Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ke 5 dalam bulan syawal. Bagaimanapun, kemeriahan sambutan hari raya masih dirasai. Bagi yang berkemampuan sudah pastilah akan mengadakan rumah terbuka.
Semalam, 11 Ogos 2013 saya ada terbaca rencana dalam BH Ahad tentang isu graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam bidang perguruan (IPTA) yang bimbang akan penempatan mereka setelah tamat pembelajaran di institut masing-masing. Ekoran itu juga yang mana Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom pernah membuat kenyataan yang mana graduan IPG dan IPTA harus bersedia untuk terjun ke bidang lain.
Dalam rencana tersebut telah diperjelaskan oleh Tan Sri sendiri berkenaan situasi perguruan sekarang ini. turut dijelaskan tentang pengambilan guru baru, umur persaraan dan beberapa cadangan diberikan supaya IPG dan IPTA menganjurkan latihan tambahan sebagai bekalan kepada graduan.
Ada juga yang berpendapat supaya kementerian tidak lagi membuat penawaran atau pengambilan guru baharu ekoran lebihan guru. Namun Tan Sri menjelaskan bahawa kementerian pendidikan perlu ambil jumlah guru yang mencukupi untuk mengisi tahun-tahun akan datang. Jadi, pengambailan guru baharu tidak boleh dibehentikan mengejut, kerana dikhuatiri dalam tempoh masa akan datang akan berlaku kekurangan guru pula.
Selain itu, temu bual juga diadakan bersama Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkenaan tuduhan yang graduan IPTA telah mengganggu kuaota guru IPG kerana menjadikan ruang kepada mereka lebih kecil. Namun beliau menjelaskan bahawa graduan IPTA adalah untuk guru sekolah menengan dan IPG adalah untuk mengisi kekosongan sekolah rendah.
Umur persaraan sekarang ini telah meningkat yang mana bermula dari 55 tahun ke 56. Kemudian dinaikkan lagi ke 58 dan kini 60 tahun. Situasi ini telah menyebabkan peluang untuk guru baharu memasuki dunia pendidikan terhad.
Nota: kredit gambar dari akhbar BH Ahad, 11 Ogos 2013
Betul tu, cikgu.. Bila tempoh persaraan dilanjutkan ke 60 tahun.. bimbang akan wujud pengangguran pula..
BalasPadamRasanya, KPM telah membuat unjuran dan perancangan sebelum melaksanakan umur persaraan ini. Satu segi baik, dan ada pula kekurangannya. Adakah umur 60 tahun rakyat di Malaysia masih aktif? Itulah yang harus difikirkan.
Padammacam-macam hal sekarang nih -_-
BalasPadamHal-hal kehidupan.
Padambagi fizi ini cuma pendapat la..mengenai umur persaraan guru2 yg sedia ada rasanya tak perlu dipertikaikan..sebab..mereka yg bergelar guru dh sebati dengan jiwa mereka sebagai pendidik dan tempoh lanjutan bg persaraan utk mereka adalah bonus bt mereka..cuma bagi bakal2 guru perlu melalui tempoh sedikit..untuk apa?..untuk melahirkan dan menjadikan guru yg berkualiti...umur 18 matrik..20 ijazah...23/24 dh jadi pendidik...sesetengah ada yang berkualaiti..sesetengah lagi kurang kualiti...kalau mereka ini dari diploma 18/19...tamat 21/22,, sambung ijazah 23 till 24/26...baru mera mengalami proses yang lebih matang dari segi rohani dan jasmani sebagai pendidik...ok just pendapat..maaf kalau ada yg x berkenan :)
BalasPadamTerima kasih pandangan yang diberikan.
Padambetul tu cikgu.. akak acik pon sependapat apa yang cikgu katakan .. ermmm
BalasPadamSekadar pandangan yang dikutip daripada bacaan di akhbar tersebut.
Padamsebelum ni saya selalu dengar biasanya kalau graduan yang sudah tamat belajar, akan diminta untuk jadi guru sandaran jika tidak dapat tawaran bekerja. tapi kalau jawatan guru pun sudah tiada, tak tahu lah kalau zaman saya tamat belajar, pekerjaan apa yang masih ada.
BalasPadamGuru sandaran, guru ganti bergantung juga pada kekosongan. Mungkin dalam kes ini cepat ataupun lambat saja. Peluang itu tetap ada.
Padamkena bersabar sedikit la bakal2 cikgu selepas ni, tapi memang xdinafikan la memang ramai cikgu sekarang ni, kawan sy pun hampir 5 bulan masih menunggu jawapan, harap sistem guru lepas ni lebih baik la
BalasPadamBetul tu. Kesabaranlah mampu menenangkan kegelisahan. Sesungguhnya penantian satu penyiksaan.
PadamUmur persaraan naik. Hm. Teringat kisah Hang Nadim pula. Apapun, minda mahasiswa tidak boleh tersekat dan selesa dari pemikiran kerja di sektor kerajaan sahaja. Kemajuan dibina apabila golongan mahasiswa mula berkreatif dengan ilmu yang mereka ada.
BalasPadamApa yang penting bukan salah menyalah, tetapi usaha diri sendiri itu mencari rezeki. Kerana saya percaya, rezeki bukanlah daripada kerajaan, tetapi itu hak milik Allah.
Jadi mengapa ingin dipersoalkan sesuatu yang memang akan menjadi hak milik kita jika kita berusaha dan bertawakal?
Rasanya nasib mahasiswa IPG dan IPTA bidang perguruan lebih terjamin berbanding bidang lain. Namun, perlukan kesabaran sedikit untuk menanti penempatan.
Padamp/s: Macam kenal je jubah graduasi itu. =)
BalasPadamSudah pasti yang pernah menyarungnya mengenalinya.
Padamuntuk bakal2 cikgu yg muda mmg agak terhad la kalau da macam tuh
BalasPadamKalau diikutkan dalam jangka masa pendek memang agak terhad. Namun kalau untuk jangka masa panjang, masa depan perguruan kita masih terjamin kerana tenaga muda yang masih ramai.
Padamjika umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun, peluang semakin terhad.. walaubagaimanapun, kerajaan tentunya telah mengkaji pro dan kontra isu ini..
BalasPadamYa, peluang agak terhad dan melambatkan proses penempatan. Tapi, untuk jangka masa panjang, insya-Allah terjamin.
Padamngee...risau juga.. lepasan graduan xdek keje nnti
BalasPadamInsya-Allah, ada tempatnya nanti.
Padam