Saya percaya anda juga antara yang meminati cempedak.
Cempedak boleh saja dimakan begitu sahaja dan digoreng. Saya lebih suka makan cempedak goreng. Apabila digoreng pasti, baunya sangat menusuk hidung. Hal inilah yang membuatkan saya tidak tertahan untuk memakannya.
Pada bulan puasa yang lalu di bazar Ramadan, harga cempedak goreng boleh tahan juga. Saya tidak tahulah di tempat anda bagaimana. Harga di sini 5 ulas RM2.00. Mahu tidak mahu, dek mengidam hendak makan, saya pun belilah juga.
Di Kedah sekarang ini cempedak sudah tidak jadi harga. Dah terlalu banyak sangat. Jadi, kalau hendak dibandingkan harga cempedak goreng di Kedah dan di Batang Kali memang jauh sekalilah lebih murah di Kedah berbanding di sini.
Di kampung saya dapat menikmati cempedak goreng sepuas-puasnya. Sayangnya, jika pokok cempedak di belakang rumah saya itu tidak tumbang, pasti kami tidak perlu membelinya lagi.
Kalaulah Malaysia mampu mempromosi cempedak ini dengan menghasilkan produk baru pasti mampu dipasarkan ke luar negara. Tidaklah bersepah saja di dusun.
wahh cempedak sekarang mmg mahal cikgu... kene bkorban lah kalo dah ngidam tu... kalo dipromosikan di luar negara mesti laku punya ... :D
BalasPadamDulu memang mahal. Tapi, hari tu saya balik kampung, oklah harganya. Huhu...tak beli pun, kakak saya bawa balik dari rumah mak mentuanya. Banyak.
Padambetul tu cikgu, jarang dengar tentang produk cempedak yang di komersialkan .. tapi memang sedap betul kalau goreng .. nyum nyum
BalasPadamKita harus memikirkan bersama. Kalau yang ahli dalam bidang ini boleh cipta satu produk yang boleh membanggakan Malaysia.
Padamcempedak goreng pon sodap!!!kalau nak komersialkan kene bwat cempedak cheese cake...sedap tu!!!cubelah...hehhehe
BalasPadamOh, belum pernah cuba lagi.
PadamOh ternyata anda cikgu tow? hehehe pantas saja artikelnya selalu menarik dan sangat berbobot. Selamat malam cikgu :)
BalasPadamYa, saya seorang guru Bahasa Melayu di sekolah. Oh, terima aksih atas pujiannya. Saya sekadar berkongsi saja. Sebolehnya dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
PadamSelamat malam.
Kita pun suka makan cempedak..ta[i lebih suka yang belum digoreng..manis sangat..kalau dah goreng pun ok cuma rasa manis dia dah tak ada..
BalasPadamOh, dulu masa kecil pun saya suka makan yang mentah. Manis. Dulu mak saya buat pulut lemak, makan dengan cempedak.
PadamKalau goreng rangup.
cempedak goreng sedap :)
BalasPadamMemang sedap sangat.
Padamskrg musim durian bro...hehehehe
BalasPadamsaya dah update..jom semak :D
Ya, musim durian.
PadamOk, nanti saya ke sana. Terima kasih singgah di sini.
kat pontian , jb 2 rm 1 ringgit :)
BalasPadam2 ulas seringgit ke syuk? mahal juga kan.
Padambaru je makan 3hari lepas =) tapi tak gorang la..memang sedap buah ni..dulu murah rm1 dapat 5 ulas..sekarang memang mahal..nasib baik la ada dusun kat rumah
BalasPadamOh, fais suka makan yang mentah ya. Rasanya lebih manis kan. Baguslah ada dusun sendiri.
Padambaru ptg semalam mkn cempedak goreng..:)
BalasPadamOh, mesti sedap kan. Rugi siapa yang tak makan.
PadamBetul, ada yang tak boleh makan cempedak, katanya angin.
BalasPadamkini dah banyak produk berasaskan buah-buahan nadir tempatan dihasilkan.. contohnya nangka dah dibuat kerepek dan jus..
BalasPadamSeharusnya begitulah, kita harus memperomosikan produk kita walau dengan apa cara sekalipun.
Padam