Pengikut

Sabtu, 31 Ogos 2013

Jangan Ikut Apa yang Cikgu Buat, Ikut Apa yang Cikgu Cakap

Assalamualaikum semua. Salam Kemerdekaan. 

Semalam saya menyambut kemerdekaan di Putrajaya bersama seorang rakan. Alhamdulillah, dapat juga kami menyaksikan konsert dan tembakan bunga api. Boleh dikatakan meriah juga sambutannya. 

Antara artis yang membuat persembahan seperti yang ada ketahui (disiarkan secara langsung di TV 1) ialah Fiq, Datuk Malik, Awi Rafael, Dayang Nurfaizah, Tasha Manshahar dan Syed Shamim. 

Hampir pukul 1.00 kami bertolak balik dari Putrajaya ke rumah (Bangi). Dan, kira-kira pukul 2.00 pagi barulah sampai di rumah setelah meredah kesesakan lalu lintas. Kemudian, pada pukul 5.00 pagi bangun untuk ke Semenyeh pula untuk memanjat Bukit Broga. 

Memang kerja gila sikitlah. Kalau ada sesiapa yang pernah ke sana pasti tahu keadaannya bagaimana. Ingatkan pada Hari Kemerdekaan tidak ada orang yang hendak memanjat bukit, rupa-rupanya setiba sahaja kami di sana kereta sudah bersusun memakir. 

Ini merupakan percubaan saya kali kedua memanjat Bukit Broga ini. Akhirnya berkat semangat kawan-kawan (3 orang yang lain) sampai juga saya di puncaknya.

P/S: Sebenarnya nak masukkan gambar, tapi tak boleh pula nak memuatnaik. Entah kenapa pula blog saya ini. Cuti Merdeka ke?



27 ulasan:

  1. cuti merdeka pon boleh. huhu. cx pernah pegi smbt merdeka dkt dataran hnye sekali je. sgt sesak but its the best moment for me. :) happy merdeka! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertuahnya. Saya belum pernah sambut di Dataran Merdeka lagi.

      Selamat hari merdeka. Terima kasih singgah di sini.

      Padam
  2. wah semangat cikgu sambut merdeka ... salam merdeka cikgu :)

    BalasPadam
  3. Wah cikgu pun minat mendaki bukit.. Lepas ni bolehlah cuba tawan gunung Kinabalu pulak.. Nanti cikgu uploadkan gambar mendaki tu.. nak tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, minat-minat juga kalau ramai-ramai. Insya-Allah.

      Padam
  4. wah,,semangat bro..selamat merdeka:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semangat yang didorong oleh rakan-rakan. Salam kemerdekaan.

      Padam
  5. wah cikgu.. teruja nampak... selamat hari merdeka!..

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Salam merdeka, Nick. Terima kasih singgah dan follow di sini. Jemput datang lagi ya.

      Padam
  7. Assalam... :)

    Kalau dulu orang tua-tua cakap dengar pesan ibu kemudian dengar cakap cikgu....yang baik kita tarik....yang sebalik kita belek.... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,

      Ya, betul tu Ummi. Dengarlah nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman. Yang baik kita ambil, yang buruk kita jadikan teladan.

      Padam
  8. Balasan
    1. Hehehehe...setahun sekali. Alhamdulillah, masih sihat.

      Padam
  9. wah seronok pula aktiviti merdeka sahabat...teringin juga nak ke bukit broga tu

    BalasPadam
  10. Hilang sekejap saja cik akak. Nanti saya terjah blog cik akak ya.

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Seronok kak. Kalau pergi ramai-ramai lagi seronok. Tak terasa pendakiannya. Sedar-sedar dah sampai puncak.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78