Pengikut

Selasa, 4 Mac 2014

Terkini Tarikh Peperiksaan Awam KPM - UPSR, SPM, STAM 2014

Assalamualaikum.

Artikel saya berjudul Tiada Lagi Skor "A" pernah disiarkan di Dewan Masyarakat, November 2013. Artikel ini mengupas sedikit sebanyak tentang sistem peperiksaan yang dijalankan di Malaysia. Di sini saya petik sedikit, keratan artikel tersebut sebagai perkongsian bersama. 

Dalam sistem pendidikan Malaysia, peperiksaan merupakan kaedah yang dilaksanakan untuk mentaksir murid bagi mendapatkan keputusan pencapaian murid terhadap sesuatu pembelajaran dalam kala tertentu. Keputusan ini diyakini mampu menjadi penanda aras pada tahap penguasaan murid sekaligus meletakkan murid itu dalam kategori cemerlang, baik, sederhana ataupun lemah.
 Melalui sistem peperiksaan juga, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan sistem peperiksaan awam yang wajib diduduki oleh murid untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. Bermula dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid tahun enam, Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk murid tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk murid tingkatan lima dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk murid tingkatan enam. Untuk peperiksaan ini, murid akan menjawab soalan yang selaras yang telah digubal oleh penggubal soalan yang dilantik dan dijawab pada waktu yang sama. 
Sebenarnya saya ingin kaitkan artikel tersebut dengan entri saya kali ini iaitu Tarikh Terkini Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan ujian Lisan STAM.

Tarikh Peperiksaan UPSR, SPM dan STAM

Untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) masih menjadi tanda tanya sejak PBS ditangguhkan. Bagaimanapun, sama-samalah kita menantikan perkembangan terkini akan PMR 2014 nanti. 

11 ulasan:

  1. Wah awal dah dapat tarikh nie hihi

    BalasPadam
  2. adik saya si anis nanti akan mengambil UPSR
    bulan 9 ye...tak lama je lagi tu

    BalasPadam
  3. semoga berjaya bagi yg menduduki peperiksaan awam.

    BalasPadam
  4. Bolehlah merangka persiapan awal untuk mereka yang menghadapi peperiksaan ini. Jangan sampai dah "terantuk baru nak tergadah".

    BalasPadam
  5. wahh bagus awal dapat tarikh boleh buat persediaan

    BalasPadam
  6. adakah pmr masih diteruskan..wait n see
    dulu exam besar2 mcm ni selalu rs sakit perut je..cuak...

    BalasPadam
  7. debaran..sebab iqmar form3 tahun ni..

    BalasPadam
  8. terima kasih di atas informasi ini helmi..

    BalasPadam
  9. Harap2 tidak lama tertangguh.. kasihan kpd generasi yg berkenaan dlm tahun ini...

    BalasPadam
  10. Lagi dua tiga minggu, keputusan SPM 2013 pula cikgu. Heee.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78