Pengikut

Sabtu, 3 Ogos 2013

Merafak Kesyukuran kepada Ilahi

kredit foto dari qurratulayn.wordpress.com  

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah saya telah selamat sampai di rumah malam tadi kira-kira pukul 10.30 malam. Terima kasih kerana mendoakan saya selamat sampai. 

Dalam perjalanan pulang semalam, saya banyak belajar tentang apa itu erti perpaduan dan toleransi antara kaum. Saya sangat terharu sekali. 

Untuk pengetahuan semua, semalam bas yang saya naiki adalah bas dari Genting Hingland ke Alor Setar. Jadi, bas itu sudah pastilah dipenuhi dengan penumpang Cina yang ke Genting Hingland. Hanya kami berempat saja Melayu dan Islam. 

Semalam juga menyaksikan saya berbuka puasa di dalam bas. Ketika berbuka, saya terdengar seorang Perempuan yang bejubah dan bertudung labuh mempelawa seorang penumpang Cina itu makan. 

Setelah itu, Perempuan yang berjubah dan bertudung labuh itu turun daripada bas untuk menunaikan solat Maghbrib di wakaf yang mana di Hentian Sungai Bakap tidak ada surau. Kemudian, belum pun lagi Perempuan yang berjubah dan bertudung labuh itu menaiki bas, pemandu bas naik dan tutup lampu, bersedia untuk bergerak. 

Apabila bas itu sudah bergerak, saya terasa Perempuan yang berjubah dan bertudung labuh itu belum selesai sembahyang kerana dari atas bas boleh nampak kedudukan wakaf itu. Saya hendak bangun memberitahu masih ada seorang lagi yang belum naik. 

Tiba-tiba lelaki Cina yang dipelawa oleh Perempuan berjubah dan bertudun labuh itu bersuara dengan kuatnya dari belakang menyatakan bahawa masih ada seorang lagi yang belum naik. Dan, dia tidak teragak-agak memberitahu pemandu bas itu yang Perempuan berjubah dan bertudung labuh itu tengah sembahyang. 

Dan, apabila pemandu bas itu berhenti dan membuka lampu semula, saya melihatkan penumpang di dalam bas tersebut semuanya memandang ke arah wakaf yang mana Perempuan berjubah dan bertudung labuh itu sedang sembahyang. Oh, dalam hati saya.....

Anda boleh menyambungnya sendiri mengikut firasat hati anda...

P/S:
1) Kepada yang hendak duit raya tu, kenalah jadi anak murid saya dulu.
2) Saya juga mohon maaf kalau saya lambat atau tidak dapat terjah ke blog anda dalam masa terdekat  ini kerana tahap capaian internet di kampung sangat mendukacitakan. Walau bagaimanapun, saya akan cuba.

18 ulasan:

  1. Selamat hari raya cikgu :-) Tak pa.. nanti bila line internet dah laju..bolehlah blogwalking lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya. Terima kasih kerana sudi menyokong Tetamu Istimewa.

      Padam
  2. alhamdulillah...slmt sampai..alhamdulillah..masih ada dlm negara kita masih blh bertolak ansur dan respect sesama sendiri wlupun berlainan agama....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, walaupun cerita perpaduan ini yang disebarkan berbaur negatif, tapi apa yang saya dengar dan saksikan semalam masih ada yang baiknya.

      Padam
  3. Alhamdulillah...itulah perpaduan yang kita inginkan di Malaysia..tiada persengketaan yang dipisahkan oleh perbezaan agama dan budaya....

    Selamat hari raya aidilfitri Cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Jangan kita berprasangka buruk dek kerana satu dua cerita sahaja.

      Selamat Aidilfitri juga kepada Adhie.

      Padam
  4. wah!, bagusnya perempuan itu..solat satu kewajipan..inilah yang dinamakan perpaduan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, solat itu satu kewajipan. Saya sangat terharu perpaduan dan toleransi yang ditunjukkan.

      Padam
  5. peliknya. saya ingat semua pemandu bas akan chec penumpang sebelum bergerak. btw nampak satu pengajaran cter kat sni. bile kita memberi sesuatu kpd org,,org balas perbuatan kita tuh pulak. cth : perempuan tuh bagi makanan kat cina tu..cina tuh tolong dia blik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bas berhenti sekitar 45 minit. Memang lama. Saya pun dah bosan. Mereka ingat semua dah naik kot. Sebab bas lama dah berhenti.

      Sepatutnya mereka berjalan hingga ke belakang dan chec kan. Memang satu kesilapan.

      Padam
  6. Ya Allah, nasib baik la lelaki Cina tu cakap. Kalau tak, mesti dah kena tinggal perempuan tu. Huhu~

    BalasPadam
  7. tak rugi berbuat baik sesama manusia.. tak mengira kaum dan warna kulit, insya-Allah buat baik akan dibalas baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah semstinya, buat baik akan dibaals baik. Buat jahat sendiri mau ingatlah kan.

      Padam
  8. Subhanallah =) semua ni kuasa Allah..perpaduan mcm ni la yg kita nak..saling bantu membantu..Selamt bercuti cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, semuanya kuasa Allah.

      Selamat bercuti juga kepada Fais.

      Padam
  9. kejadian yg menark cikgu..jie xprnh pun jmpe cam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, saya pun pertama kali bertemu. Semuanya dalam perancangan Allah SWT.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78