Assalamualaikum semua. Nampaknya kita sudah menghitung hari untuk menyambut lebaran. Moga dalam keghairahan kita membuat persiapan, amal ibadat kita jangan ditinggalkan.
PISTOL LASER LISA merupakan antologi cerpen fiksyen sains yang dihadiahkan seorang kenalan maya saya. Terima kasih saya ucapkan atas pemberiaan ini. Sebelum ini beliau juga mempelawa saya untuk menulis cerpen untuk antologi ini.
Namun begitu, saya mengaku bahawa saya tidak arif dalam menulis cerpen fiksyen sains. Dan, harapan itu hanya tinggal harapan. Bagaimanapun, mana tahu selepas saya membaca antologi ini akan memberi pencerahan dan menghadirkan ilham untuk saya menceburkan diri dalam fiksyen sains pula.
Saya kurang pasti sama ada buku ini dijual di kedai ataupun tidak. Penerbitan buku ini adalah hasil kutipan sesama penulis. Antara penulis yang terlibat termasuklah:
1. Fadli al-Akiti - Unyi Mo Mo
2. Kereta Mesin Masa - Sabariahnoor
3. Firol - Encik Amat Manusia Hbrid
4. Nor Azida Ishak - Mainan Teknologi
5. Muhammad Yusof - Robot DCC 4111
6. Khairul Zaman - Gadis Berbasikal Mini
7. Adam Ruslan - Bola Planet Questra
8. Shariman Ismadi Ismail - Arman dan Kimera
9. Ari Basari - Miss Universe
10. Mohd Ezzmer Mohd Daruh - Hud
11. Encik Khairul - Selamat Tinggal bahasa Melayu
12. Abrar Chek Teh - Hajat
penampilan khas
13. Khairi Maulana - Wanita Terakhir dalam Dunia
14. Dr Smith Lost in Space - Pistol Laser Lisa
Buku ini adalah terbitan Sindiket Sol-Jah
Wah macam best je tajuk-tajuk di dalam buku tu..
BalasPadamkalau mahukan kelainan, boleh cuba baca. Saya pun tak sabar nak baca. tak sempat lagi.
PadamFiksyen Sains?? Wahh menarik ni!
BalasPadamYa, fiksyen Sains. Bolehlah cuba baca. Saya bukanlah peminat fiksyen sains. Tapi kalau nak lari dari kebiasaan, bolehlah nikmatinya.
Padamgolongan saintis suka topik ni :D
BalasPadamSudah pasti. Tetapi tidak ramai saintis yang suka membaca bahan sastera kot.
Padamanak mama si kakak suka bab sains ni.. macam-macam eksperimen dibuatnya... terpengaruh di astro tv lah tu.. lagikan nak beli buku berfiksyen sains.. alamatnya rumah mama boleh jadi ufo lah nanti..
BalasPadamBaguslah mama, didik anak-anak suka membaca. Kalau ada peruntukan lebih, bolehlah belikan buku tu.
Padamtajuk pun menarik, mesti best kan ^_^
BalasPadamPenulis yang mengisi antologi ini juga hebat-hebat belaka.
PadamSaya belum sempat membacanya lagi.
semasa kecil dahulu aiza suka membaca cerpen atau novel berkaitan siri penyiasatan dan sains.. pernah juga berangan-angan nak jadi penyiasat persendirian atau saintis.. hehe..
BalasPadamHebat cita-cita tu. Tak apa, kalau tak tercapai boleh realisasikan melalui penulisan. Boleh cuba tulis cerpen atau novel. Mesti menarik!
Padamngeee...buku ke..ingat apa,,btw best jugak baca buku genre fiksyen sains nih.. boleh buat kita rasa mengembara ke dunia khayalan.
BalasPadamwahhh tajuknye sangat menarik :0 ingatkan apalah tadi
BalasPadamjarang TB nk bace fiksyen sains ni.takpe nnti nk cuba jugak laa..time kasih ;)
BalasPadaminshaaAllah cikgu =) mn thu lepas ni cikgu dapat hasilkan cerpen fiksyen sains pula..sy ni memang suka sains..
BalasPadammujahidah maisarah,
BalasPadamYa, buku. Genre cerpen sains fiksyen.
Aku Penghibur,
BalasPadamHuhu... tajuknya seperti genrenya fiksyen sains.
TelingaBulat,
BalasPadamSaya pun jarang baca fiksyen sains.
Terima kasih ya, singgah dan follow.
S.K.A,
BalasPadamAmin. Saya akan mencuba semua genre temanya.
Fiksyen Sains ..mcm seronk je cikgu..
BalasPadamApabila membaca yang lain itu, pasti mengujakan.
Padamhuhu..dpt hadiah tu..
BalasPadamYa, hadiah dari kawan. saya sangat suka apabila dapat hadiah buku.
Padam