Pengikut

Sabtu, 1 Mac 2014

Jadikan Tetamu Istimewa Sebagai Hadiah Segmen, Contest dan GiveAway Anda

Pagi tadi ke pejabat pos,ingatkan nak poskan pesanan Tetamu Istimewa kepada pembeli, rupa-rupanya tutup hari ini. Jadi, kepada pembeli tersebut insya-Allah minggu depan saya poskan buku tersebut ya. 

Sebelum ini saya pernah menerbitkan entri "Novel Jadi Hantaran Perkahwinan", jarang-jarang sekali orang buat, namun tetap ada. Semalam saya menerima komen daripada blogger Acik Idah menyatakan bahawa beliau telah menjadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiah untuk segmen yang dianjurkan blogger Hunyeda. Beliau merupakan salah seorang sponsornya. 



Terima kasih saya ucapkan kepada Acik Idah yang sudi menjadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiah untuk pemenangnya nanti. Pada masa yang sama, saya memuji cadangannya itu kerana menjadikan hadiah buku untuk segmen yang dianjurkan oleh blogger. Sebelum ini blogger Cik Akak ada memberikan novel sebagai hadiah untuk segmennya kan, kali ini kumpulan cerpen pula. 

Saya harapkan Tetamu Istimewa bukan sahaja hadiah semata-mata untuk segmen sebaliknya pemenangnya nanti akan dapat manfaat daripada cerpen-cerpen yang dimuatkan dalam buku ini sebaik mungkin. 

Saya juga membuka peluang kepada blogger-blogger yang ingin membuat segmen dan menjadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiahnya. Kalian hanya perlu membayar harga seperti yang saya tawarkan di sini, sementara urusan penghataran kepada pemenang saya akan uruskan. Cuma sertakan butiran peribadinya sahaja. Ayuh, jadikan buku sebagai hadiah terindah dan bersama-samalah kita menggalakkan budaya membaca!

12 ulasan:

  1. bagus jugak idea ni ..In shaa Allah one day ya..kalau kita jadi penaja..kiata akan jadikan buku cikgu sebagai hadiah..

    BalasPadam
  2. ya bgus tu bro.. jadikan membaca budaya kita..bg yg bminat bolehlah warkan2 kpada rakan bloger yg lain :P

    BalasPadam
  3. rezeki tu cikgu, alhamdulillah =)

    BalasPadam
  4. wah.. bagus idea itu helmi.. jika hadiah seperti topup akan habis diguna.. tapi buku adalah salah satu hadiah yang bermanfaat kerana ianya boleh disimpan dan dijadikan sebagai kenang-kenangan..

    BalasPadam
  5. satu penghargaan...Tahniah Cikgu Helmi...:D

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, satu cadangan yang sangat menarik sekali, saya sudah cuba praktik menghadiahkan buku sebagai hadiah perkahwinan anak-anak buah dan keluarga. Mari kita sama-sama amalkan memberi hadiah buku ini;)...

    BalasPadam
  7. ye...Tetamu Isimewa amat bersesuaian di jadikan hadiah..boleh di pertimbangkan.

    BalasPadam
  8. Penghargaan yg cukup istimewa.. All the best cikgu.. :) :)

    BalasPadam
  9. :D Bukan sahabat namanya kalau tidak membantu sahabat kan... :)
    TQ Helmi...

    BalasPadam
  10. Wah! Yang ni memang sangat menarik ni cikgu! Insyaallah murah rezeki selalu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78