Pengikut

Selasa, 1 April 2014

Notis dan Jadual Catuan Air Peringkat Keempat - April 2014

Saya mendengar rintihan daripada rakan sekerja di sekolah tadi, mengatakan bahawa di rumah mereka tak ada air. Akibat daripada program catuan air, pelbagai aktiviti dan kerja tergendala dan sukar dilaksanakan seperti sedia kala. Saya dapat merasai kesulitan itu, biarpun saya tidak mengalaminya sendiri. 

Nampaknya, krisis bekalan air masih belum selesai. Kini, program catuan air yang dijalankan sebelum ini akan dilanjutkan ke peringkat keempat. Untuk lebih faham program catuan air peringkat keempat ini adalah lebih baik membaca notis yang dikeluarkan oleh SYABAS ini.



NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR, 
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA 

Adalah dimaklumkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari 500 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 1,000 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates, pihak SYABAS telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat untuk dilaksanakan bagi menghadapi pengurangan bekalan air terawat yang disebabkan oleh keputusan ini. 

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014. Perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini melibatkan beberapa kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat akan berkuatkuasa mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat. 

Adalah dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini akan dilaksanakan secara berasingan (separately) dengan jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2).

Kawasan tambahan yang telibat di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat dibahagikan kepada Zon 3 dan 4. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti yang diperincikan di dalam Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini dan akan dilaksanakan mengikut jadual pelan tersebut.

Kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Zon 1 dan Zon 2 di dalam Pelan Catuan Peringkat Pertama dan Ketiga ini adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam notis yang dikeluarkan kepada pengguna masing-masing pada 25 Februari 2014 dan 7 Mac 2014 yang lalu. Bagi mendapatkan maklumat mengenai kawasan yang terlibat, para pengguna disarankan merujuk kepada notis tersebut di laman web SYABAS (www.syabas.com.my). 

Untuk makluman, perlaksanaan Catuan Bekalan Air ini akan diselaras oleh pihak SPAN dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan 
SYABAS. 

Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat untuk makluman dan panduan semua pengguna yang terlibat:

1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA, KETIGA DAN KEEMPAT 
  • Bermula pada 27 Februari (Khamis) hingga 30 April 2014 atau satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

 2. KAWASAN TERLIBAT 

Kawasan yang terlibat adalah:- 
  • Peringkat Pertama (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 25 Februari 2014 
  • Peringkat Ketiga (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 7 Mac 2014 dan kawasan tambahan seperti di dalam JADUAL 16, 17, 18 dan 19
  • Peringkat Empat (Zon 3 dan 4) – seperti tersenarai di dalam JADUAL 1 hingga 15. 

3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR 
  • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air (Zon 1 bergilir dengan Zon 2; Zon 3 bergilir dengan Zon 4) di peringkat masing-masing 
  • Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu. 
  • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari pertama zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu. 
  • Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan. 

Jadual Agihan Air Mengikut Zon
(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)


Jadual 1 & 2 : Gombak - Zon 3


Jadual 3: Kuala Lumpur - Zon 3


Jadual 4: Kuala Lumpur - Zon 4


Jadual 5: Kuala Selangor - Zon 3


Jadual 6: Kuala Selangor - Zon 4


Jadual 7: Petaling / Sepang - Zon 3


Jadual 8: Petaling / Sepang - Zon 4


Jadual 9: Hulu Langat - Zon 3


Jadual 10: Hulu Langat - Zon 4


Jadual 11: Klang/Shah Alam/Kuala Langat/USJ - Zon 3


Jadual 12: Klang/Shah Alam/Kuala Langat/USJ - Zon 4


Jadual 13: Hulu Selangor - Zon 3


Jadual 14 & 15: Kuala Langat - Zon 3


Kawasan Tambahan Peringkat Ketiga

Jadual 16: Kuala Lumpur - Zon 1
Jadual 17: Hulu Selangor - Zon 2
Jadual 18: Kuala Lumpur - Zon 2
Jadual 19: Klang/Shah Alam/Kuala Langat - Zon 2


Kredit foto (jadual) daripada Relaks Minda

Kepada penduduk yang terlibat dinasihatkan supaya mengambil tindakan segera supaya kekangan yang bakal dihadapi sewaktu catuan ini bermula dapat dikurangkan. 

20 ulasan:

  1. payah jugak bila dok bandar ni ye.. :/

    BalasPadam
  2. Ingatkan hari tu sampai 31st march aje..sekarang dah jadi April..jangan sepanjang tahun dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, rupa-rupanya dilanjutkan lagi.

      Padam
  3. tak habis lagi je krisis air tu cikgu...
    susah gak kalau tak de air nie..huhu

    BalasPadam
  4. smoga segalanya cepat pulih seperti sediakala..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua yang terlibat mengharapkan begitu.

      Padam
  5. semoga krisis bekalan air ini akan kembali pulih seperti biasa.. syukur di kawasan akak belum etrlibat dengan catuan setakat ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap-harap dapat diselesaikan dengan segera.

      Padam
  6. orang lembah kelang kna banyak2 bersabar

    BalasPadam
  7. Tempat tinggal cikgu juga yg bertuah...xterlibat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, masih ada air di tempat saya. Mungkin kami menggunakan tangki dari Kg. Kuantan.

      Padam
  8. persiaran ampang yg dkat kwasan kuala lumpur zon 1 tuu last sekali tuu,, kat mne maksud dia ? ,, sy tggal di persiaran ampang saujana,, ape beza dgn ampang hilir ? dkat mne tu ?

    BalasPadam
  9. kawasan ampang hilir tu dkat mne ? ,, sy tggal di persiaran ampang saujana,, so agak confuse~~

    BalasPadam
  10. Rumah saya dah lali setakat ni dgn catuan air ni.. in shaa Allah cukup bekalan, cuma ttp tak seronok mandi berbanding dgn air yg keluar dari paip.. Semoga cepatlah selesai permasalahan ini Ya Allah... aamiin..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78