Pengikut

Isnin, 29 Julai 2013

Melahirkan Seorang yang Patriotisme

Assalamualaikum semua. Syukur alhamdulillah, hari ini masih kita diberi kesempatan untuk menghela nafas dalam bulan Ramadan yang mencecah 20 hari kiraannya. 

Pada hari ini juga sekolah saya telah melancarkan Program Patriotik sempena Bulan Kemerdekaan yang akan menjelma tidak lama sahaja lagi. 


Seperti biasa, pelancaran ini melibatkan persembahan murid dan nyanyian lagu patriotik sambil mengibar bendera. 

Sewaktu acara pelancarannya itu tadi satu simbolik telah dilakukan yang mana guru besar telah melepaskan tiga ekor burung yang berada di dalam sangkar (saya tak sempat nak ambil gambar). 

Melalui program ini pelbagai aktiviti yang dirancang. Antaranya, deklamasi sajak, pertandingan melukis poster, pertandingan menghias kelas, pertandingan pantomin, pertandingan menghias kereta, basikal dan motosikal dan beberapa aktiviti lagi. 

Diharapkan melalui program ini dapatlah memupuk sikap cintakan negara dalam kalangan murid. Sememangnya sekolah menjadi medan terbaik untuk mengasuh dan membentuk jati diri murid sejak dari kecil lagi. 

P/S: Kerana saya guru kelas, murid sudah bertanya bila nak hias kelas?

36 ulasan:

  1. syok kan ada program macm nie...dlu slalu join masa jadi cikgu ganti..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok kalau ada program macam ni. Murid sudah tentu akan menyertainya kerana ada hadiah akan diberikan.

      Padam
  2. Program yang bagus untuk mendidik anak bangsa cintakan negara. Jangan lupa menonton tayangan filem Tanda Putera 29 Ogos nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

      Insya-Allah, terima kasih maklumannya.

      Padam
  3. masa kecik dah didedahkan dengan semangat patriotisme..bagus ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga mereka ini menjadi pewaris negara yang sanggup mempertahankan negara.

      Padam
  4. sekolah saya belum lagi. tak tau bila. bendera pun belum pasang lagi

    BalasPadam
  5. Bagus buat program macam ni.. ayah kak Erin pun seorang guru besar.. boleh nak suggest kat dia untuk adakan program macam ni di sekolahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya semua sekolah akan buat macam ni. Cuma yang bezakannya meriah atau sederhana saja.

      Padam
  6. Salam merdeka..bukan mengibarkn bendera sahaja..tpi kita kena tahu juga sejarah tanah melayu kita..mcm mana kita beroleh kemerdekaan kn cikgu..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kemerdekaan...Ya, setuju sejarah itu tetap perlu dipelajari dan difahami.

      Padam
  7. nmpak semangat je semua =) he3..smgat kemerdekaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka semua ni memang bersemangat. Bukan main lagi mereka kibar Jalur Gemilang.

      Padam
  8. program sebegini patut dilaksanakan untuk mengingati sejarah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga apa yang dilaksanakan mampu menyemaik kecintaan murid terhadap negara. Bukan sekadar untuk berseronok-seronok.

      Padam
  9. comelnya ... ceq dulu sek rendah kalo ad prog gini selalu ceq masuk ptandingan melukis n of coz lah ceq dpt no 1... hehe seronok jdi budak2, semangat je smbut merdeka...

    BalasPadam
  10. semangat.. masa sek dulu fiza selalu join sajak patriotisme .. berlakon.. kebudayaan.. seronok.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka kalau bab-bab macam ni memang bersemangat. Oh, penyajak jugalah ni. Tahniah!

      Padam
    2. dulu je encik Helmi .. heheh =) sekarang dah malu.. hehhe

      Padam
    3. Saya hanya pandai menulis sajak tapi tak pandai nak deklamasikannya.

      Padam
  11. sokong program cm gini :) acik suka betul :) kat sekolah dulu acik mmg join pertandingan yang di anjurkan pada bulan merdeka :) pernah menang karangan merdeka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya samalah kita. Saya juga pernah menyertai pertandingan menulis esei kemerdekaan, tapi di sekolah menengah la. Alhamdulillah, dapat tempat pertama.

      Padam
  12. awal jgk yer dh lancar :) moga bakal-bakal penyambung generasi ini mampu sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab menyanyangi Malaysia.amin ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.

      Pelancarannya sahaja, segala aktiviti akan dilaksanakan selepas cuti raya nanti. Jadi pada waktu itu hanya berbaki 2 minggu sahaja.

      Padam
  13. bukan suatu yg mudah sebenarnyer... !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, proses pembentukan ini bukan sesuatu kerja yang mudah. Namun, segala-galanya bermula dengan langkah pertama.

      Padam
  14. Balasan
    1. Penonton yang bersemangat dan menghargai segala apa yang diberikan atau dipersembahkan oleh kawan-kawan juga suatu sikap yang baik.

      Padam
  15. semangat cintakan negara elok dipupuk sejak kecil..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu Aiza. Segalanya bermula dari kecil.

      Padam
  16. seronok juga jadi cikgu kelas ye...hamba sememangnya minat untuk menghias kelas dan sebagainya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hhehehe, saya ni tak kreatif. Tak tahulah macam mana nanti nak hias kelas.

      Padam
  17. Wahh teruja ya nak sambut Hari Merdeka. Apa lagi cikgu, cepat2 la hias kelas tu ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu... saya ni tak kreatif. Dah cakap dengan murid, lepas raya kita hias. Tak tahulah apa nak jadi kelas tu nanti.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78