Pengikut

Khamis, 25 Julai 2013

Peringatan pada Musim Perayaan


Dalam kerancakan kita membuat persiapan raya tidak kira di mana pun kita berbelanja, janganlah abaikan keselamatan diri. Pernahkah anda melihat papan tanda peringatan ini? Oleh itu, sebelum berlaku lebih baiklah kita berhati-hati dan beringat sebelum kena. 

Ada yang tahu di mana saya ambil gambar papan tanda ini? Tak lain tak bukan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Sebenarnya dah lama saya simpan gambar ni. Pada waktu ini, kawasan Jalan TAR lengang. Maklumlah seawal 9 pagi. 

Apabila kecewa dengan peniaga kedai buku yang tidak membenarkan saya masuk ke kedainya kerana katanya belum buka, walaupun sudah ternganga pintunya saya membawa diri ke susur jalan untuk ke Pudu Sentral. Nampaknya, keterujaan saya untuk membeli buku telah diragut oleh pekedai mamak itu.  

Pesanan ini bukan dibawa oleh gagak yang bertenggek di papan tanda peringatan itu ya. 

Saya pasti, hujung minggu ini akan menjadi waktu kemuncak untuk pengunjung membanjiri Jalan TAR untuk membuat persiapan raya yang tidak lama lagi bakal menjelma.  Oleh itu, saya nasihatkan berhati-hati dengan peragut yang berkeliaran sama ada di luar kedai ataupun dalam kedai. 

Paling penting, jangan teragut dengan lelongan jualan murah yang bakal anda hadapi nanti.


35 ulasan:

  1. Balasan
    1. oh ya ke, lepas ni cubalah tinjau-tinjau kawasan persekitaran. Mana tahu ada.

      Padam
  2. hihi, memang patut kita berhati-hati tak kira musim..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersedia sebelum terlambat. Tapi, kalau yang kena ragut oleh pekedai dalam kedainya susah juga. Salah siapa tu?

      Padam
  3. betul tu...maklum la kita dh dekat dgn syawal..lagi pula jgn sampai taksub dgn harga yg ditawar sampai lupa kita sebenarnya dh terkena..peringatan bersama..terima kasih cikgu..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, jangan ghairah sangat. Berbalik pada kehendak atau keperluan. Kena ragut dengan peragut boleh lapor dengan polis, tapi kalau kena ragut dengan pekedai susah pula nak buat laporan.

      Padam
  4. ha 'ah memang ada cikgu signboard tu.saya pergi sana minggu depan masa hari bekerja.memang kena triple berhati2 :)

    selamat bersahur ye cikgu ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang kita tak perasan kan. Tapi kalau ada papan tanda dalam diri tak perlu risau lagi.

      Padam
  5. kena selali fokus keadaan sekeliling. kalau bukan kita diragut kita tolong orang yang diragut. :)

    BalasPadam
  6. hi hi hi jaga-jaga duit raya anda.

    BalasPadam
  7. baru aiza perasan.. selama ni pergi kat sana orang tengah ramai tak perasan pun papan tanda tu.. bahaya ada di mana-mana.. berhati-hatilah selalu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau kita tak selalu beringat, mengundang bahaya juga. Papan tanda ini tujuannya adalah untuk memberi peringatan supaya masyarakat selalu beringat.

      Padam
  8. Sudah selesai bershopping sblm puasa lagi...xsanggup nak bersesak2 shopping di bulan puasa ni apatah lagi di jalan TAR...Oh.. Tidak! he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah macam tu. Buat persiapan awal. Tak perlu terkejar-kejar lagikan.

      Padam
  9. kat SP ada papan tanda ni. TI dapat sampaikan sesuatu diluar maksud peragut yg dimaksudkan..hiii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap-harap ada yang dapat memahami dua maksud yang saya sampaikan.

      Padam
  10. kena extra careful la sbb mcm2 jenayah berlaku skrg nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kita perlu bekerjasama membanteras jenayah ni dari terus berleluasa. Masyarakat pula harus lebih berhati-hati.

      Padam
  11. biasa nampak papan tanda ni kat tempat2 yang selalu jadi tumpuan orang ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah ramai sangat tentu kita dah tak perasan kan.

      Padam
  12. Rasanya ada. Tapi, mungkin cik akak tak perasan. Kalau atak ada, cik akak buat letak di tempat yang yang tumpuan sebagai peringatan.

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Berhati-hati supaya tidak menyesal kemudian hari.

      Padam
  14. Apa2 pun jangan terlalu leka dengan persiapan smpai ada perkara yg tak diingini berlaku..berhati2 terhadap suasana sekeliling kita..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuatu benda tu kalau nak berlaku cepat sajakan, jadi perlulah lebih berhati-hati. Kelekaan akan mengundang bahaya.

      Padam
  15. hujung minggu ni menjadi satu kemestian musim memborong sakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memborong-memborong juga, perlulah berhati-hati. Di tempat yang menjadi tumpuan pasti, macam-macam kes boleh berlaku.

      Padam
  16. sekarang ni, peragut pn dh berani..meragut di khalayak ramai pula 2..ape pun berhati-hatila kepada semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peragut ni dah jadikan jenayah ni sebagai kerjaya tetap dan berpencen pula kan selaki tak kena tangkap.

      Padam
  17. hujung minggu pastinya kesempatan untuk shopping .. tapi ada juga yang ambil kesempatan atas keadaan ramai orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak salah kalau kita nak membeli belah kan. Tapi perlulah beringat.

      Padam
  18. Terima kasih atas peringatan ni cikgu. Kena sentiasa beringat-ingat lagi2 di tempat yang ramai orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Kita haruslah ingat-mengingati antara satu sama lain.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78