Pengikut

Khamis, 1 Ogos 2013

Duit Raya dari Upin dan Ipin


Alhamdulillah, esok sudah sampai hari terakhir dan hari yang dinanti-nantikan saya kerana esok merupakan hari terakhir persekolahan sebelum bercuti hari raya. Sebelum pulang ke kampung, saya nak beri duit raya kepada murid-murid saya. 

Murid yang terpilih itu sudah tentulah murid kelas saya. Sebagai guru kelas, apa salahnya kalau saya sumbangkan sedikit bonus yang diperoleh kepada mereka ini. 

Hari ini pun sudah bertanya, "cikgu nak duit raya". Saya diam saja. Nantikan esok, Insya-Allah anda semua akan memperolehnya. Walaupun tidak banyak, terimalah duit raya ikhlas daripada saya (bukankah ikhlas tak perlu disebut) yang bersampul Upin dan Ipin ini khas untuk anda. 

32 ulasan:

  1. untuk cik akak tak de ke cikgu..hihi

    BalasPadam
  2. Kak Erin pun nak jadi anak murid cikgu jugak lah.. hehe.. nanti boleh dapat duit raya dan sampul raya yang comel tu.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, boleh... tapi kena masuk sekolah saya mengajarlah.

      Padam
  3. waa... Lia nak duit raya juga ... ehehe ..

    BalasPadam
  4. wahhh...selamat hari raya cikgu....

    BalasPadam
  5. he3 betul tu cikgu =) nilai xpnting..yg pnting ikhlas..msti budak2 tu suka la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, mereka menerimanya dengan senyuman dan hati yang bersyukur.

      Padam
  6. Wah! Untung anak2 murid cikgu. Tapi rugilah...rumah cikgu jauh, tak dpt nak berkunjung. Selamat bercuti cikgu Helmi...

    p/s: Saya tunggu di pagar sekolah...nak duit raya, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Mereka ternyata sangat gembira.

      Selamat bercuti juga kepada BM.

      p/s: oh, saya dah berada di kampung.

      Padam
  7. Balasan
    1. Boleh, tapi kenalah datang ke rumah saya atau jadi anak murid saya dulu.

      Padam
  8. alhamdulillah..ceria anak2 murid cikgu nanti..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang mereka ceria. Seronok bila tengok mereka suka dapat duit raya dari saya.

      Padam
  9. untung murid dapat duit, selamat bercuti dan selamat hari raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat bercuti juga kepada BH dan selamat hari raya.

      Padam
  10. cikgu papachef nak duit raya gak...plz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, papachef. Datang rumah ya. Nak datang sekolah dah bercuti.hehehe

      Padam
  11. mesti seronok mereka dapt duit raya..zara pun nak jugk lah..hiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sudah tentu kegembiraan dirasai. Boleh... tapi kena jadi anak murid saya dulu boleh.

      Padam
  12. Wahh seronok la anak2 murid cikgu awal2 dah dapat duit raya! :)

    BalasPadam
  13. suka sampul duit tu!!nnt ayut pon nak cari sampul duit upin ipin utk ank sedara :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, saya beli 10 sampul RM1.20 sen. Tempat lain tak tahulah pula.

      Padam
  14. untungnya jadi anak murid cikgu helmi.. aiza nak juga duit raya.. sampul tu pun comel.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki mereka juga. Nak, boleh tapi kena jadi anak murid saya dululah. Comel? Terima kasih.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78