Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat lagi kita bernafas di bumi ini. Dapat juga saya berkongsi apa-apa sahaja ilmu di sini. Terima kasih kepada semua pengunjung Tetamu Istimewa. Kepada blogger yang selalu singgah di sini, terima kasih. Saya mohon maaf, tidak dapat terjah semula ke blog kalian semua. Memang sibuk sikit sekarang ini. Insya-Allah, saya akan datang juga ke blog kalian semua dari masa ke masa.
Hukum Mengelap Air Wuduk - kredit foto dari fuh.my |
Berbalik pada tajuk entri saya ini, Hukum Mengelap Air Wuduk, saya yakin ada juga yang sudah maklum akan hal ini dan saya tidak menolak kemungkinan ada juga yang masih samar-samar. Bagaimanapun, sama-samalah kita belajar ilmu fardu kifayah ini untuk kita lakukan yang terbaik dalam amalan kita kepada-Nya.
Sebenarnya saya terbaca artikel Hukum Mengelap Air Wuduk ini dalam majalah Mingguan Wanita. Oleh itu, rasanya ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Tuarno, Imam Masjid Negara merangkap Penolong Pengarah Perhubungan Awam&Pusat Sumber ini elok diperpanjangkan.
Dari Uthman bin Affan katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "barang siapa yang berwuduk dengan sempurna, keluarlah dosa-dosanya dari seluruh tubuhnya hingga dari bawah kukunya." - Riwayat Muslim.
Terdapat beberapa pandangan tentang mengelap air wuduk. Antaranya:
- Anas bin Malik berkata tidak mengapa mengelap air wuduk ataupun mandi.
- Ummar Al Khattab berpendapat adalah makruh
- Ibn Abbas mengatakan adalah makruh mengelap wuduk dan tidak pada air mandi
- Digalakkan tidak mengelap anggota badan tetapi tidaklah dikatakan makruh
- Dihukumkan makruh
- Harus
- Disunatkan untuk membuang kotoran
- Dimakruhkan pada musim panas dan tidak pada musim sejuk
Seterusnya, Ustaz Azhar Tuarno menjelaskan bahawa sebagai seorang Muslim, perkara yang paling penting ialah wuduk kita sempurna ataupun tidak dan cara kita mengambil wuduk itu adakah sesuai dengan syariat Islam ataupun tidak.
Selain itu, yang perlu dititik beratkan adalah tentang rukun dan cara-cara serta amalan sunat semasa wuduk dan membaca doa setelah wuduk Itulah sebenarnya yang paling penting. Sama ada kita hendak mengelap air wuduk ataupun tidak, kita sesuaikanlah dengan keadaan kalau perlu dilap, kita lapkan sahaja dan kalau tidak maka terpulanglah.
Sumber: Mingguan Wanita, 7-13 Mac 2014
Perkongsian manfaat pagi jumaat. Tqvm :-))
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini..semoga segala ibadah kita diterima Allah hendaknya..
BalasPadamsalam jumaat helmi.. sangat bermanfaat perkongsian ini.. :D
BalasPadamterima ksih atas information ini =)
BalasPadamapa yang Fiza tahu sebelum ini, Selepas kite berwuduk, janganlah lap air wuduk tersebut, sebab ianya adalah bukti pada hari akhirat nanti, biarkan ia kering sendri di muka kite =)
kathy pun ada baca ni kat MW helmi...salam jumaat yer?
BalasPadamTerima kasih utk info ni :)
BalasPadamSalam jummat :)
BalasPadamInfo yang berguna buat semua :)
good sharing..
BalasPadamklu blh air wudu' biarlah meresap kat kulit kita .
BalasPadamperkongsian yg baik.. mmg pernah dengar sebelum ni seelok-eloknya jangan dilap.. tapi kalau lap, x de masalah.. masih lagi sah wuduk..
BalasPadamnice sharing... :D salam jumaat...
BalasPadamSalam Jumaat cikgu. Tinggalkan jejak setelah lama tak tinggalkan. Hehe. Sebenarnya dah lama nak komen, tapi tak sempat. Nak cakap yang blog cikgu yang baru ni cantik! Dan sejujurnya saya merindui blog lama cikgu dengan bunga-bunga tu. :)
BalasPadamterbaik..salam jumaat.
BalasPadamterima kasih, maklumat bermanafaat ni =)
BalasPadamterima kasih ilmu satu pekongsian yang sangat baik
BalasPadamSatu perkongsian yg mumtaz . At least yg tak tahu sebelum ni boleh tahu semua ni ;)
BalasPadamsatu perkongsian yang bagus ye bro :), baru tahu.
BalasPadamnice, thank you :)
BalasPadamOhh , biasanya lap dekat mata takut masuk air jeh . HUHU . Nice info :)
BalasPadamSetuju, yang penting adalah lakukan cara dan hukum mengambil wuduk dgn sempurna. Tanpa wuduk yg sempurna...amalan seterusnya pasti tidak sah.
BalasPadamsetiap org mempunyai pendapat dn pndangan yg berbeza
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat, tentu ada yang belum tahu tentangnya,...;)...
BalasPadamPerkongsian yg baik utk direnungkan bersama.. t kasih cikgu Helmi.. :)
BalasPadam