Pengikut

Selasa, 16 Julai 2019

Jasa Komputer Riba Pertama

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. 



Komputer riba Compaq ini saya beli sewaktu saya belajar di UPM sekitar tahun 2007. Jika tidak silap, saya beli menggunakan duit ayah saya separuh dan selebihnya duit saya.

Banyak jasa komputer riba ini. Dengan komputer inilah saya menyelesaikan tugasan di universiti. Ketika itu saya belum mula menulis karya kreatif. Saya mula menulis karya kreatif selepas saya tamat belajar di UPM.

Saya masih ingat, cerpen saya pernah 'lesap' dek kerosakan yang dialami oleh komputer riba ini. Komputer riba ini juga pernah dibaiki papan kekuncinya. Setelah lama berkhidmat, akhirnya tamat jua riwayatnya.

Namun begitu, saya masih menyimpannya sebagai tanda penghargaannya yang banyak membantu saya menghasilkan karya termasuklah karya yang dimuatkan dalam buku Tetamu Istimewa, Madu di Tangan, Bila Ayah Berkaca Mata Hitam dan sejumlah karya eceran yang lain.

Kini saya menggunakan komputer riba Asus sejak dari tahun 2015. Itu pun sudah ada tanda-tanda yang komputer riba ini perlu dibaiki ataupun meminta saya mencari penggantinya.


#CatatanPenulisanMHA

Khamis, 11 Julai 2019

Teruja Menunggu Buku Baharu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Perasaan teruja menunggu bungkusan pos laju sampai tidak pernah berkurang walaupun sudah tahu isi di dalamnya.

Hari ini sampai dua bungkusan pos laju yang mengandungi tujuh buah buku ini.

Bagi saya, membeli buku sudah menjadi rutin yang sukar dielakkan.

Buku-buku yang dibeli pada bulan ini:

Memoir
1. Angin Perubahan, DBP 2019 - Jasni Matlani

Kamus
2. Kamus Teknologi Maklumat: Perkakasan, DBP 2019

Novel Kanak-kanak
3. Sinappapal, DBP 2019 (Cet 2) - Azizi Haji Abdullah

Kumpulan Puisi
4. Gurindam Hidup, Pena Subur Enterprise 2019 - Hilmi Rindu

Kumpulan Puisi
5. Setangkai Bunga Wangi, PELITA 2018 - Hilmi Rindu
6. Di Jantung Kebun, Pena Subur Enterprise 2019 - Hilmi Rindu

Antologi Sajak
7. Kita Bertemu Seketika di Luar Taman, Naw K Adis Heritage 2018 - Hilmi Rindu, Lelawati Awang Chik & Wan Ahmad Ismail

~ Saya suka membaca pengalaman penulis sepanjang beliau berkarya. Jadi, buku memoir Jasni Matlani ini pasti merakamkan seribu satu pengalaman yang bermanfaat.

~ Saya telah memiliki novel Sinappapal cetakan pertama. Kali ini saya beli sebagai koleksi peribadi. Nampak edisi kulit cetakan ini lebih memikat.

~ Kali ini saya 'borong' semua buku terkini Hilmi Rindu. Saya suka akan karya yang sederhana tetapi memikat dan mendalam.

~ Kamus Teknologi Maklumat ini saya beli sebagai rujukan untuk mengetahui istilah berkaitan bidang ini.

Saya rasa cukuplah pembelian buku pada bulan ini. Harap-harap tiada lagi buku yang memikat saya untuk membelinya.

#KoleksiBukuMHA #MalaysiaMembaca

Ahad, 7 Julai 2019

Kunjungi Pasar Buku yang Berdekatan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kunjungi Pasar Buku yang Berdekatan


Selain membeli buku di kedai buku dan pesta buku, para pencinta buku juga boleh mengunjungi beberapa Pasar Buku yang terdekat.

1. PASAR BUKU BANGI

Tarikh: Setiap Sabtu kedua dan keempat
Masa: 10.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Perpustakaan Awam Bandar Baru Bangi

2. PASAR BUKU KOTA BHARU

Tarikh: Setiap Sabtu pada akhir bulan
Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Aras 3, Bazar Tok Guru

3. PASAR BUKU KEDAH

Tarikh: Setiap Sabtu pada akhir bulan
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Perpustakaan Awam Kedah

4. PASAR BUKU JUMAAT

Tarikh: Setiap Jumaat
Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Lobi Kementerian Pendidikan Malaysia

Ada lagi tak Pasar Buku lain dan masih beroperasi?

Catatkan pada ruangan komen, nanti saya tambah.
 
#MalaysiaMembaca #CatatanBibliofil #PasarBuku



Isnin, 24 Jun 2019

Selangkah Membina Perpustakaan di Rumah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


Artikel Selangkah Membina Perpustakaan di Rumah yang disiarkan dalam Majalah Pendidik, Jun 2019 membicarakan tentang 12 tajuk kecil di bawah:

1. Menyediakan Bahan Bacaan
2. Mengunjungi Kedai Buku
3. Mengunjungi Pesta Buku
4. Pembelian Secara dalam Talian
5. Buku Sebagai Hadiah
6. Penawaran Buku
7. Buku Fiksyen dan Karya Sastera
8. Menyediakan Rak Buku
9. Merekodkan Maklumat Buku
10. Menyusun Buku di Rak
11. Membersihkan Rak Buku
12. Manfaat Perpustakaan di Rumah
 

Rakan-rakan bolehlah dapatkan majalah ini untuk membaca artikel penuh pada halaman 70 hingga 73.


Rabu, 1 Mei 2019

Cikgu Helmi Berjaya Membaca 51 Buah Buku dalam Masa Empat Bulan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Entah semangat apa yang merasuk diri ini sehinggakan saya berjaya membaca 21 buah buku pada bulan April.

Barangkali keterujaan membaca buku baharu yang baru dibeli di PBAKL atau pun buku-buku yang dibaca pada bulan ini nipis-nipis sahaja.

Tetapi jangan salah sangka bahawa buku yang nipis seperti buku puisi, mudah dihadam dan novel yang tebal mengambil masa yang lama, sebaliknya membaca buku puisi memerlukan daya taakul yang tinggi.



Alhamdulillah, daripada 36 buah buku yang dibeli di PBAKL lalu, 21 buah daripadanya telah saya baca buat kali pertama. Jika ada kesempatan, ada beberapa buah buku yang perlu diulang baca untuk lebih menghayatinya.

Ya, saya banyak membaca buku kreatif atau fiksyen seperti cerpen, puisi dan novel. Ada juga buku umum yang saya beli. Namun, semuanya tentang bahasa, sastera dan penulisan.



Saya senaraikan 21 buah buku yang saya telah baca. Gambar kulit buku tersebut, boleh rujuk pada gambar. Manalah tahu jika ada rakan-rakan yang minat untuk turut mencari dan membacanya.

1. Risalah #MalaysiaMembaca, Jejak Tarbiah - Dr Maszlee Malik, Nurul Izzah Anwar, Hasrizal Abdul Jamil, Hilal Asyraf, Syed Azharul Asriq, Hanafi Jamaludin, Zamri Mohamad, Zahrah Yunos
2. Birat, Kata Pilar - Ahm Ahmad
3. Ragam Budak Sekolah, Komrad Buku - Fadli Salleh
4. Anekdot & Antidot, Kata Pilar - Dr Kamarul Ariffin
5. Danish... Penulis Megastar, Galeri Ilmu - Iwan Reaz
6. Adrean... Penulis Superstar, Galeri Ilmu - Iwan Reaz
7. Perempuan yang Kutemui Pada Setiap Senja, Studio Anai-anai - Hafizah Iszahanid
8. Ifindo, Studio Anai-anai - Saifullizan Yahaya
9. Jarum Jocasta, Studio Anai-anai - Siti Jasmina Ibrahim
10. Generasi Paling Jahanam, Studio Anai-anai - Saharil Hasrin
11. Ahad yang Suram, Studio Anai-anai - Zainal Rashid Ahmad
12. Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air, UUM Press - Muhammad Haji Salleh
13. Sains Menulis Puisi, Kata Pilar - Fahd Razy
14. Peneka Silang Kata, Kata Pilar - T. Alias Taib
15. Netramu Buruj di Langit Malam, Legasi Oakheart - Shafiq Said
16. Memintal Bintang-bintang Pagi, Legasi Oakheart - Hidayu Hatta
17. Langit Mabuk: Arnab Bulan Biru - Lokman Hakim
18. Kakak Saya Hidup Semula, Legasi Oakheart - Haniff Yusoff
19. Perempuan Pengembara dan Sajak-sajak Perjalanan, Nusa Centre - Nissa' Yusof
20. Rumah yang Tumbuh dari Bukit, Nusa Centre - S. M. Zakir
21. Perempuan Pembunuh Sepi, Nusa Centre - Rita Robert Awantas

Pada awal tahun, saya meletakkan sasaran untuk membaca 100 buah buku pada tahun ini. Setelah empat bulan berlalu, saya berjaya membaca 51 buah buku. Bermakna, lagi 49 buah buku yang perlu saya baca untuk mencapai sasaran tersebut.

Perincian buku tersebut boleh rujuk pada senarai di bawah.


NOVEL
1. Rumah Kertas, Marjin Kiri - Carlos Maria Dominguez

KUMPULAN/ANTOLOGI CERPEN

2. Kuroshio, Tinta Rona - Selenggaraan Nor Asmah Zakaria, Shahidan Jaafar, Mad Rusli Mohd Jamain
3. Perempuan yang Kutemui Pada Setiap Senja, Studio Anai-anai - Hafizah Iszahanid
4. Ifindo, Studio Anai-anai - Saifullizan Yahaya
5. Jarum Jocasta, Studio Anai-anai - Siti Jasmina Ibrahim
6. Generasi Paling Jahanam, Studio Anai-anai - Saharil Hasrin
7. Ahad yang Suram, Studio Anai-anai - Zainal Rashid Ahmad
8. Kakak Saya Hidup Semula, Legasi Oakheart - Haniff Yusoff

KUMPULAN/ANTOLOGI PUISI

9. Masuk ke Dalam Awan, DBP - Siti Zaleha M. Hashim
10. Baik Benang Cantik Tenunan, DBP - Khadijah Hashim
11. Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air, UUM Press - Muhammad Haji Salleh
12. Peneka Silang Kata, Kata Pilar - T. Alias Taib
13. Netramu Buruj di Langit Malam, Legasi Oakheart - Shafiq Said
14. Memintal Bintang-bintang Pagi, Legasi Oakheart - Hidayu Hatta
15. Langit Mabuk: Arnab Bulan Biru - Lokman Hakim
16. Perempuan Pengembara dan Sajak-sajak Perjalanan, Nusa Centre - Nissa' Yusof
17. Rumah yang Tumbuh dari Bukit, Nusa Centre - S. M. Zakir
18. Perempuan Pembunuh Sepi, Nusa Centre - Rita Robert Awantas

UMUM DAN LAIN-LAIN

19. Panduan Pengucapan Awam, DBP - Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad
20. Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi, DBP - Munsyi Dewan
21. Bahasaku Belum Merdeka, DBP - Hasan Baseri Budiman
22. Menulis Buku Secara Bijaksana, DBP - Abdul Aziz Husin
23. Seni Menulis Puisi, Gambang Buku Budaya - Hasta Indriyana
24. 20 Tokoh Sasterawan, Medium Publications - Siti Ezaleila Mustafa
25. Risalah #MalaysiaMembaca, Jejak Tarbiah - Dr Maszlee Malik, Nurul Izzah Anwar, Hasrizal Abdul Jamil, Hilal Asyraf, Syed Azharul Asriq, Hanafi Jamaludin, Zamri Mohamad, Zahrah Yunos
26. Birat, Kata Pilar - Ahm Ahmad
27. Sains Menulis Puisi, Kata Pilar - Fahd Razy

ANEKDOT

28. Filosofi Bawang, Komrad Buku - Anie-Alja
29. Cerita Bilik Pengetua, Komrad Buku - Dr Hayya Bilal
30. Arkitek Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
31. Kompas Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
32. Hijrah Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
33. Kiblat Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
34. Naskhah Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
35. Cerita Orang Bank, Komrad - Mastura Mohd Salim
36. Cerita Orang HR, Komrad - Izman Pauzi
37. Teguran dari Langit, Mustread - Deanna Chee
38. Ragam Budak Sekolah, Komrad Buku - Fadli Salleh
39. Anekdot & Antidot, Kata Pilar - Dr Kamarul Ariffin

REMAJA/KANAK-KANAK

40. Demi Sebuah Kejayaan, UUM Press - Selenggaraan Hamidi Md Yudin dan Ridzuan Kamis
41. Bento vs Mangkuk Tingkat, Ana Muslim - Alia Basirah
42. Ar-Raudhah, NSTP - Mohd Fudzail Mohd Nor
43. Selendang Merah Balukhali, Tinta Rona - Sri Rahayu Mohd Yusop
44. Si Penenun Cinta, Tinta Rona - Husna Nazri
45. Ayah, Tinta Rona - Dayang Ku Mastura Pengiran Ismail
46. Pekan Berembang, Tinta Rona - Salina Ibrahim
47. Antara Dua Titik, Tinta Rona - Abang Median Abang Said
48. Maka, Berbuatlah Emas, Tinta Rona - Nor Azida Ishak
49. Cinta Ahmad Mutawakkil, UP&D - Selenggaraan Nor Azah Abd Aziz
50. Danish... Penulis Megastar, Galeri Ilmu - Iwan Reaz
51. Adrean... Penulis Superstar, Galeri Ilmu - Iwan Reaz
Misi membaca buku pada bulan Mei pula. Mungkin akan lebih perlahan memandangkan bulan Ramadan.

SELAMAT HARI PEKERJA!

#KoleksiBukuMHA #Bacaan2019 #April2019 #Bibliofil #MalaysiaMembaca


Ahad, 21 April 2019

Iklan dan Borang Penyertaan HSPM 2017/2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017/2018 telah pun dibuka. Para penulis dan penerbit,bolehlah menghantar penyertaan dengan mengisi borang di bawah. Tarikh tutup penyertaan pada 7 Mei 2019.





Jumaat, 5 April 2019

Saya Telah Baca 30 Buah Buku dalam Masa Tiga Bulan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


Pada bulan Mac 2019, saya dapat meneruskan momentum membaca 10 buah buku sebulan. Pada bulan ini saya dapat menghabiskan bacaan 13 buah buku.

Buku yang dibaca pada bulan Mac seperti yang berikut:

1. Seni Menulis Puisi, Gambang Buku Budaya - Hasta Indriyana
2. Cerita Orang Bank, Komrad - Mastura Mohd Salim
3. Cerita Orang HR, Komrad - Izman Pauzi
4. Teguran dari Langit, Mustread - Deanna Chee
5. 20 Tokoh Sasterawan, Medium Publications - Siti Ezaleila Mustafa
6. Cinta Ahmad Mutawakkil, UP&D - Selenggaraan Nor Azah Abd Aziz
7. Selendang Merah Balukhali, Tinta Rona - Sri Rahayu Mohd Yusop
8. Si Penenun Cinta, Tinta Rona - Husna Nazri
9. Ayah, Tinta Rona - Dayang Ku Mastura Pengiran Ismail
10. Pekan Berembang, Tinta Rona - Salina Ibrahim
11. Antara Dua Titik, Tinta Rona - Abang Median Abang Said
12. Maka, Berbuatlah Emas, Tinta Rona - Nor Azida Ishak
13. Kuroshio, Tinta Rona - Selenggaraan Nor Asmah Zakaria, Shahidan Jaafar, Mad Rusli Mohd Jamain

*********************************************

Tiga bulan pertama ini saya berjaya membaca 30/100 buah buku yang disasarkan sepanjang tahun 2019.

NOVEL
1. Rumah Kertas, Marjin Kiri - Carlos Maria Dominguez

KUMPULAN/ANTOLOGI CERPEN
2. Kuroshio, Tinta Rona - Selenggaraan Nor Asmah Zakaria, Shahidan Jaafar, Mad Rusli Mohd Jamain

KUMPULAN/ANTOLOGI PUISI
3. Masuk ke Dalam Awan, DBP - Siti Zaleha M. Hashim
4. Baik Benang Cantik Tenunan, DBP - Khadijah Hashim
UMUM
5. Panduan Pengucapan Awam, DBP - Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad
6. Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi, DBP - Munsyi Dewan
7. Bahasaku Belum Merdeka, DBP - Hasan Baseri Budiman
8. Menulis Buku Secara Bijaksana, DBP - Abdul Aziz Husin
9. Seni Menulis Puisi, Gambang Buku Budaya - Hasta Indriyana
10. 20 Tokoh Sasterawan, Medium Publications - Siti Ezaleila Mustafa

ANEKDOT
11. Filosofi Bawang, Komrad Buku - Anie-Alja
12. Cerita Bilik Pengetua, Komrad Buku - Dr Hayya Bilal
13. Arkitek Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
14. Kompas Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
15. Hijrah Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
16. Kiblat Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
17. Naskhah Kehidupan, Wacana MBM - Selenggaraan Mohamad Musip
18. Cerita Orang Bank, Komrad - Mastura Mohd Salim
19. Cerita Orang HR, Komrad - Izman Pauzi
20. Teguran dari Langit, Mustread - Deanna Chee

REMAJA/KANAK-KANAK
21. Demi Sebuah Kejayaan, UUM Press - Selenggaraan Hamidi Md Yudin dan Ridzuan Kamis
22. Bento vs Mangkuk Tingkat, Ana Muslim - Alia Basirah
23. Ar-Raudhah, NSTP - Mohd Fudzail Mohd Nor
24. Selendang Merah Balukhali, Tinta Rona - Sri Rahayu Mohd Yusop
25. Si Penenun Cinta, Tinta Rona - Husna Nazri
26. Ayah, Tinta Rona - Dayang Ku Mastura Pengiran Ismail
27. Pekan Berembang, Tinta Rona - Salina Ibrahim
28. Antara Dua Titik, Tinta Rona - Abang Median Abang Said
29. Maka, Berbuatlah Emas, Tinta Rona - Nor Azida Ishak
30. Cinta Ahmad Mutawakkil, UP&D - Selenggaraan Nor Azah Abd Aziz

Misi membaca buku pada bulan April pula.

#KoleksiBukuMHA #Bacaan2019 #Mac2019 #Bibliofil

Ahad, 3 Mac 2019

Senarai Harga Buku Pemenang HSKU 2017

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.



Ada yang tertanya-tanya, harga buku pemenang HSKU 2017 ini. Jadi, saya kongsikan di sini. Buku-buku ini diterbitkan oleh Tintarona Publication 2019.

1. Selendang Merah Balukhali, Sri Rahayu Mohd Yusop - RM23

2. Si Penenun Cinta, Husna Nazri - RM23

3. Ayah, Dayang Ku Mastura Pengiran Ismail - RM26

4. Antara Dua Titik, Abang Median Abang Said - RM30

5. Pekan Berembang, Salina Ibrahim - RM28

6. Maka, Berbuatlah Emas - Norazida Ishak - RM26

7. Antologi Kuroshio - RM30


#BukuPemenangHSKU2017 #NovelRemaja
#CerpenPuisiRencana #MalaysiaMembaca

Jumaat, 1 Mac 2019

Koleksi Bacaan: Buku dan Majalah Bulan Mac 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Yeay... yang ditunggu telah pun sampai. Teruja dan seronoknya. Orang lain sibuk jual buku nak kosongkan rak, saya pula pulun beli buku untuk menambahkan koleksi.

Majalah DBP Bil. 3 2019:

1. Dewan Sastera
2. Dewan Bahasa
3. Dewan Siswa
4. Tunas Cipta
5. Ranah Perkataan

Koleksi buku pemenang HSKU 2017 dan HSKU lepas-lepas.





1. Selendang Merah Balukhali - Sri Rahayu Mohd Yusop
2. Si Penenun Cinta - Nazri Hussein
3. Ayah - Dayangku Mastura
4. Pekan Berembang - Salina Ibrahim
5. Antara Dua Titik - Yieans Said
6. Maka, Berbuatlah Emas - Azida Ishak
7. Kuroshio
8. 6:20 - Siti Jasmina Ibrahim
9. Cinta Ahmad Mutawakkil
10. Pelangi, Kami Ingin ke Sana
11. Kalau Kita Menjadi Kayu


Rabu, 27 Februari 2019

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



PEMENANG HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN (HSKU) 2017

KATEGORI NOVEL REMAJA

Pertama:
Selendang Merah Balukhali - Sri Rahayu Mohd Yusop


Kedua:
Si Penenun Cinta - Nazri Hussein

Ketiga:
Ayah - Dayangku Mastura

HADIAH PENGHARGAAN
Pekan Berembang - Salina Ibrahim
Antara Dua Titik - Yieans Said
Maka, Berbuatlah Emas - Azida Ishak
-
KATEGORI CERPEN DEWASA

HADIAH UTAMA
Kaki Hantu: Mingguan Malaysia, 29 Oktober 2017 - Exciting Euphoria
Pak Husin, Bas Buruk, Calon YB dan Saya: Mingguan Malaysia, 1 Oktober 2017 - MK Riza
Titis-titis Hujan di Rakhine: Mingguan Malaysia, 19 November 2017 - Azman Ismail

HADIAH PENGHARGAAN
Memberikan Telinga: Mingguan Malaysia, 28 Mei 2017 - Saifullizan Yahya
Kuroshio: Mingguan Malaysia, 5 Mac 2017 - Hafizah Iszahanid
Hari yang Bergelar Kematian: Mingguan Malaysia, 12 Mac 2017 - Juri Durabi
Neraca Akal: Mingguan Malaysia, 16 April 2017 - Maznida Mahadi .
Paduka Raja & Kota Yamani: Mingguan Malaysia, 24 September 2017 - Zainal Rashid Ahmad
-
KATEGORI PUISI

HADIAH UTAMA
Lelaki yang Keciciran Lidah: Mingguan Malaysia, 22 Januari 2017 - Zainol Idris
Lelaki dan Pari-pari: Mingguan Malaysia, 6 Ogos 2017 - S. M Zakir
Sejumlah Catatan Tentang Kesakitan: Mingguan Malaysia, 13 Ogos 2017 - Fadh Razy

HADIAH PENGHARGAAN
Tali: Mingguan Malaysia, 27 Januari 2017 - Zalila Isa
Sakti Naskhah: Mingguan Malaysia, 2 April 2017 - Raihani Mohd.Saaid
Membuka Pintu Rumah Agam-Mu: Mingguan Malaysia, 21 Jun 2017 - Ezani Haji Daud
Pemain Ular: Mingguan Malaysia, 8 Oktober - M Arif Padang Mokan
Bagaimana untuk Ditangiskan: Mingguan Malaysia, 26 November 2017 - Siti Zaiton Ahmad
-
KATEGORI CERPEN REMAJA

HADIAH UTAMA
Dongeng Tonggak Sembilan dan Cerita Februari: Mingguan Malaysia, 9 April 2017 - Husna Nazri
Rahmat Bahgia: Mingguan Malaysia, 10 September 2017 - Maskiah Masrom
Perginya yang Tercinta dan Indahnya Legenda: Mingguan Malaysia, 1 Januari 2017 - Zainal Rashid Ahmad

HADIAH PENGHARGAAN
Bujang Berani: Mingguan Malaysia, 17 September 2017 - Clayton Robert
Hikayat Pesan Ibu: Mingguan Malaysia, 27 Ogos 2017 - Husna Nazri
Imam Air Mata: Mingguan Malaysia, 11 Jun 2017 - Ramli Abdul Halim
Rimba nan Satu: Mingguan Malaysia, 6 Ogos 2017 - Seroja Salim
Semarak Jiwa Wardah: Wanita, Januari 2017 - Bahtiar Omar
-
KATEGORI RENCANA SASTERA
Penulis Terperangkap dalam Lif: Mingguan Malaysia, 3 Disember 2017 - Roslan Jomel
Karya Indie: Mencari Kaca dan Permata: Mingguan Malaysia, 4 Jun 2017 - Ramlee Wahab
-
CERPEN MEDIA BAHARU

HADIAH UTAMA
Pondok Ayah - Norshahkang Shuaib

PENGHARGAAN
Intan di Antara Kaca - Zalila Isa
Aki Popular - Akademik Sanggar Nurimas
Cucu Tok Wan - Muhd Azri
Rumahku di Desa Hati Ayah - Wardah Puteh
Kuih Peneram Pak Jais - Abdullah Hussaini

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Mohd Helmi Ahmad

Karya yang Disenarai pendek ke Peringkat Akhir HSKU 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2017 telah diumumkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang. Sudah pastilah karya yang memenangi HSKU 2017 ini antara karya terbaik daripada yang terbaik.
 
Karya yang disenaraipendekkan ke peringkat akhir juga wajar diberikan pujian kerana terpilih daripada sejumlah karya yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia dan Wanita pada tahun 2017.
Penulis dan pembaca yang berhasrat untuk menghantar karya ke Mingguan Malaysia dan memenangi HSKU, bolehlah membaca kesemua karya yang disenaraipendekkan ini sebagai panduan dan penanda aras.

Oleh itu, di sini saya kongsikan senarai karya yang disenaraipendekkan itu mengikut kategori berikut:

CERPEN REMAJA

1] Allien, Nasi dan Puyu Pekasam - Haniff Yusoff, Mingguan Malaysia, 8 Januari 2017
2] Bertuah, bertuah... - Abdullah AR, Mingguan Malaysia, 22 Oktober 2017
3] Bujang Berani - Clayton Robert, Mingguan Malaysia, 17 September 2017
4] Di Mana Tumpahnya Kuah - Arzaman Sulaiman, Mingguan Malaysia, 30 April 2017
5] Dokoh Emas Mama - Soraya Salim, Wanita, Mei 2017
6] Dongeng Tonggak Sembilan dan Cerita Februari - Husna Nazri, Mingguan Malaysia, 9 April 2017
7] Gulai Kawah Sambal Kedondong - Wan Marzuki Wan Ramli, Wanita, Julai 2017
8] Hikayat Pesan Ibu - Husna Nazri, Mingguan Malaysia, 27 Ogos 2017
9] Imam Air Mata - Ramli Abdul Halim, Mingguan Malaysia, 11 Jun 2017
10] Kontang Kanting - Nurimas SN, Mingguan Malaysia, 16 Julai 2017
11] Perginya yang Tercinta & Indahnya Legenda - Zainal Rashid Ahmad, Mingguan Malaysia, 1 Januari 2017
12] Rahmat Bahgia - Maskiah Masrom, Mingguan Malaysia, 10 September 2017
13] Rimba nan Satu - Seroja Salim, Mingguan Malaysia, 6 Ogos 2017
14] Semarak Jiwa Wardah - Bahtiar Omar, Wanita, Januari 2017
15] Setahun Setelah Menghadiri HSKU - Khairil Idham Ismail, Mingguan Malaysia, 3 Disember 2017
16] Wangian Muraya di Palestin - Ayudez Zuraina, Mingguan Malaysia, 17 Disember 2017

-
CERPEN UMUM

1] Bertanya Seorang Haral - Siti Jasmina Ibrahim, Mingguan Malaysia, 19 Februari 2017
2] Kuroshio - Hafizah Iszahanid, Mingguan Malaysia, 5 Mac 2017
3] Hari yang Bergelar Kematian - Juri Durabi, Mingguan Malaysia, 12 Mac 2017
4] Neraca Akal - Maznida Mahadi, Mingguan Malaysia, 16 April 2017
5] Lelaki dari Negeri Pelangi - Azman Ismail, Mingguan Malaysia, 25 Disember 2016
6] Memberikan Telinga - Saifullizan Yahya, Mingguan Malaysia, 28 Mei 2017
7] Paduka Raja & Kota Yamani - Zainal Rashid Ahmad, Mingguan Malaysia, 24 September 2017
8] Pak Hussin, Bas Buruk, Calon YB dan Saya - MK Riza, Mingguan Malaysia, 1 Oktober 2017
9] Kaki Hantu - Saza S, Mingguan Malaysia, 29 Oktober 2017
10] Titis-titis Hujan di Rakhine - Azman Ismail, Mingguan Malaysia, 19 November 2017

-

PUISI

1] Nota Disember kepada Januari - Alias Ismail, Mingguan Malaysia, 8 Januari 2017
2] Selendang Perpaduan - Pauzi Mohd Isa, Mingguan Malaysia, 29 Januari 2017
3] Tali - Zalila Isa, Mingguan Malaysia, 29 Januari 2017
4] Engkau Tidak Buta, Anakku - Chai Loon Guan, Mingguan Malaysia, 12 Februari 2017
5] Lelaki yang Keciciran Lidah -Zain Idris At-Tobiari, Mingguan Malaysia, 22 Januari 2017
6] Mari Impikan Kemarau - Zaen Kasturi, Mingguan Malaysia, 5 Februari 2017
7] Bahasaku Segalanya - Ramlan Abd Wahab, Mingguan Malaysia, 26 Februari 2017
8] Badut Bangsa - Shahrrul Rizal Hashim, Mingguan Malaysia, 5 Mac 2017
9] Mari Kuajar Kamu Menulis Puisi - Ratna Laila Shahidin, Mingguan Malaysia, 19 Mac 2017
10] Sakti Naskhah - Raihani Mohd Said, Mingguan Malaysia, 2 April 2017
11] Membuka Pintu Rumah Agam-Mu - Ezani Haji Daud, Mingguan Malaysia, 21 Jun 2017
12] Penunggang Hukum - Alias Ismail, Mingguan Malaysia, 23 Julai 2017
13] Lelaki dan Pari-pari - S.M Zakir, Mingguan Malaysia, 6 Ogos 2017
14] Sejumlah Catatan Tentang Kesakitan - Fahd Razy, Mingguan Malaysia, 13 Ogos 2017
15] Lelaki yang Memilih untuk Melukis Warna Merdeka di Hatinya - Husna Nazri, Mingguan Malaysia, 3 September 2017
16] Tanah Air, Air Mata Rohingya - Dr. Ibrahim Ghaffar, Mingguan Malaysia, 10 September 2017
17] Kritik - Wanrazuhar, Mingguan Malaysia, 1 Oktober 2017
18] Pemain Ular - M. Arif, Mingguan Malaysia, 8 Oktober 2017
19] Bagaimana untuk Ditangiskan - Siti Zaiton Ahmad, Mingguan Malaysia, 26 November 2017
20] Wilwatikta - Mahizan Husain, Mingguan Malaysia 24 Disember 2017

-
RENCANA SASTERA

2] Keperluan Karya Bersesuaian Tahap Pendididkan - Md Ishak A. Rahman, Mingguan Malaysia 21 Mei 2017
3] Karya Indie: Mencari Permata dan Kaca - Ramlee Wahab, Mingguan Malaysia 4 Jun 2017
4] Sastera Mengilhamkan Imaginasi Realiti - Ridzuan Kamis, Mingguan Malaysia 27 Ogos 2017
5] Penulis Terperangkap dalam Lif - Roslan Jomel, Mingguan Malaysia, 3 Disember 2017
6] Melihat Sastera Era Transisi - S.M Zakir, Mingguan Malaysia, 10 Disember 2017

-

CERPEN MEDIA BAHARU

1] Pondok Ayah
2] Cucu Tok Wan
3] Aki Popular
4] Mujahidah Siber
5] Kuih Peneram Pak Jais
6] Warkah-warkah Siluman
7] Intan di Antara Kaca
8] Pena dalam Talian
9] Rumahku di Desa Hati Abah

-

NOVEL REMAJA

1] Si Penenun Cinta 
2] Maka Berbuatlah Emas
3] Selendang Merah Balukhali
4] Antara Dua Titik
5] Laila Malaiqqa & Aduka
6] Ayah
7] Pekan Berembang
8] Semigran: Dunia Sempurna

Mohd Helmi Ahmad
Senarai Karya ke Peringkat Akhir HSKU 2017


Jumaat, 25 Januari 2019

Dapatkan Antologi Cerpen Kanak-kanak: Kartunis Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Bagaimanakah dengan perkembangan penerbitan kumpulan cerpen kanak-kanak? Berkembang atau menguncup? Penerbit mana lagi selain DBP yang mahu menerbitkan buku genre ini?

Saya ada menghantar sebuah manuskrip kumpulan cerpen kanak-kanak ke sebuah syarikat penerbitan untuk penilaian penerbitan, namun tiada sebarang khabar sama ada manuskrip itu lulus diterbitkan atau sebaliknya. Benarlah, penantian tanpa khabar ialah satu penyiksaan.

Jalan lain, penulis berkolaboratif menerbitkan antologi. Jika melihat perkembangan penerbitan antologi cerpen kanak-kanak dahulu dengan sekarang, jauh bezanya.

Nama seperti Othman Puteh antara penyelenggara antologi cerpen kanak-kanak dan remaja yang disegani. Namun, setelah beliau tiada, penerbitan antologi dalam genre ini seperti agak tenggelam.

Walau bagaimanapun, usaha Pak Cu Hamidi Md Yudin yang bertindak sebagai penyelenggara antologi cerpen dan puisi kanak-kanak dapatlah dikatakan sebagai penyambung nyawa menghidupkan semula penerbitan antologi dalam genre ini.

Buktinya, "Kartunis Muda" yang menghimpunkan 14 buah cerpen kanak-kanak yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar diterbitkan oleh DBP.

Antologi ini turut memuatkan tiga buah cerpen saya termasuklah "Ujian Kejujuran", "Anugerah Syawal nan Mulia" dan "Haikal".

Ya, kerja-kerja penyelenggaraan antologi bukan mudah apatah lagi melibatkan banyak penulis. Oleh itu, satu kejayaan bagi seorang penyelenggara apabila antologi yang diselenggara berjaya diterbitkan bawah penerbit terkemuka seperti DBP.

Terbaharu, penerbit Wacana MBM yang diterajui oleh Cikgu Mohamad Musip, telah melancarkan projek penulisan cerpen kanak-kanak. Sebanyak lima edisi antologi cerpen kanak-kanak dengan lima tema terpilih bakal diterbitkan. Usaha Wacana MBM menerbitkan dan menyediakan bahan bacaan yang berkualiti untuk kanak-kanak wajarlah dipuji.

Sebagai penulis cerpen kanak-kanak pula, aspek penulisan genre ini haruslah dikuasai terlebih dahulu. Sudah pastilah gaya penulisan cerpen kanak-kanak berbeza dengan penulisan cerpen remaja dan dewasa.

Untuk itu, pengkajian, penelitian dan pembacaan yang meluas perlu dilakukan. Sekiranya ada rakan-rakan berminat untuk menulis atau membaca cerpen kanak-kanak, saya cadangkan untuk rakan-rakan mendapatkan Kartunis Muda sebagai bahan bacaan tambahan.

Dengan harga RM10 (termasuk pos biasa), rakan-rakan dapat membaca 14 buah cerpen kanak-kanak pelbagai tema seperti keberanian, nilai persabahatan, kasih sayang, keinsafan dan kekeluargaan. Hubungi saya segera!

#KartunisMuda #Cerpenkanakkanak #BukuDBP


Isnin, 21 Januari 2019

Membaca Kisah Bibliofil dalam Naskhah Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Naskhah Kehidupan menghimpunkan pengalaman pembacaan dan kecintaan terhadap buku oleh 20 orang penulis termasuklah guru dan pensyarah universiti.

Coretan pengalaman tersebut disampaikan secara anekdot dan kisah kehidupan. Hasil pembacaan, dapat saya senaraikan bahan bacaan; akhbar, majalah, buku, novel, kitab yang disebut oleh para penulis dalam buku ini. 

1. Mingguan Kanak-kanak
2. Salina
3. Bujal
4. Wak Dogol
5. Ibu yang Kusayang
6. Badai Semalam
7. Mendung Semalam
8. Sayang Si Tina
9. Jejak Kenangan
10. Saya Tunggu, Awak
11. Who Move My Cheese?
12. Ranjau Sepanjang Jalan
13. Real Focus
14. Feng Shui
15. Awake The Giant Within
16. Mira Edora
17. Jangan Ikut Jalan Ini
18. Stories of Childhood
19. The Story World
20. Senandung Anak Laut
21. Kasih Sayang
22. Hikayat Sang Kancil
23. Hikayat Hang Tuah
24. Canai Bacaan
25. Atheis
26. Tulang-tulang Berserakan
27. Seuntai Kasih Secebis Harapan
28. Cerita Malam Pertama
29. Kenang-kenangan
30. Hikayat Abdullah
31. Ini Pasu Bunga
32. Kamus Idris Al Marbawi
33. Qassasul Anbia
34. Kitab Perukunan
35. Muta'al Badrin
36. Siti Nurbaya
37. One Minute Manager
38. Kampung Boy
39. Tenggelamnnya Kapal Van Der Wijck
40. Merantau ke Deli
41. Di Bawah Lindungan Kaabah
42. Konserto Terakhir
43. PhD, Kecil Tapi Signifikan
44. Travelog Haji
45. Rayyan Fantasi
46. Penunggu Rimba Tombiruo
47. Rahsia Hati
48. Menantu Komando Pencen
49. Salju Kyoto
50. Mawar Berduri
51. Patah Sayap Bertongkat Paruh
52. ILYAS I Love You Abang Singa
53. Tiga Jodoh
54. Fleur
55. Makmum yang Tertinggal
56. Jangan Benci Cintaku
57. CEO Tak Dijangka
58. Filosofi Mak Singa
59. Cakar Ayam Seorang Doktor
60. Sangkuriang's Love, Oedipus Laging
61. Suara Orang Berbangsa
62. Rahsia Khatam al-Quran Pada Usia Lima Tahun
63. Travelog Cinta Mualim
64. Rencah Kehidupan
65. Rimbun Kehidupan
66. Seorang Tua di Kaki Gunung
67. Children Ensiklopedia Britainica 

Siri anekdot dan kisah bibliofil ini boleh dijadikan bahan bacaan ahli keluarga dan masyarakat untuk membina keyakinan diri untuk mendekati buku dan membaca buku.

Pelbagai pengalaman pembacaan yang dikongsikan termasuklah bagaimana mereka mula minat membaca, siapa yang memberikan sokongan untuk membaca, peristiwa tersesat di kedai buku, kempen-kempen memupuk budaya membaca, fiil seorang bibliofil, cabaran bergelar penulis buku, keghairahan membaca sehinggalah kembara buku ke luar negara.

#MalaysiaMembaca #KisahBibliofil #NaskhahKehidupan #WacanaMBM #AnekdotdanKisahKehidupan

Selasa, 15 Januari 2019

Promosi Beli 2 Buku Percuma 1 Buku

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah, stok buku Arkitek Kehidupan dan Naskhah Kehidupan yang memuatkan anekdot dan kisah kehidupan saya selamat diterima. 

Arkitek Kehidupan menghimpunkan kisah kerjayaku. Dalam buku ini saya berkisah tentang kerjaya sebagai seorang penulis. Manakala Naskhah Kehidupan menghimpunkan kisah bibliofil atau pengalaman pembacaan dan kecintaan terhadap buku.

Selain itu, melalui penerbitan siri anekdot dan kisah kehidupan ini juga terdapat tiga lagi judul iaitu Kompas Kehidupan, Hijrah Kehidupan dan Kiblat Kehidupan.


 
Sebagai menghargai sokongan rakan-rakan terhadap hasil penulisan saya, dengan ini saya menawarkan promosi istimewa bagi pembelian buku Arkitek Kehidupan dan Naskhah Kehidupan yang baru sahaja terbit.

Set kombo ini ditawarkan pada harga RM50. Menariknya lagi, setiap pembelian set ini saya akan hadiahkan sebuah buku percuma. Tajuk boleh pilih sendiri. Rujuk pada gambar.

Arkitek Kehidupan + Naskhah Kehidupan + (1 buku percuma) = RM50

Terhad kepada 10 orang terawal sahaja.

Terima kasih atas sokongan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78