Pengikut

Rabu, 24 Julai 2013

Lebih Seronok di Luar Bilik Darjah?

Assalamualaikum semua. Hari ini hampir di pertengahan kita menjalani ibadah puasa. Berbaki 15 hari lagi, sama-samalah kita menguatkan tekad dan azam untuk berjuang menepis godaan nafsu, bisikan syaitan dan memelihara anggota pancaindera kita dari melakukan perkara-perkara yang dilarang sekaligus membatalkan puasa. Di samping itu, kita juga dituntut melibat gandakan amalan ibadat.

Keduanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger semua yang sentiasa menyokong setiap entri yang diterbitkan di blog ini. Paling ketaranya apabila entri yang dikongsikan itu, ada pula pelbagai pendapat yang boleh diperdebatkan untuk merancakkan budaya melontarkan pandangan. 

Berkenaan entri hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di luar bilik darjah yang saya lakukan pada hari ini. Sebenarnya, selain mengajar Bahasa Malaysia saya juga mengajar Kemahiran Hidup. Jadi, P&P yang lebih kepada kemahiran ini nemerlukan kreativiti guru dalam menyampaikannya. 


Hari ini saya mengajar murid saya tentang tanaman hiasan. Terdapat tujuh jenis tanaman hiasan. Antaranya, pokok semusim, pokok renek, pokok naungan, pokok palma, pokok penutup bumi dan pokok menjalar atau memanjat


Oleh itu, saya meminta murid menyenaraikan pokok tersebut dan kemudiannya mencari pokok tersebut di kawasan persekitaran sekolah. Alhamdulillah, kawasan persekitaran sekolah yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan hiasan dapat membantu melancarkan proses pengajaran saya yang mana murid berjaya menyenaraikan dan mencari kesemua tumbuhan hiasan tersebut. 


Sememangnya, aktiviti di luar bilik darjah ini sangat dinanti-nantikan murid. Memandangkan, P&P lain kebanyakannya dijalankan di dalam bilik darjah. Namun begitu, guru-guru juga perlu mengawasi murid sewaktu berada di luar bilik darjah. Hal ini demikian, sebarang perkara yang tidak diingini boleh sahaja terjadi. 


56 ulasan:

  1. Pembelajaran luar bilik darjah selalunya mmg dinanti mrd2..tahniah krn mengusahakannya utk mrk:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya masa Kemahiran Hidup saya bawa murid-murid masuk bengkel. Tapi hari ni bengkel ada cikgu guna. Jadi, bila nak suruh murid masuk kelas semula, mereka merungut. Oleh itu, saya fikir apa salahnya saya jalankan P&P di luar, lagipun tajuk saya sesuai.

      Padam
  2. wee..inilah masa yg dtunggu masa skolah dulu...blh kluar kelas time biologi jer...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu tak nak bawa murid sebab susah juga nak kawal. Dalam kelas pun dah tak terkawal. Tapi, sekali-sekala apa salahnya kan.

      Padam
  3. cikgu ni mengajar subjek apekah ??

    BalasPadam
  4. teringat masa dulu-dulu ada buat benda ni.. seronok bila ada aktiviti luar ni, budak-budak takde lah bosan teperap dalam bilik darjah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu mama. Mereka ni suka kalau buat aktiviti macam ni.

      Padam
  5. Sm la mcm sy dulu2 ;-)

    TERIMA KASIH krn sudi join GA sy ;-)

    BalasPadam
  6. dulu, zaman sekolah kat kg..part paling best bila cikgu bawa kami "berkampung" bawah pokok...best sesangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suasana pembelajaran mempengaruhi proses pembelajaran murid. Adakala bila terperuk dalam bilik darjah mereka tertekan, dan bila dapat keluar bolehlah menenangkan sikit fikiran mereka tu.

      Padam
  7. aktiviti luar lebih santai..nak belajar pun tenang je..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, murid suka sangat kalau dapat belajar di luar bilik darjah. Namun begitu, bilik darjah merupakan tempat utama murid dan guru menjalankan P&P.

      Padam
  8. belajar di luar kelas rasanya lebih praktikal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau waktu praktikal boleh buat di luar. Setakat teori dalam kelas pun ok.

      Padam
  9. aiza pun lebih suka belajar di luar bilik darjah.. kalau di dalam kelas selalu mengantuk je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guru kenalah bijak merancang P&P dia. Kalau dalam kelas, perlu buat aktiviti yang kreatif untuk menarik minat murid.

      Padam
  10. seronok! teringat dulu2 belajar di luar kelas, mmg best dgn angin sepoi2 bahas gitu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau terbuai dengan angin sangat memang melentoklah kan.

      Padam
  11. acik dulu time sekolah mmg suka sangt bila pembelajaran kat luar.. lagi seronok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun suka. Pembelajaran di luar bilik darjah dapat menjana minda dan membelasan diri dari terkurung.

      Padam
  12. Masih saya ingat semasa menjadi anak murid, pembelajaran di luar kelas amat saya nantikan. Seronok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, nampaknya selepas ni saya perlu lebih banyak merancang aktiviti di luar kelaslah kan. Tapikalau Kemahiran Hidup tidak menjadi masalah. Ada tema tanaman yang boleh murid bercucuk tanam. Sudah tentu mereka tertunggu-tunggu.

      Padam
  13. Balasan
    1. Murid-murid ni memang kreatif, siap tampal dan tulis nama pokok tu lagi.

      Padam
  14. nak tanye sikit sistem pemarkahan yang baru keluar untuk pelajar boleh tolong ulas x??sebab ade antara ibubapa yang konfius ngan sistem neh..lagipon sebelum neh mereka pantau anak-anak melalui sistem lama..peperiksaan...sy pon pening jugak walaupon takde anak lagi..(jiran sy dok terangkan kat saya langsung x paham)..hehhehe sorry...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana prihatin.

      Boleh rujuk entri ringkas saya di sini:

      http://mieadham86.blogspot.com/2013/07/transformasi-pendidikan-melalui-sppbs.html

      Padam
  15. time sekolah rendah, klu guru bawak ke padang untuk belajar.. kami suke sangat.. sebab kami bebas duduk di dalam kelompok dan guru akan bagi latihan kumpulan.. disini kami belajar dimana ''semangat kerja didalam kumpulan"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti semua murid juga menyukai suasana pembelajaran begini.

      Betul, kerja berpasukan antara nilai yang harus diterapkan dalam diri murid setiap kali melakukan kerja berpasukan.

      Padam
    2. betul! zaman sekolah saya dulu bila cikgu ckp nak bawak kitorg belajar luar kelas rasa "heaven gila" !! seronok sgt dapat belajar cara cenggini.

      btw, creatif buat cara pembelajaran camtu.

      Padam
    3. Kadang-kadang kalau nak bawa murid ke luar, perlu pantas kerana masa yang diperuntukkan hanya satu jam untuk dua waktu. Kalau lambat-lambat memang akan buang masa.

      Oh, saya cuma nak pelbagaikan suasana P&P saja.

      Padam
  16. saya suka subjek kemahiran hidup ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada bakat dan kemahiran pastilah subjek ini menjadi kesukaan.

      Padam
  17. haha..mmg syok klu buat aktiviti luar klas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dapat rehatkan minda yang tertekan di dalam kelas.

      Padam
  18. hehe...abes nnt pokok bunga kt skola

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya siap pesan satu pokok ambil satu saja. Dan masa nak ambil tu, elok-elok, jangan cabut dan sebagainya.

      Padam
  19. bila tengok macam ini..ingat zara waktu zaman budak sekolah dulu..kami pakat2 cari tumbuhan di sekitar sekolah..seronok..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu sekolah memang seronok kalau ada aktiviti macam ni. Taklah bosan asyik mengadap buku teks saja.

      Padam
  20. belajar di luar bilik darjah memang menyeronokkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain teknik pengajaran guru yang kreatif, ternyata suasana pembelajaran juga membantu.

      Padam
  21. hilmi
    ada pertandingan menulis cerpen berunsur islam sepena maulidul rasul
    tarikh tutup 30 september. surat ada di dalam e-mail sekolah masing-masing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tahu ustaz. Rasa nak cuba. Tengoklah nanti.

      Padam
    2. saya pun nak cuba. asah bakat. nanti kalau siap minta hilmi bagi ulasan. kih kih kih.

      Padam
    3. Saya pun dah lama tak menulis cerpen ni. Kena start enjin bagi panas dulu ni.

      Padam
  22. belajar luar kelas mmemang best lagi2x kalo sukan ke, sains dan kemahiran hidup..teringat zaman skolah rendah ngan menengah dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ternyata kenangan yang indah sering menjadi ingatan kan. Nampaknya cikgu tersebut telah berjaya menjalankan P&P dengan berkesan hingga meninggalkan kenangan manis kepada muridnya.

      Padam
  23. Sesiapa pun, bukan sahaja murid2...cikgu2 pun suka juge kalau buat aktiviti pembelajaran di luar kelas. Pembelajaran secara teori disertakan dengan praktikal amat berkesan kpd murid2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali. Teori dan praktikal yang berkesan mampu memberi pemahaman yang baik kepada murid.

      Padam
  24. kaedah pengajaran begitu memang berkesan untuk murid2...cuma tak ramai pendidik yang praktik benda ni...murid lebih cepat faham apabila pembelajaran diluar kelas ni...faktor psikologi jgk tu kan bro~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.

      Mungkin juga pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan. Jika tajuk tersebut bersesuaian bolehlah guru membawa murid di luar kelas, sebaliknya lebih baik juga berada di dalam kelas.

      Padam
  25. Kalau belajar kat luar kelas memang santai cikgu...
    tengok budak2 pon hapi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang santai cik akak, murid pun kena tahulah kan. Belajar di luar bukan nak main-main. Konsep P&P di luar bilik darjah tu perlu murid faham, betul tak.

      Padam
  26. Saya dulu masa sekolah pun suka sangat kalau cikgu bawak keluar dari kelas. Seronok! Takde la asyik terperap dalam kelas je ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mereka ni seronok. Dapat juga ambil angin. Walau bagaimanapun P&P tetap berjalan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78