Pengikut

Isnin, 12 Ogos 2013

Setelah Bergelar Penulis


Assalamualaikum semua. Rasanya kita masih berada dalam suasana berhari raya. Dan, ada juga yang berkira-kira hendak pulang ke tempat masing-masing untuk memulakan tugas esok. Jika yang masih mengunjungi rumah terbuka, rumah sanak saudara pastikan kesihatan dijaga. Berpada-padalah mengambil juadah makanan yang dihidangkan. Jangan sampaikan menjejaskan kesihatan. Kepada yang hendak pulang ke mana sahaja pun, berhati-hatilah di jalan raya. 

Sebenarnya saya hendak berkongsi pengalaman setelah bergelar penulis. Selayaknya saya bukan lah penulis hebat ataupun mapan yang hendak dihormat ataupun disanjungi. Saya sekadar penulis eceran yang masih mencari ruang untuk menempatkan diri dalam dunia penulisan.

Selama saya bergelar penulis (hampir 5 tahun), sudah pelbagai sampul surat yang saya terima daripada syarikat penerbitan baik majalah ataupun surat khabar yang membayar honorarium atas karya yang disiarkan. Terima kasih saya ucapkan kepada syarikat ini. Antaranya, DBP, Berita Publishing, Karangkraf, Utusan Karya, NSTP dan beberapa lagi. Gambar yang saya ambil ini mewakili syarikat tersebut. Sudah pastilah jika hendak dipertontonkan kepada umum akan semua sampul surat yang telah diterima bertimbun-timbun jugalah. 

Bagimana banyak sekalipun, saya tetap menyimpan kesemua sampul ini sebagai kenangan. 



32 ulasan:

  1. wow, mesti bnyk sampul2. keep up the good work! selamat hari raya, maaf zahir batin :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak. Dan semuanya masih dalam simpanan saya.

      Selamat hari raya aidilfitri.

      Terima kasih singgah dan follow.

      Padam
  2. wahh rezeki Allah tu...untunglah....teruskan berkarya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilllah. Rezeki yang dikurniakan atas usaha yang telah dicurahkan. Terima kaish.

      Padam
  3. Best nya jadi macam cikgu..seorang penulis..lepas bolehlah tulis novel pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Novel? Insya-Allah, bukan tidak berminat tapi mengambil masa untuk menulis novel.

      Padam
    2. Selepas menulis eceran cerpen, semestinya novel adalah impian setiap penulis, bukan?

      Padam
    3. Sudah semestinya. Namun saya masih selesa menulis cerpen. Saya tidak mahu hanya kerana dek hendak menulis novel, yang saya tidak kuasai menyebabkan karya tersebut sekadar karya yang tidak punya apa-apa.

      Padam
    4. Pandangan saya pula berbeza. Saya mahu mencabar diri saya bahawa menulis novel itu memerlukan komitment bukannya kepakaran. Ini kerana kepakaran akan datang kala komitmen itu berterusan.

      Lagipun, bagi saya yang bukan pelajar sastera, menulis novel itu jika menunggu saya menguasai lenggok bahasa dan berkaitan dengannya, pasti tidak akan tercapai satu pun karya saya ini nanti.

      Need to use creativity's hat, and then editor's hat, making the blend of writer's hat.

      Padam
    5. Setuju, komitmen dalam melakukan sesuatu itu mampu mengatasi segalanya. Namun, buat masa ini saya masih belum bersedia untuk merengkuh masa saya untuk menulis novel. Insya-Allah, ada hajat juga untuk menulis novel. Sebelum tu, saya lebih berminat untuk menantikan kemunculan kumpulan cerpen mahupun puisi saya terbit dulu.

      Padam
  4. singgah raya....anda memang rajin dan kreatif....salam kenal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih. Salam perkenalan juga.

      Padam
  5. teruskan berkarya pasti ade hasil...heheh...

    BalasPadam
  6. teruskan menghasilkan karya yang bermutu..Insha Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas sokongan. Insya-Allah, saya akan terus menghasilkan karya yang baik.

      Padam
    2. sama-sama..mana tahu lepas ini boleh menuntut ilmu dengan cikgu pula..

      Padam
  7. selamat bekarya..untung nyee.. ;) gud luck okiesss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Sokongan daripada kalian semua amat saya hargai.

      Padam
  8. Assalamualaikum....singgah berhari Raya kat sini...
    Tahniah..dan teruskan berkarya...
    Semoga lebih berjaya lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih singgah dan follow di sini.

      Terima kasih.

      Padam
  9. wah! tahniahlah cikgu..semoga terus maju dalam bidang penulisan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Siapalah saya kalau tidak ada pembaca yang sudi membaca tulisan saya. Jadi, sokongan kalian amat saya harapkan.

      Padam
  10. saya semakin tertarik dengan blog anda.. Dr. Kamariah lah yang telah menyarankan kami sekelas agar mengikuti blog anda.. Alhamdulillah.. blog anda telah banyak membantu dalam memberi inspirasi... terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya berkongsi sekadar pengalaman yang ditempuhi. Jika bermanfaat untuk kalian, itu sudah cukup mengembirakan saya.

      Oh, begitu. Anda semua bertuah kerana dapat berguru dengan Dr. Kamariah. Jadi, gunakan kesempatan ini untuk memperoleh ilmu yang berguna.

      Sekiranya ada soalan yang hendak diajukan tentang penulisan, silakan. Saya sedia membantu yang termampu.

      Padam
  11. Tahniah cikgu =) saya harap cikgu lepas ni terus maju jaya..inshaaAllah mungkin 1 hari nanti seorang karyawan yang disanjungi bangsa dan negara.

    BalasPadam
  12. wah,,hebat btol cikgu..teruskan berkarya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janganlah berkata begitu. Saya ini biasa-biasa saja. Terima kasih.

      Padam
  13. tahniah di atas pencapaian yang membanggakan.. semoga terus bersemangat untuk menulis.. :d

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sememangnya suntikan ini memberi kekuatan dan semangat untuk saya terus menulis. Terima kasih.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78