Pengikut

Isnin, 21 September 2015

Belajar Menulis daripada Buku Panduan Menulis

Assalamualaikum.


Menulis itu satu bakat? Orang yang tidak ada bakat atau tidak dikurniakan bakat tidak boleh menulis? Sejauh mana bakat bakal melahirkan seorang itu sebagai penulis? Persoalan ini harus direnungi dengan tuntas. 

Dari satu segi, banyak juga yang mempertalikan bakat dengan kesungguhan dan kerajinan serta disiplin. Miskipun mempunyai bakat, jika tidak ada elemen kesungguhan, kerajinan dan disiplin yang tinggi, nescaya impian akan tinggal impian untul lahir sebagai penulis. 

Bagaimanakah orang yang tidak mempunyai bakat tetapi minat menulis boleh menulis? Begitu juga sebaliknya, bahkan harus bagi seorang penulis meningkatkan kemahiran menulis dengan walau apa cara sekalipun. 

Antara yang boleh saya kongsikan adalah belajar menulis daripada buku panduan menulis. Di pasaran, terdapat pelbagai buku panduan menulis yang boleh ditemukan, asalkan anda mempunyai kerajinan untuk mencari dan menggeledahnya. 

Saya juga bukanlah penulis hebat. Biarpun saya telah memiliki dua buah buku dan beratus karya eceran yang tersiar, sikap mengambil peduli untuk meningkatkan kemahiran itu ada. Oleh itu, suka saya untuk berkongsi apa yang saya lakukan untuk proses itu. 

Buku Siri Asas Penulis Kecil ITNM saya beli untuk ditekuni. Jangan melihat "asas" dan "kecil" itu sebagai tanggapan awal untuk anda mengatakan bahawa: saya tidak perlu lagi membaca buku seremeh ini. Saya sudah boleh menulis. Jika ada tanggapan begini buanlah jauh-jauh. 

Siri buku ini mempunyai 10 judul yang beraneka genre. Setelah membaca kesemua buku ini saya mendapat pengalaman dan ilmu baharu. Teliti senarai buku ini di bawah:

1. Bait, ucap dan Takjub: Tulis Puisi Kamu Sendiri
2. Beraksi!: Tulis Drama Kamu Sendiri
3. Buat Saya Ketawa: Tulis Cerita Lucu Kamu Sendiri
4. Tunjukkan Saya Suatu Cerita: Tulis Buku Cerita Bergambar Kamu Sendiri
5. Yang Benar: Tulis Surat Kamu Sendiri
6. Panel Grafik, Bam! Gelembung Dialog, Pow! Tulis Novel Grafik Kamu Sendiri
7. Semua Tentang Kamu: Tulis Jurnal Kamu Sendiri
8. Suatu Masa Dahulu: Tulis Cerita Dongeng Kamu Sendiri
9. Hanya Fakta: Tulis Laporan Penyelidikan Kamu Sendiri
10. Yang Benar: Tulis Surat Kamu Sendiri

Setiap satu judul mempunyai ilmu menulis yang boleh dipraktikkan. Dengan konsep penyampaian langkah demi langkah dan penerangan yang serba ringkas, buku ini patut dimiliki oleh calon penulis dan penulis yang berminat untuk menambahkan ilmu. 



Saya petik satu puisi yang dilampirkan dalam judul Bait, ucap dan Takjub: Tulis Puisi Kamu Sendiri.
Perhatikan puisi ini. Biarpun mudah, tetapi bagi saya maksud yang hendak disampaikan sangat dalam. 

Buku panduan menulis sekadar buku yang menyampaikan panduan-panduan yang boleh diambil oleh penulis untuk menulis. Segala-galanya terserah kepada penulis untuk memulakannya. Selagi penulis tidak menulis, dia tidak merasai sendiri pengalaman menulis. Oleh itu, mulakan proses menulis itu daripada sekarang. 

1 ulasan:

  1. Tajuk-tajuk bukunya terlalu unik. Seperti arahan pula. Gigihnya cikgu, terus membeli dan mengumpulkan buku-buku baharu. Saya 'berehat' dahulu daripada membeli sehingga tiba masanya semula. Heee.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78