Pengikut

Isnin, 29 Julai 2013

Menarik dalam BH Hari ini


Sesungguhnya tulisan Sasterawan Negara Dr Anwar Ridhwan hari ini mampu menggugah minda pembaca masyarakat Malaysia. Tulisan yang berupa cadangan ini seharusnya difikirkan secara tuntas untuk membina akal budi rakyat Malaysia. Fenomena yang taksub akan budaya hedonisme sekarang ini menular bagaikan kabus yang tidak sedar. 

Lantaran itu, usaha mengembalikan corak fikir dan amalan pembacaan yang berkualiti harus pergandingan usaha yang bersama. Bagaimanapun, pohon diri yang condong dan goyah harus ditegakkan kembali yang mana perubahan yang ingin disuburkan mulanya bercambah dari perdu kendiri. Jika seseorang itu telah selesa dengan apa-apa yang dimiliki dan tidak mahu berubah, pastinya transformasi yang hendak dilakukan agak sukar. 

Dalam tulisan ini, Dr Anwar Ridhwan menyentuh akan kegiatan mengumpul buku yang bernilai sejarah yang mana suatu hari nanti mampu menimbang tinggi khazanah persuratannya. Hal ini kerana usaha mengumpul buku belum menjadi tradisi di negara kita. Faktor ini barangkali disebabkan ledakan "teknologi komunikasi digital berkembang dengan begitu pantas hingga makin mengubah gaya hidup cara seseorang mendapatkan maklumat dan 'membaca'".

Percayakah anda, banyak manuskrip dan buku nadir kita, kini tersimpan di beberapa perpustakaan di negara Eropah seperti England, Belanda, Jerman dan Perancis. Alangkah ruginya kita, jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak memilikinya apatah lagi membaca.


44 ulasan:

  1. fiza ade kumpul buku.. mengenai perjuangan islam.. hehe.. suke bace.. fiza kumpul cerita mengenai hari kiamat, dajal.. tp pling banyak komik lah... hehehe.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu, teruskan. Mana tahu buku itu nanti berharga.

      Tak salah kumpul komik, untuk tenangkan fikiran yang kusut bila dapat baca kan.

      Padam
  2. ye btul bro...budaya mengumpul buku ni...rasanya mmg belum ada lg dikalangan rakyat negara kita...walhal itu adalah khazanah yang tidak ternilai~ orang sibuk ngan gadget skngni~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buku sumber ilmu yang bertahan dari dulu sampai sekarang. Seharusnya kita mengkoleksikan buku bacaan kita untuk rujukan bersama.

      Padam
  3. betul tu , kita harus mengumpul dan memupuk untuk suka baca buku, sedangkan nak kaji sejarah sendiri kita perlu ke negara lain utnuk mendapatkannya ?

    Permulannya adalah bermula dari kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guru-guru cuba memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Ibu bapa juga harus memainkan peranan di rumah.

      Cara paling mudah, mula dengan menghadiahkan buku untuk menggantikan hadiah yang lain sempena menyambut apa-apapun keraian dan memberi penghargaan.

      Diri juga harus ada kemahuan itu.

      Padam
  4. rasanya budaya membaca ni ada pada masyarakat., cuma jenis bahan bacaan itu yang menjadi persoalan., malaysia kaya dengan bahan bacaan yang bersifat hiburan dan kalau ada pun penerbit yang menerbitkan majalah ilmu, kebiasaanya tidak akan bertahan lama., lihat sahaja apa yang berlaku kepada majalah massa, 9 tahun berhempas pulas akhirnya karam tidak sempat menyambut ulangtahun yang ke 10..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Masyarakat kita maysarakat yang suka membaca, cuma bahan yang dibaca itu saja yang pelbagai sama ada yang ilmiah ataupun hiburan. Nampaknya, masyarakat kita lebih suka majalah hiburan hingga majalah ilmiah terkorban.

      Terima kasih singgah dan follow.

      Padam
  5. Buku itu gedung ilmu...jika tidak masakan mukjizat terbesar kita umat Islam juga sebuah buku, iaitu Al-Quran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kitab inilah (al-Quran)sumber rujukan segala-galanya. Ilmu yang terkandung dalamnya sangat luas dan tinggi.

      Padam
  6. yap, memang kena kumpul buku, aku pun ada kumpul buku agama, lagi2x pasal hukum fiqh, senang nak rujuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, salah satu tujuan kita mengumpul buku adalah untuk membuat rujukan. Tak perlu lagi mencari atau meminjam di mana-manapun. Kita boleh guna pada bila-bila masa sahaja.

      Padam
  7. kumpul novel dan komik sejak dari sekolah menengah hehehe... barangan paling berharga buat saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sememangnya apabila sudah menjadi koleksi kesayangan kita, bahan tersebut akan menjadi sangat berharga kan. Jadi, semakin banyak kita mengumpulnya semakin menunjukkan bahawa kita amat meminatinya dan akan memburunya jika ia bersiri.

      Padam
  8. betul3.. pernah jugak teringin nak terbitkan sekurang2nya 1 buku tapi x mampu lagi laa.. penulisan teruk.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, keinginan itu merupakan satu cita-cita murni. Boleh usahakan sehingga berjaya. Saya juga berhajat untuk memiliki buku sendiri.

      Padam
  9. suke mengumpul juga..dan suka membaca juga..tapi sejak2 ada anak ni jarang dah membaca..huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh semarakkan kembali budaya itu. Tidak salah, walaupun sedikit lama-lama jadi bukit.

      Padam
  10. Buku2 lama ibarat khazanah lama yg berharga..penuh nostalgia ...namun wadah ilmu semakin bertukar rupa...buku tidak diminati lagi oleh generasi masa kini..kerana terlalu byk sumber maya yg mendominasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Pelbagai sumber yang boleh digunakan pembaca untuk mendapatkan maklumat. Namun bagi saya buku merupakan bahan atau sumber ilmu yang tidak mungkin ditelan zaman.

      Padam
  11. seatakat nie kumpul buku masa belajar dulu jer la..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga tu. Ada juga pelajar yang membuang nota yang dipelajari setelah habis belajar atau kuliah. Hingga sekarang saya masih menyimpan nota-nota tersebut dan dijilid kemas.

      Padam
  12. kalau ayut walaupun memang sllau je pkai internet,tp tetap nak cari buku nanti.hihihi.tapi budak sekarang suka lagi kumpul novel :p *tak publish pon komen.hihihi *

    BalasPadam
    Balasan
    1. Internet bagi saya sebagai sumber rujukan sampingan. Kadangkala maklumatnya belum betul-betul sahih. Buku sudah terbukti melalui penyaringan sebelum diterbitkan.

      *terima kasih ya. Nampkanya tak ada rezeki untuk dapat kad raya tu.

      Padam
  13. bagusnyer program2 sebegini KA sokong !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Selalunya program begini dapat membina jati diri seseorang.

      Padam
  14. teringat buku hikayat merong mahawangsa yang masih tersimpan di rumah arwah opah aiza..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertuah Aiza dapat baca buku tu, saya pun belum berpeluang membacanya lagi. Sudah pasti buku itu akan menjadikhazanah yang berharga.

      Padam
  15. Apa yang sy tengok sekarang ni..ramai yg dah gunakn internet utk bhan bcaan, xthulah teknologi moden ni baik atau buruk bg ganerasi skrang...smuanya google je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kebanyakannya terutama mahasiswa menggunakan internet untuk membuat rujukan. Namun, bagi pandangan saya pensyarah harus menetapkan supaya rujukan dari buku turut dilakukan.

      Padam
  16. patut sebenarnya! dulu ayah mama banyak sangat buku yang dikumpulnya... suka mama baca.. cuma beza sikit dengan sekarang.. anak-anak mencari bahan dalam internet je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak salah cari bahan dalam internet, tapi kena pastikan maklumat itu betul.

      Alhamdulillah, koleksi bahan bacaan saya sekarang ni dah makin bertambah.

      Padam
  17. Mengumpul buku itu satu usaha yang baik. Namun terdapat satu lagi aktiviti yang patut kita kumpulkan iaitu mengumpul ilmu dalam bentuk tulisan. Atau kata mudahnya menulis dengan bahasa yang betul. Ek? Ada kaitan tak? Haha.

    Salam Ramadan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam buku sebenarnya terkandung ilmu yang kita cari.

      Pandangan yang baik juga, saya berharap bijak pandai kita lebih banyak menghasilkan tulisan ilmiah dalam bahasa Melayu

      Padam
  18. kat umah ceq byk buku2 lama, novel2 lama pon byk ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah. Rumah yang berilmu dihiasi dengan rak buku.

      Padam
  19. mengumpul buku boleh. tapi nak menyimpannya. kadang-kadang tak cukup ruang kat rumah. kih kih kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua buku saya saya letak dalam bilik tidur saya. Hingga sekarang ada 3 buah. Memang sempit sikitlah. Kalau ada bilik khas lagi seronok.

      Padam
  20. Saya suka membaca juga :) Buku yang saya dah baca tu saya akan simpan elok2. Nanti ada masa memang saya akan baca balik. Hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga suka simpan dan susun di rak buku. Untuk mengulang baca kali kedua memang akan ambil masa yang lama. Sebab banyak buku baru yang dibeli.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78