Pengikut

Sabtu, 17 Ogos 2013

Hikayat Hang Tuah Bukan Sekadar Sejarah

Assalamualaikum semua. Apakah sejarah anda untuk hari ini? Hari ini bukanlah saya hendak berperi tentang sejarah yang terkandung dalam Hikayat Hang Tuah. Sebaliknya, saya ingin berkongsi tentang apa ada lagi dalam hikayat ini. 

Sewaktu mengikuti pengajian peringkat ijazah dulu, pelajar dikehendaki menyediakan atau menyempurnakan Projek Ilmiah untuk melayakkan diri memperoleh Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Ketika itu saya telah memilih kata ganti nama diri sebagai subjek kajian dan menjadikan Hikayat Hang Tuah sebagai sumber kajian. 



PENGGUNAAN GANTI KATA GANTI NAMA DIRI DALAM HIKAYAT HANG TUAH, begitulah tajuk kajian saya. Sememangnya sukar juga untuk menyiapkan projek ini. Saya terpaksa menganalisis Hikayat Hang Tuah yang tidak kurang tebalnya juga, kemudian setiap kata ganti nama diri yang terkandung dalam hikayat ini saya senaraikan dalam bentuk jadual. 

Kemudian, dikategorikan mengikut kata ganti nama diri pertama, kedua, ketiga dan kata ganti nama diri tunggal dan jamak. Seterusnya, setiap jenis kata ganti nama diri ini diberi ulasan dan dilakukan perbincangan. Sesungguhnya, kerja-kerja penulisan ini menuntut komitmen pelajar untuk menyiapkannya. Alhamdulillah, keputusan yang saya perolehi memberangsangkan. 

Suka saya untuk berkongsi antara dapatan yang saya perolehi daripada hasil kajian saya. Pernahkah anda mendengar kata ganti nama diri ini digunakan?

KATA GANTI NAMA
PENGGUNAANNYA
Andika (Kawi)
  • tuanku
Kula (Jawa)
  • patik, saya
Manira (Jawa)
  • saya
Pakanira (Jawa)
  • tuan, engkau
Pekulun (Jawa)
  • tuanku
Sangulun (Jawa)
  • tuanku, tuan hamba
Senda
  • saya
Ulun
  • hamba, saya

Sebenarnya, terdapat banyak lagi perkara berkaitan tentang kata ganti nama diri yang saya perolehi dalam Hikayat Hang Tuah ini. Satu pengalaman yang baru dan unik yang saya perolehi setelah melengkapkan projek ini. Oleh itu, menerusi Hikayat Hang Tuah, bukan sahaja unsur sejarah yang boleh diteliti bahkan aspek bahasa juga.

Nota: Rasanya, UPM satu-satunya yang menggunakan BACELOR untuk peringkat ijazah. 

26 ulasan:

  1. cikgu hebat la dalam bidang sastra dan bahasa..:)

    BalasPadam
  2. Perkataan baru ni...Tahniah...
    Thumbs up laa...kalau saya..buku-buku yg menggunakan bahasa melayu sastera pun tak terbaca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, perkataan baru bagi yang belum pernah dengar atau baca. Tapi, sekarang dah tak guna lagi dah.

      Padam
  3. baru tahu bahasa2 sastera.sebenarnya nk membaca sastera perlu ade minat..mcm saye xminat..heheh tp ske sgt membaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua orang ada genre kesukaannya. Membacalah apa yang kita suka asalkan dapat menambahkan sesuatu kepada kita.

      Padam
  4. Banyak sekali kata ganti diri yg tidak kita ketahui digunakan dizaman dahulu.
    Bukan mudah utk menyiapkan tesis, tambahan pula ianya idea original sendiri, kajian dan rujukan perlu di buat bersungguh2 dan berhati2. Tahniah cikgu...satu tesis yg berkualiti!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Hanya melalui khazanah persuratan kita dapat mengetahuinya.

      Memang susah. Perlukan komitmen untuk membuat rujukan lagi.

      Padam
  5. bukan senang nak cari kata ganti diri zaman dulu2x punya.. nak buat tesis pun dah pening..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya menggunakan Kamus Dewan sebagai rujukan.

      Padam
  6. cikgu memang hebat, syuk pun susah nak tau bahasa jawa dulu,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidaklah hebat, syuk. Saya pun rujuk Kamus Dewan dan beberapa sumber rujukan lagi. Memang tak tahu langsung bahasa Jawa.

      Padam
  7. banyak yang acik tak tahu rupanya, bukan mudah nak cari , tahniah cikgu dapat mencarinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak tahu juga kalau saya tak buat kajian macam ni.

      Padam
  8. zara pun bukannya tahu sgt..bila cikgu bt entry ni sedikit sebanyk bleh la zara tahu jgk..lgipun zara dulu tak ambil bahagian sastera ni..=)

    BalasPadam
  9. hamba suka baca buku hikayat lama =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah begitu. Tentu banyak kisah yang dapat dibongkarkan.

      Padam
  10. tahniah !! lepas ni turn saya pula buat research

    BalasPadam
  11. hebatlah cikgu =) saya tak tahu langsung pasal kata ganti nama yang jawa tu..

    BalasPadam
  12. baru aiza tahu berkenaan kata nama tu.. menarik.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kita belajar dan berkongsi ilmu. Moga bermanfaat.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78