Pengikut

Sabtu, 17 Ogos 2013

Koleksi Majalah Sebagai Bukti Hasil Karya Tersiar

Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan jumaat terakhir saya di kampung sebelum berangkat ke perantauan untuk menyambung tugas yang bakal bermula pada minggu depan. 


Sebelum berangkat eloklah saya ambil gambar koleksi majalah yang berada di rak saya untuk dikongsikan dengan pembaca semua. Antara majalah yang berada di rak termasuklah JELITA, WANITA, PEREMPUAN, MINGGUAN WANITA, HARMONI, TUNAS CIPTA, DEWAN SASTERA, PELITA BAHASA, DEWAN BAHASA dan beberapa lagi majalah terbitan DBP. 


Kebanyakan majalah yang saya kumpul ini mengandungi karya saya yang tersiar. Jika saya mengetahui karya saya tersiar, pasti saya akan membeli majalah tersebut untuk menyimpannya sebagai kenangan. Bagaimanapun, ada beberapa buah majalah yang menyiarkan karya saya masih belum dapat dicari. 


Walaupun sekadar majalah, saya tetap menyimpan dan menyusunnya di rak dengan rapi. Jadi, kalau ada tangan-tangan yang teringin hendak membaca, haruslah tahu meletakkannya semula, sebagaimana saya menyusun di awalnya.


31 ulasan:

  1. memang banyak karya cikgu..teringin gak nak baca karya cikgu ni...kalau publish kat blog sekali sekala :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga yang saya sudah siarkan di blog ini. Antaranya,

      1.Pulut Durian Santan Kelapa - Berita Minggu
      2.Rancanganku RancanganMu - Harmoni
      3.Nikmat Sepotong Kasih - Mingguan Warta Perdana
      4.Mabuk Cinta Keladi - Perempuan

      Boleh geledah semula entri saya.

      Padam
  2. Wah, ini betul-betul prolifik. :) Tahniah, tetamu istimewa. Semakin bertahun semakin bertambah nampaknya koleksi ini. Hanya menanti masa untuk dibukukan, mungkin. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidaklah prolifik sangat. Terima kasih Jamilah.

      Insya-Allah, jika ada rezeki nanti dapatlah kalian membaca himpunan cerpen saya(Itupun kalau ada yang sudi nak beli). Kumpulan puisi masih dalam proses penyusunan manuskripnya.

      Padam
  3. kalau betul dia seorang penulis, dia harus terlebih dahulu menjadi seorang pembaca, dan kerana dia seorang penulis yang membaca, sudah barang tentu apa sahaja bahan bacaan menjadi harta kesayangannya!-sama seperti anda:)
    selamat hari raya cikgu, mohon maaf jika ada komen yang tak "manis" dirasa, selamat kembali ke Selangor!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, seseorang penulis harus suka membaca. Tidak semua pembaca yang boleh jadi penulis.

      Sudah pastilah setiap penulis mengimpikan untuk memiliki sejumlah koleksi bacaan sendiri.

      Selamat Hari Raya juga untuk CK. Maaf zahir dan batin.

      Padam
    2. Betul tu..tak semua pembaca itu mampu menulis.. Menulis ni merupakan suatu kelebihan..Bukan senang nak jadi penulis.. Nak tulis apa pun kena berpandukan kamus dewan dan bahasa yang digunakan mestilah diikhtiraf oleh Dewan Bahasa. Cikgu kan seorang penulis.. Mestilah lebih arif bab ni.. :-)Kak Erin pun bercita-cita nak jadi penulis..Tapi tak tahulah samaada impian ni akan ke bulan atau ke laut.. Hmm..

      Padam
    3. Membaca, membaca, membaca barulah menulis.

      Kak, cuba dulu. Tulis apa yang akak minat, genre cerpen, puisi, rencana, novel?

      Padam
  4. Balasan
    1. Tidak semua karya yang tersiar saya paparkan di sini. Ada juga boleh semak seperti yang saya senaraikan.

      Insya-Allah, jika berjaya terbit dalam bentuk buku nanti akan saya maklumkan di sini. Itupun kalau ada yang sudi beli.

      Padam
  5. Balasan
    1. Siapalah saya jika tidak ada pembaca yang sudi membaca karya saya.

      Padam
  6. Banyaknya majalah cikgu.. Kak Erin cadangkan cikgu scan semua karya cikgu yang tersiar di dalam majalah tu.. sebab abah kak Erin dulu penulis rencana majalah juga.. Setiap kali tersiar penulisan dia, dia pasti beli majalah tu.. Bila majalah di rumah kak Erin ni terlalu banyak, ia nampak semak pulak, So, Kak Erin mintak abah supaya buang majalah yang telah lama tu dan scan dalam komputer helaian penulisannya sahaja.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa nama ayah Kak Erin ya?

      Satu cadangan yang baik. Selain saya beli majalah ini, saya juga ada fotostat karya tersebut dan simpan dalam satu fail. Tak mungkin juga saya buang kot majalah ini. Tak akan sama naskhah yang cetak dengan yang dalam bentuk maya. Tapi untuk keselamatan elok juga. Lebih tahan lama.

      Padam
    2. Dulu je ayah kak Erin selalu tulis dalam majalah.. Variasari kot..sekita tahun 80 an dan awal 90 an.. sekarang ni dah tak tulis dah..sebab masa dia terhad dengan tugas hakiki..Nama Wan Ramli Bin Wan Yahya..

      Padam
    3. Oh, kalau macam tu belajarlah dengan dia. Mana tahu lepas ni Kak Erin boleh menulis sepertinya pula.

      Padam
  7. wah!!!!telitinya...heheheh...nape x pasang iklan buleh dapat duet sampingan...huhuhuh!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, saya suka kumpul dan susun di rak. Nampak kemas sikit.

      Iklan? Nak cuba juga, tapi tak tahu.

      Padam
  8. banyaknya koleksi majalah cikgu. syuk kumpul komik je :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap orang ada minatnya sendiri. Tidak kiralah apa-apa pun. Kalau bahan bacaan ada genre yang disukai. Majalah tidaklah kesukaan saya sangat, tapi disebabkan ada karya saya tersiar itu yang beli dan bersusun di rak. Kalau buku sastera ya, terutama kumpulan cerpen dan puisi. Sebab saya suka menulis cerpen dan puisi itu yang kena banyak membaca buku-buku seperti ini.

      Padam
  9. TM..itulah arkib termahal...tak boleh nak dinilai dengan wang ringgit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah semestinya. Koleksi ini sukar untuk didapati lagi jika terlepas keluarannya.

      Padam
  10. Koleksi peribadi pastinya amat berharga buat pemiliknya. Saya amat memahaminya kerana saya pun ada juge... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Koleksi ini kalau terlepas pasti sukar nak dapatkan kembali. Apatah lagi kalau hilang.

      Padam
  11. bestnya cikgu, banyak karya cikgu ye.. teringin juga mama nak memilikinya walaupun satu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari kalau ada di pasaran. Kalau tak ada, tunggu kalau saya ada buku nanti, bolehlah beli.

      Padam
  12. banyak tu cikgu..alhamdulillah..tahniah saya ucapkan atas karya cikgu yang tersiar tu.. =)

    BalasPadam
  13. banyaknya hasil karya.. tahniah.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78