikgu tusyen mengajar.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78