Assalamualaikum.
Alhamdulillah, habis semak kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. Cuma yang belum selesai adalah memasukkan markah ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Ibuku Bukan Ratu Kosmetik merupakan cerpen saya yang disiarkan di majalah Jelita, Mei 2014. Cerpen ini bukanlah cerpen baharu, sebaliknya cerpen yang sudah lama terperam dalam bank karya. Setelah dimurnikan semula, saya hantar ke majalah Jelita. Alhamdulillah, tersiar bersempena Hari Ibu.
Bagaimanapun, saya amat suka dengan permulaan cerpen ini. Oleh itu, saya kongsikan di sini untuk membuka minat kalian semua untuk terus membaca nanti.
Maaf, bukan sengaja saya hendak membiarkan emak bersusah payah membeku di dalam bas ekspres selama enam jam. Kemudian, membiarkan jantung emak tergantung di atas landasan Transit Aliran Ringan tatkala menaiki LRT dari stesen Plaza Rakyat. Saya harap emak memahami keadaan saya yang baru sahaja bekerja dan belum stabil pendapatan untuk menjemput emak dengan kereta sendiri. Walau bagaimanapun, emak perlu juga hadir ke Kuala Lumpur. Bukan hendak dibawa melihat menara KLCC mahu pun bermandi lampu-lampu di Bukit Bintang tetapi jemputan yang emak terima itu lebih penting daripada segala-galanya.
Cerpen ini bukan sekadar cerpen tentang Hari Ibu. Di sebalik itu, ada hal dan peristiwa yang lebih besar untuk diraikan dan diperkatakan, jika bukan hanya kerana Bedak Sejuk. Untuk mengetahui kisah selanjutnya bolehlah dapatkan majalah Jelita, Mei yang sudah berada di pasaran.
Dalam kesibukan orang ramai menyambut kedatangan tetamu kehormat, saya terpandang susuk tubuh lelaki berbadan sasa yang berjalan di belakang tetamu kehormat itu begitu iras Abang Long. Kalau ya, buat apakah dia di sini?
terguris..seketika..
BalasPadamSalam Cikgu;
BalasPadamWah, tahniah, karya yang menarik tu, makin bertambah bersemangat untuk menulis sudah pastinya ya tu. Menari ceritanya tentang ibu... Syabas!
Satu lagi karya berkualiti cikgu yang berjaya disiarkan , tahniah!
BalasPadammajalah jelitanya nggak ada ... heheheee
BalasPadamwah..mesti best cerpen ni..sayangnya kathy tak baca JELITA.. :(
BalasPadamsangat deep fuuh
BalasPadamexchange bloglist jom? hee
BalasPadamtahniah cikgu..
BalasPadamEii
BalasPadamKenapa sweet sangat hehehehe
Menarik!!!!
wahhh hebatnya... kagum ni...
BalasPadamthanks ya sudi join segmen nak url #4, blog anda telah disenaraikan di http://www.mialiana.com/2014/05/senarai-url-blog-4.html
teruslah menulis dengan rasa
BalasPadamtajuk pun dah menarik...potongan ayat pun menyentuh dan punya maksud yang boleh difikirkan dgn situasi pembaca..tahniah bro :)
BalasPadamalahai tergantunglah pula cerita nyer
BalasPadambikin suspen, nak tau sampai habis =)
kena cati juga majalah jelita ni
Alhamdulillah.. tahniah cikgu Helmi.. teruskan berkarya.. :) :)
BalasPadamSalam Cikgu Helmi;
BalasPadamTahniah dan terus bersemangat!
Tahniah cikgu! Teruja nak baca karya-karya cikgu. Entah bila saya nak menulis lagi. :)
BalasPadam