Pengikut

Sabtu, 24 Ogos 2013

Warna-Warni Aidilfitri di Sekolah

Assalamualaikum semua. Sudah pastilah kalian berehat hari ini memandangkan hari ini cuti hujung minggu. Dan, saya percaya cuti hujung minggu ini dipenuhi dengan aktiviti menghadiri rumah terbuka dan sebagainya. 

Seperti yang saya uar-uarkan dalam entri sebelum ini, hari ini sekolah saya mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. 


Muurid dan guru semuanya memakai baju raya yang cantik dan berseri-seri. 


Bergambar di dalam kelas. Mereka inilah antara penghibur dan pembakar amarah saya di dalam kelas. Namun begitu, mereka ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. 


Puas mereka mengajak saya bergambar. Akhirnya untuk tidak menghampakan mereka, saya turuti juga. Dapat bezakan antara guru dengan murid? Ini belum saya bergambar dengan murid tahun 6, mungkin tak dapat bezakan guru dengan murid. Semuanya dah besar panjang. Malah ada yang lebih tinggi daripada saya. 


Terima kasih kepada kelas yang menghidangkan jamuan yang sedap semuanya. 

29 ulasan:

  1. cikgu kesayangan ramai ni yer... lawanya adik yang pakai baju pink tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu kesayangan lah sangat. Murid kelas saya ni. Ya, tapi sebab dia kecik kot, itu yang tak nampak. Kalau tak, dah dapat pakaian tercantik.

      Padam
  2. meriahnya...penuh warna warni...hehe :)

    BalasPadam
  3. teringat balik kenangan sekolah satu ketika dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memori yang indah pasti dikenang sampai bila-bila.

      Padam
  4. meriahnya :) wahh cikgu ramai peminat cilik :) best kumpul seperti ini ( teringat zaman dulu-dulu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah murid-murid kelas saya. Sudah pasti menjadi peminat saya.

      Padam
  5. penuh warna-warni...perasan ke tidak,taun nie ramai yang pakai biru turquoise??cantik!!!heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang perasan sangat. Di sekolah tadi pun ada yang pakai lebih kurang warnanya.

      Padam
  6. Oh ya ke.... sambutan ala kadar jelah.

    BalasPadam
  7. selamat hari raya cikgu..seronok tengok murid2 keliling cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya. Itulah, mereka ini sentiasa ceria.

      Padam
  8. Salam Aidilfitri. Terima kasih sudi singgah di sini.

    BalasPadam
  9. meriahnya..teringat masa sekolah..best sebab jadi kesayangan cikgu so kalau ada event apa-apa mesti dapat keutamaan...cikgu pilih kasih..he..he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... tidaklah pilih kasih. Cikgu kena adillah. Oleh itu, murid kenalah tonjolkan bakatnya. Barulah diberi perhatian kan.

      Padam
  10. perhimpunan lama tu. sampai kena duduk atas lantai.ahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya perhimpunan biasa pun murid duduk di tapak perhimpunan. Berbanding kita dulu, kena berdiri. Kalau lama sangat baru dapat duduk. Tupun jarang sekali.

      Padam
  11. cantik je =) berwarna warni..anak murid tak dapat duit raya ke cikgu??

    BalasPadam
  12. meriahnya.. warna-warni semuanya.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru pertama kali menyambut aidilfitri di sekolah ini. Ternyata semuanya meriah.

      Padam
  13. seronokny ada sambutan di sekolah...sekolah hamba mementingkan akademik sahaja

    BalasPadam
  14. Salam. Terima kasih singgah blog saya. Cikgu rupanya. Saya pun minat juga mencipta sajak tapi tak sepuitis yg lain ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78