Pengikut

Khamis, 8 Mei 2014

Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Assalamualaikum.

Jika hendak dibandingkan umur saya dengan pengalaman saya dalam bidang pendidikan atau perguruan bukan dekat jaraknya. Bagaimanapun, ada juga yang melontarkan pandangan bahawa penilaian terhadap pengalaman itu sangat subjektif yang mana biarpun seseorang itu telah lama berada dalam satu-satu bidang itu tidak memberi makna bahawa seseorang itu sangat berpengalaman. 

Apa yang memberatkan dan mempertajamkan neraca timbang pengalaman seseorang adalah sejauh mana seseorang itu berhadapan dan mengharungi pengalaman itu. Dengan kata lain, jika seseorang itu sudah lama menjadi guru jika tIdak teruji dan terpikul dengan cabaran dan tanggungjawab sama jugalah seperti seorang guru yang baharu sahaja melaporkan diri pada hari pertama. 

Saya menyeru semua warga pendidik untuk menghayati kedudukan kita dalam Sistem Pendidikan Malaysia moga tidaklah kita terpesong dalam mengemudi bahtera anak bangsa pada hari muka. Bertitik-tolak daripada itu, marilah sama-sama kita menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah terpatri dalam Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBNGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


6 ulasan:

  1. In shaa Allah.. semoga menjadi peringatan yg baik utk warga pendidik demi kesejahteraan negara & generasi hadapan... aamiin..

    BalasPadam
  2. cikgu, akak nominated cikgu untuk liebster award
    cikgu boleh tengok details dia dalam link yang akak sertakan di sini
    sudi-sudikanlah participate, tapi tak ada paksaan tau =)

    BalasPadam
  3. tak lama lagi nak wish selamat hari guru buat helmi ni..

    BalasPadam
  4. mendidik dan menjadi pendidik tak semestinya di sekolah sahaja . yg ptg kita perlu lakukan dengan sebaik mungkin agar dapat memberi kefahaman dan dapat melahirkan generasi berilmu juga memiliki sahsiah yang terpuji .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78