Pengikut

Sabtu, 21 September 2013

Karya Tanpa Nama

KARYA TANPA NAMA

Karya-karyaku ini
anggapmu
sama seperti sampah
berselerakan di merata tempat.

Karya-karyaku ini
anggapmu
tidak sesuai dibawa
ke dewan-dewan perdebatan
merentas samudera sastera
kerana terlalu klise
dan jelek untuk dipamerkan
apalagi dibaca
dengan rautan seni.

Bagiku cukuplah
karya yang kau
anggap sampah ini
ditatang oleh
tong-tong dan
bakul-bakul sampah
daripada hangus terbakar
lalu dibawa terbang angin
tanpa khabar
kerana karyaku
sering kali tertinggal
menulis nama.


Mohd Helmi Ahmad
Batang Kali, Selangor
2 Februari 2012


28 ulasan:

  1. wah..mendalam sungguh maknanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya, entri kali ini Kak Kathy ialah orang pertama yang komen. Tahniah ya.

      Oh, ya ke.

      Padam
  2. sindiran yang sangat tersirat :) Allahurabi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga apa-apa yang saya tulis ini bukanlah untuk memburukkan keadaan, sebaliknya sebagai teguran dan ingatan kepada pihak tertentu.

      Padam
  3. Karya yang bersepah tanpa nama kerana ada yang ingin sembunyikan diri.. Hehe.. bagus sajak cikgu.. Simbolik maksudnya.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mula mendaki puncak sastera ni dari bawah. Penat juga Kak Erin.

      Padam
  4. karya tanpa nama ibarat bayi yg baru dilahirkan..masih sempat utk memberi nama..heheh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sebalik itu, masih ada yang tersirat belum terungkai.

      Padam
  5. manusia mati meninggalkan nama

    BalasPadam
  6. mendalam maksudnya.. karya tanpa nama itulah yang berjasa kepada anak bangsa.. berkenaan edit blog tu aiza pun tahu yang asas saja.. blog helmi sudah cantik, cuma mungkin ada sesetengah widget boleh digabung bersama supaya nampak lebih kemas.. jika perlukan bantuan aiza insya-Allah boleh setakat yang aiza tahu.. jika berkaitan 'coding' memang aiza kurang arif..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan Aiza. Cadangnya saya nak buat beberapa page lain untuk senarai karya dan buku, dah buat tapi tak keluar pula.

      Padam
  7. maksud yg mendalam tu..cian kepada si karya tanpa nama tu..

    BalasPadam
  8. Tidak semua sampah itu sampah.. pasti ada juga kebaikan baginya.
    Jika tidak di dunia, moga berharga di alam sana..
    Biar tanpa nama, pasti saja diketahui.. oleh Yang Maha Mengetahui.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, nama yang tercatat di dunia ini apalah sangat. Yang penting segala apa-apa amalan yang kita lakukan biarlah dicatat namanya untuk perhitungan di akhirat kelak.

      Padam
  9. KARYA TERHASIL DARI NUKILAN DALAM HATI, MEMUJI ALAM SEMULAJADI, DEMI KEPUASAN DIRI, MENEGUR INSANI.. ADA YANG SUKA DENGAN SESUATU KARYA, ADA YANG TIDAK.. ITU TIDAK PERLU DIPEDULI. YANG PENTING TERHASILNYA SESUATU YANG SENI.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, apa-apa yang kita tulis itu sekadar pengucapan seni yang sangat subjektif sifatnya.

      Padam
  10. ayat memang mendalam sangat-sangat. saya pun tak mampu nak hasilkan macam ni. terbaik ah!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata-kata ini bukan sekali terhasilnya. Percubaannya seringkali menggagalkannya untuk tampil bersuara. Namun, semangatlah yang membangkitkan tenaga untuk terus melakar jiwa yang terpendam.

      Syazary, kemahiran itu berbagai-bagai yang penting kita tidak mudah alah dengan cabaran. Terus mencuba.

      Padam
  11. saya tetap sokong karyawan Malaysia =) insha'Allah..akan dijaga dari dibuang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Kalau kita tidak menyokongnya, siapa lagi kan.

      Padam
  12. penuh puitis dan cukup mendalam maksudnya.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Mia yang turut membaca dan berfikir apa-apa tentang tulisan ini.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78