Pengikut

Ahad, 2 Mac 2014

Jika Kau Mahukan Penghargaan, Kau Juga Perlu Menghargai Orang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini dapat lagi saya menerbitkan entri untuk perkongsian pengunjung Tetamu Istimewa. Malam tadi, semalaman menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Hari ini akan meneruskan lagi untuk menyiapkan kertas soalan Ujian Bulanan Mac yang bakal dijalankan pada minggu depan. 

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger Kathy R'bain yang sudi menjenamakan semula "Tetamu Istimewa". Sebenarnya sudah lama saya ingin mengecat semula rumah saya ini yang nampak keusangan dan berat muatannya. Segalanya berjalan lancar apabila Kak Kathy sudi menawarkan bantuan. 

Tetamu Istimewa


Keduanya, saya ingin menguvapkan terima kasih kepada blogger-blogger yang sudi menjadi kawan saya atau "follow" blog ini. Alhamdulillah, setakat ini sudah mencecah 902. Sesungguhnya tidak mungkin untuk saya menerjah blog kalian yang semua dalam satu-satu masa. Namun, sekiranya masih ada yang saya terlepas pandang untuk "follow" blog kalian yang telah mengikuti blog saya ini, maklumkan kepada saya.  

Pengikut Tetamu Istimewa 


Ketiganya, saya berbesar hati untuk mengumumkan Top 10 Komentator Februari Tetamu Istimewa yang Setia Bersama saya. Komen kalian semua amat saya hargai. Ada kala saya tidak sempat hendak membalasnya. Mohon dimaafkan ya. Sebagai penghargaan, saya akan menyenaraikan blog kalian semua dalam Bloglist saya. 
Top 10 Komentator Februari 

Keempat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembeli Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM yang terdiri daripada blogger-blogger semua. Antaranya, Mizz Aiza, Kak Anim, Kathy R'bain, Khir Khalid, Mohd Haniff, Wanariahamiza, Yumida (belum sempat pos lagi) dan rakan-rakan saya yang lain. Terbaru Acik Idah yang menjadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiah segmen yang disponsornya. Stok buku ini masih ada dengan saya. Kepada yang berminat boleh pesan terus daripada saya.

Stok Tetamu Istimewa

Jika Kau Mahukan Penghargaan, Kau Juga Perlu Menghargai Orang!

27 ulasan:

  1. suke ayat ni ---> Jika Kau Mahukan Penghargaan, Kau Juga Perlu Menghargai Orang!
    Penghargaan ni kita akan dapat selepas kita memberikannya..tp buat kerana kita suka perbuatan menghargai itu & bukan kerana untuk dihargai..have a great day! :)

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu. Ada peningkatan & tak rugi kalau kita menghargai sahabat-sahabat yang banyak menyokong kita kan!!!

    BalasPadam
  3. saya pun suka ayat tu
    jika kau mahukan pengharagaan, kau juga perlu menghargai orang
    dalam maksudnya tu cikgu =)

    BalasPadam
  4. Wah... ade buku ke ... kene cari ni...

    BalasPadam
  5. terima kasih di atas entri penghargaan ini helmi.. betul tu helmi, jika kita mahukan penghargaan kita mesti menghargai orang lain.. :D

    BalasPadam
  6. tahniah di atas segala kejayaan dan pembaharuan di blog :)

    BalasPadam
  7. mana2 blog yang saya pergi, mesti nama kak mizz aiza ada dalam senarai top komentator.. hebat beliau.. heheh

    BalasPadam
  8. Lama tak jenguk sini, tak perasan tentang buku tu, sangat menarik ! :D

    BalasPadam
  9. wah2xx...tahniah semua....saya datang menjenguk..:]

    BalasPadam
  10. Semoga terus murah rezeki...salam kejayaan selalu.

    BalasPadam
  11. Tahniah cikgu , semoga ceria dan dimurahkan rezeki selalu . Insya-Allah :)

    BalasPadam
  12. Semoga Tuan sentiasa diberi kelapangan untuk sentiasa mengemaskini blog yang sangat baik dan bermanfaat ini, teruskan perjuangan!.

    BalasPadam
  13. Wahh..ni kira entri Penghargaanlah ya cikgu:). Tahniah cikgu..namun ada masa tidak semua yang kita beri, kita akan dapat kembali, redhalah..mungkin DIA menangguhnya supaya kita mendapat ganti lain yang lebih baik..:)

    BalasPadam
  14. Salam ukhwah juga dari saya;), semoga terus diberi kelapangan untuk mengemaskini blog yang penuh ilmu ini.

    BalasPadam
  15. Kak Erin pun teringin nak order buku Tetamu Istimewa tu.. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti baru kak Erin nak beli..Harap stok masih ada lagi.. Bagus betul Cikgu Helmi.. Ada bakat menulis sampai boleh ada buku sendiri.. :)

    BalasPadam
  16. helmi pun antara blogger yang telah menjadi top komentator blog kathy sekian lama ni.marilah kita sama2 menghargai satu sama lain.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.. t kasih cikgu Helmi.. Tahniah juga kpd yg lain2. Semoga bersama2 kita semua beroleh kejayaan.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  18. Tahniah ...salam ziarah dari Bunda..

    BalasPadam
  19. yea, ada.. thank bro :)
    masih lom sempat lagi nk bank in duit..

    BalasPadam
  20. banyak perkara baik berlaku . alhmadulillah . sama - samalah kita saling beramah mesra .

    BalasPadam
  21. :D Tak sangka malam nie 2 blog dah senaraikan acikidah sebagai top komentator... hehe.. tak sangka parttime blogger pun ada peluang masuk dalam list yerr... :D TQ Helmi.. :D

    BalasPadam
  22. Terima kasih cikgu. Semoga sokongan anda dan persahabatan kita akan terus berkekalan.

    BalasPadam
  23. Alahai... nama saya ada juga disebut. Saya pun nak ucapkan sama-sama. Hehe. Insyaallah kita saling menyokong cikgu! Walaupun sekarang saya dah tak dapat jadi top komentator cikgu, tapi saya tetap menjadi top reader (kalau ada anugerah ini la) blog cikgu. Hehe.

    BalasPadam
  24. iya, mencintai-dicintai, penyayang-disayang, semuanya hukum berkekalan saling berbuat baik maka in sya Allah akan beroleh kebaikan ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78