Assalamualaikum semua. Selamat pagi.
Kepada calon penulis, apakah yang membelenggu diri kalian untuk tidak memulakan lagi kerja penulisan?
Masihkah kalian berfikir hendak memulakan penulisan dengan idea yang besar seterusnya meletakkan kalian pada satu tahap yang boleh membanggakan dan dipuja-puja?
Andai untuk menjadi penulis besar dan hebat perlu menulis isu atau idea yang besar dan hebat hingga memaksa pembaca berfikir-fikir untuk memahaminya, saya fikir saya masih belum layak untuk diiktiraf penulis besar atau hebat itu kerana saya hanya mengutip isu atau idea yang berlegar di sekeliling saya. Sawah, kampung, ayam, itik, hal-hal kekeluargaan, persahabatan masih menjadi bahan untuk saya menulis.
Andai anda mahu menjadi penulis kecil-kecilan, saya ada jawapannya. Tulislah apa-apa yang mampu kita kuasai dengan memperlihatkan sesuatu yang bukan disalin daripada mana-mana buku ataupun dibuat-buat hanya untuk menulis tentangnya.
Perkara itu hanya dapat dilakukan sekiranya idea itu dekat dengan kita. Sebagai contoh, anda mahu menceritakan tentang sawah padi. Sekiranya penulis itu tidak memahami selok-belok tentang sawah padi dan tidak pernah pun melihat sawah padi, bagaimana penulis itu mampu menceritakan tentang sawah padi itu dengan baik.
Walaupun ada sesetengah penulis menganggapkan tiada apa-apa istimewanya menulis tentang sawah padi. Jangan terkejut sekiranya saya katakan hanya menulis tentang sawah padi mampu membuatkan kita berfikir banyak perkara tentang kesabaran, ketentuan, kemiskinan, penindasan, kasih sayang, tanggungjawab dan sebagainya.
menjadi penulis pun kena menjiwai sesuatu watak itu juga..
BalasPadamPerlu sangat agar watak itu tidak kaku seperti dibuat-buat pula.
Padamsedang belajar menjadi penulis blog yang baik..salam pagi ahada cikgu..
BalasPadamOh, menulis memang perlukan latihan berterusan. Semoga berjaya.
PadamSaya setuju.
BalasPadamSaya dahulu adalah peminat tegar Anime Jepun. Sering saya tertanya bagaimana boleh saya begitu teruja tiap kali ingin mengetahui episod seterusnya?
Apabila difikirkan, barulah saya mengerti bahawa penulis Jepun menyampaikan budaya mereka melalui karya Anime.
Bayangkan saya boleh tahu jenis-jenis hantu Jepun yang baik mahupun jahat lebih banyak berbanding hantu Melayu!
Satu karya yang baik. Kartun juga boleh dijadikan sumber penceritaan dalam mengembangkan budaya setempat. Contoh mudah di Malaysia Upin Ipin.
PadamTerima kasih atas nasihat.....moga boleh menajdi pembimbing yang baik kepada kami.
BalasPadamInsya-Allah, jika ada persoalan berkaitan penulisan boleh bertanya kepada saya. Jika saya dapat bantu akan saya bantu.
Padamberat nak jadi penulis ni, memerah otak memutar kata-kata.... mama pernah mengalaminya, sekarang tak boleh dah kot, tepu cikgu otak mama... hihi
BalasPadamKerja menulis memang mmerlukan otak berfikir, jika tidak tulisan kita itu kosong.
PadamT kasih diatas perkongsian yg bermanafaat ini.. semoga menjadi inspirasi kpd semua.. amin.
BalasPadamAmin, saya juga berharap begitu dengan apa-apa yang saya tulis itu bermanfaat untuk semua.
PadamDah lama saya tinggalkan alam penulisan, rasa nak sambung kelak.
BalasPadamBoleh mulakan semula. Semoga berjaya.
Padambetul tu cikgu..penulisan akan jadi lebih dekat dengan pembaca kalau penulis betul-betul memahami dan menjiwai apa yang ditulis :)
BalasPadamTepat sekali Akmal. Sebab tu saya tak nak tulis subjek yang saya tidak kuasai.
PadamPenulis merupakan seorang yang seni.. Dari setangkai padi boleh diulas menjadi cerita.. Dari kelopak bunga dianyam juga jadi cerita.. Bak kata orang dari mata turun ke hati.. Dari hati menjalar ke tangan dan jemari.. Dari jemari terkena sentuhan pena dan dakwat pena terkena pada helaian kertas.. Maka tercoretlah suatu cerita.. :-)
BalasPadamAmboi Kak Erin. Ya, betul tu. Penulis mampu mengungkapkan sesuatu yang jarang dapat ditafsir oleh masyarakat.
Padamterima kasih atas motivasi dari seorang penulis!
BalasPadamSama-sama, moga lebih ramai lagi yang berminat untuk menjadi penulis.
Padamterima kasih banyak2 helmi...kathy memang minat dunia penulisan...
BalasPadamSama-sama. Ayuh, tunggu apa lagi Kak Kathy. Mulakan dari sekarang.
Padamada juga terlintas utk jadi penulis,,tapi cam x betul je bahasa fizi guna..eheh :)
BalasPadamTutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju
Boleh belajar Fizi. Semoga berjaya.
Padamsaya setuju saja :)
BalasPadammotivasi yang sangat baik untuk mereka yang berura-ura mahu menulis seperti saya...terima kasih,cikgu..
BalasPadamSama-sama. Wah, novelis hebat ni datang ke blog saya.
PadamSaya suka menulis =) selain dapat tingkatkan ilmu pengetahuan, dapat juga berimaginasi, walaupun cara penulisan masih tunggang-langgang..tapi cubalah untuk baiki dari semasa ke semasa..inshaa'Allah
BalasPadamBoleh cuba Fais. Tidak ada yang salah dalam penulisan. Cuma perlu rajin berusaha dan tidak mudah putus asa.
PadamSetuju cik akak. Perlu ada ilmu. Kalau tidak ke lautlah tulisan kita itu.
BalasPadamTahniah, cikgu. Karya cerpen (Mohd. Helmi Ahmad) tersiar dalam majalah Jelita Oktober 2013, sekali gus bertatapan karya sajak (Mie Adham)! Teruslah menulis (Y)
BalasPadamOh, terima kasih Kak Long. Aduh! Siapa ya Mie Adham tu ya, alamak.
Padamyosh~
BalasPadambagi seorang penulis sejati, bukan apa yang dilihatnya untuk dijadikan cerita, tetapi apa yang difikirkannya untuk dikongsi dengan pembaca. sebab itu hal kecil boleh menjadi besar bagi seorang penulis kan..:)
BalasPadam