Pengikut

Rabu, 7 Mei 2014

Puisi Hari Ibu: Fatimah Bunga Hatiku

Assalamualaikum.




Puisi Hari Ibu

FATIMAH BUNGA HATIKU

Sudah terlalu banyak yang kau hulurkan
segala kudrat keringatmu tak terbayar
kasih sayangmu meranum di ranting kesetiaan
dan kebun perkasihanmu mekar mewangi.

Fatimah bunga hatiku
aku ini anakmu
lahir dari pelabuhan putihmu
persemaian benih suci
antara cinta di ladang nurani
lewat sang suria mengalihkan kalendar hari
aku dewasa dalam pelukkan asuhanmu.

Di teratak ini
pernah kita bertarung dengan langkisau
yang menyerang di segenap jerjak jendela.
Di teratak ini
pernah kita menadah hujan rahmat
yang tidak segan silu mengintai di balik atap nipah
di atas tikar mengkuang ini
pernah kita bersila sopan mensyukuri nikmat
yang tidak jemu disuapi ke mulut kecil ini.
Di teratak ini
kita merapatkan saf mengeratkan silaturahim
keranamu aku kenal kesabaran
ketabahan, keberanian dan keyakinan.

Terima kasih kuucapkan
kerana menjadikanku anak soleh
tidak putus-putus mendoakanmu
tidak lekang berzikir rindu
memuji kebesaran-Nya


Mohd Helmi Ahmad
Alor Setar, Kedah
Harian Metro, 8 Mei 2012


Nota: Hari Ibu di Malaysia disambut pada minggu kedua dalam bulan Mei. Oleh itu, pada tahun ini, tarikh itu jatuh pada 11 Mei 2014

9 ulasan:

  1. Kurang mahir nak bagi komen pasal puisi. Semoga ibu cikgu sihat dan diberkati. Rajin2lah pulang atau telefon ye...

    BalasPadam
  2. menusuk kalbu
    selamat hari ibu mama

    BalasPadam
  3. terbaik sajak cikgu Helmi.. Tersentuh rasa..

    BalasPadam
  4. suka suka suka..sangat indah dan puitis...tak lama lagi tu 11hb..

    BalasPadam
  5. puitis sajak ni, tapi ada juga bait kalimah yang sy tak faham..hehhe..apapun tahniah kepada cikgu dengan penghasilan sajak indah ini, semoga berbahagia meraikan hari ibu anda..:)

    BalasPadam
  6. Puitis.. penghargaan kpd ibu... kasih ibu membawa ke syurga...

    BalasPadam
  7. Tajuknya dah mampu buat saya tersenyum. :)

    BalasPadam
  8. sedih...memng puitis..baca dengn muzik sedih lagi trharu,smpai menangis mak aku...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78