Nampakkah anda bloglist yang diberi judul Jejak Blog dan Jejak Kota Buku? Memandangkan blogger-blogger untuk kedua-dua bloglist ini macam hidup segan mati tak mahu saja, saya bercadang untuk memansuhkan bloglist ini. Kemudian, untuk bloglist Jejak Bahasa akan saya masukkan dalam bloglist Jejak Sastera.
Seterusnya, saya bercadang untuk mewujudkan satu bloglist baru khas untuk pengunjung TETAMU ISTIMEWA. Oleh itu, ada tak yang hendak masuk dalam blogslit tu?
Berkali-kali juga saya berfikir sebenarnya sebelum nak buat pencarian ini. Mana tidaknya, saya tidak pernah menyertai mana-mana segmen. Hal ini demikian kerana ada blogger yang meletakkan syarat Like Facebook mereka, Fanpage dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, saya tidak ada benda-benda ini.
Kepada yang sudi menyertainya, ada syaratnya.
Peserta hendaklah FOLLOW blog saya.
Tinggalkan link blog anda pada ruangan komen entri ini.
"Berikan sebab mengapa anda follow blog ini."
(Saya mengharapkan komen yang ikhlas daripada kalian bukan semata nak tersenarai dalam bloglist ini)
25 ulasan paling kreatif akan saya pilih untuk masukkan dalam bloglist saya.
(Pemilihan bukan melalui Random)
Tarikh tutup 3 SEPTEMBER 2013, pada pukul 8.00 malam.
Bloglist saya, saya tanda semua blog yang saya follow dan saya tanda "most recent post". So, semua blog yang saya follow akan keluar. Tapi sepuluh posts dari blogs terbaru je la. Apa yang bagus letak bloglist ni adalah, di dalam ruangan "stats" si pemunya blog, boleh trace balik traffic tu datang dari mana. Maka, kita bolehlah melawat blog yang menyumbangkan readers tadi balik. Mutualisma bloggers...heee :P
BalasPadamwww.akupenghibur.com (salah satu sebab acik follow blog ini kerana acik minat penulisan dan gaya bahasa yang di gunakan dan secara tak langsung menambah pengetahuan tentang sastera )
BalasPadamhttp://hunyieda.blogspot.com/
BalasPadamsebab: blog kamu ada titipkan buku bacaan seperti cerpen, saya memang suka membaca cerpen..so sebab itu saya saya follow, act saya mang dah lama follow blog kamu. ^^ salam kenal
http://supermiza.blogspot.com/
BalasPadamsaya follow blog ni sebab saya suka penggunaan bahasa malaysia oleh admin yang tak skema dan senang untuk faham. latar belakang admin yang belajar linguistik melayu pon menarik perhatian saya. sedikit sebanyak dapat perkongsian tentang karya bahasa melayu :)
http://rawiyahmohamad.blogspot.com/
BalasPadamassalamualikum,salam kenal dan salam ukhwah...rasanya saya masih belum terlambat lagi untuk follow blog ni dan segmen yg dianjurkan tuan rumah heheheh,saya suka blog awk yang cantik dan pengunaan bahasa melayu yang betul..jadi secara tidak lansung boleh menambah pengetahuan saya dan juga rakan rakan blogger lain..pada masa akan datang saya harap blog ni boleh dijadikan bahan rujukan untuk pengunaan bahasa melayu..hehehe...^____^
http://coretanhatikathy.blogspot
BalasPadamkathy follow blog ini setelah kathy sedari owner blog ini selalu berkunjung ke blog kathy dan drop komen entri kathy.kathy juga bloglistkan blog ini dalam bloglist pilihan kathy di blog khas bloglist.kathy juga peminat karya sastera dan suka membaca so,ini adalah salah satu blog yang sesuai untuk di bloglist.
terus terang eer beritahu eer tak berapa minat dengan puisi sajak, tapi bila ada blog macam ni, penggunaan ayat yang mudah dipaham eer mula untuk belajar dan rasakam bahasa melayu kita memang indah . tak jadi bloglist pon eer xkesah . cuma masa ni je nak beri pendapat untuk tetamu istimewa. keep it up ! =)
BalasPadamernaeer.blogspot.com ..
Padamsory terlupe . =)
Assalamualaikum..kenapa saya follow blog tuan?Saya cenderung suka pada penggunaan bahasa yang tersusun dan betul, dalam masa yang sama saya boleh betulkan penggunaan bahasa saya. Saya juga gemar membaca luahan/ tulisan seorang pendidik. Sebagai surirumah yang pernah bekerjaya, saya gemar memerhati dan menilai cara seorang pendidik terdidik untuk saya gunapakai dalam kehidupan seharian di dalam syurga kecil saya.Teruskan menulis, moga manfaat dapat saya tumpang bersama.
BalasPadamSeorang ummi
http://ummuamar.blogspot.com
terima kasih sbb sudi follow saya . saya dah follow balik (390) .
BalasPadamhttp://veesandy.blogspot.com/
banyak blog yg saya lihat suka kategorikan bloglist mereka mengikut yg mereka suka . Saya x pilih bulu dlm bloglist saya . asalkan blogger itu peramah pd blog saya dan aktif post entry , mrk akan saya masukkan dlm bloglist . jadi , adil bagi semua follower saya . wpun follower saya mungkin bertambah ramai , insha Allah , saya x akan ubah pendirian ...
http://blackisswhite.blogspot.com/
BalasPadamsaya mengikuti blog cikgu kerana saya nak memperbaiki cara penulisan saya. disamping itu menambah ilmu yang sedia ada dan sememangnya hobi saya menziarah blog cikgu :) jadi akhir kata blog cikgu setaraf dengan blog2 terkenal yang lain.
http://www.minus-ska.blogspot.com/
BalasPadamSaya follow blog cikgu ni sebab cikgu seorang yang peramah, cikgu selalu berkunjung ke blog saya dan tinggalkan komen yang bernas serta membina =) selain tu saya suka blog cikgu ni, sebab dapat mengimbau kembali zaman persekolahan saya yang dulu.. selain dapat tambah ilmu perngetahuan dalam sastera, saya juga cuba perbaiki kelemahan dalam penulisan saya.
http://www.mohdhaniffmohammadyusoff.blogspot.com/
BalasPadamSaya follow blog Tetamu Istimewa kerana suka membaca coretan-coretan di sini yang sentiasa dikemaskini. Selain itu, penggunaan bahasanya yang baik menjadikan saya rasa selesa untuk membaca catatan-catatan di sini. Secara jujurnya, sikap peramah tuan rumah menjadikan saya lebih tertarik untuk menyinggah di blog Tetamu Istimewa. =)
http://biskutcelup.blogspot.jp/
BalasPadamsaya follow blog tetamu istimewa kerana saya gemar membaca pandangan dari kaca mata seorang pendidik. bagi saya, seorang pendidik biasanya lebih matang dalam memandang kepada sesuatu isu atau aspek kerana mereka lebih banyak bergaul dengan kerenah kanak-kanak mahupun golongan ibu bapa yang kita faham kadangkala kerenahnya mengalahkan perangai budak-budak.pengalaman ini membuatkan mereka lebih matang dan membuatkan saya tertarik untuk mengikuti perkembangan isu semasa dari mata mereka :)
http://relakssminda.blogspot.com
BalasPadamTiada kata indah yang mampu ku lafazkan. Ucapan terima kasih kerana sudi bertamu ke Relaks Minda. Semoga Blog ini terus maju dan kekal dengan niche yang unik ini dalam memartabatkan bahasa melayu dan khazanah sastera bangsa agar terus di nikmati di masa kini, akan datang dan selamanya.
Wah cikgu siap buat segment pencarian bloglist lagi.. Tentang buku INGIN MENJADI PENULIS tu.. penulisnya A. Ubaidillah Alias.. Dia penulis novel berunsurkan Islam.. Memang best novelnya.. Kak Erin pernah baca satu..Tapi tak ingat plak tajuk novel tu..Itu pun pinjam dari library.. Kak Erin tak mampu nak beli banyak buku..cuma buku yang best sangat dan rasa boleh ulang baca, baru kak Erin beli..Minat untuk menulis memang dah lama ada.. cuma belum sampai tahapnya..Sebabnya bukan senang untuk menjadi seorang penulis yang sempurna.. Dan sememangnya kita manusia biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan.. itu kak Erin akui berkaitan diri..
BalasPadamhttp://blogmizzaiza.blogspot.com/
BalasPadamaiza mula mengenali blog Tetamu Istimewa ini melalui blogger Wong (Travelog Hort).. jujur aiza akui, pertama kali mengenali blog ini aiza merasakan helmi seorang yang skema iaitu berdasarkan penulisan helmi di dalam entri yang lama (mohon maaf dan jangan marah ya, ini pendapat aiza sahaja pada masa yang lalu).. namun sebenarnya aiza merasa kagum sebab tak ramai blogger yang menggunakan bahasa Melayu baku, semoga ianya menjadi contoh yang baik kepada blogger yang lain.. bersama kita memartabatkan bahasa Melayu.. semakin hari blog ini semakin menarik kerana entri yang ditulis telah dipelbagaikan.. syabas aiza ucapkan dan semoga terus bersemangat untuk menulis.. :D
segan pula terletak di bloglist sebab nanti nampak sangat jarang perbaharukan entri
BalasPadamwww.striderbuzz.blogspot.com
BalasPadamsecara jujurnya...saya baru mula follow blog bro dan masih belum sempat untuk mengenali artikel2 dan isi2 dalam blog ini..saya boleh komen dengan pujian melambung tapi itu tipu namanya kan??hehe :D
Regards,
-Strider-
http://mizisempoi.com
BalasPadamSaya tak dapat gambarkan dengan kata2 kerana blog ini terlalu istimewa buat diri saya sama macam tajuknya terlalu istimewa. Terima kasih.
Zara minat cara cikgu..penyampaian cikgu..mmng ada mesaj yg tersendiri..dan zara ni pun bukanla pandai sgt bab2 sastera ni..melalui cikgu blehla zara mempelajari serba sedikit ..tentang sastera dan cara penulisan yg sebetul2nya..dan lagi satu mmng zara iklas masuk ke blog cikgu ni..=D
BalasPadammaaf cikgu..zara lupa bgi link
Padamhttp://sekuntumbungazara.blogspot.com
http://mamamamy.blogspot.com
BalasPadam"Mama tertarik dengan gaya bahasa cikgu yang pada mama teratur sekali baik dari segi struktur ayat dan keindahan bahasanya. Banyak juga kisah-kisah yang diceritakan dalam blog ini menjadi panduan mama sebagai ibu kepada anak mama yang masih di awal alam persekolahan. Sesungguhnya blog ini amat istimewa dan alangkah gembiranya hati mama sekiranya terpilih dalam senarai bloglist cikgu "
Terima kasih kepada semua yang telah menyertai segmen saya ini. tahniah kepada yang terpilih.
BalasPadam