Pengikut

Ahad, 29 September 2013

Jangan Khuatir Menjadi Penulis Kecil!

Assalamualaikum semua. Selamat pagi.

Kepada calon penulis, apakah yang membelenggu diri kalian untuk tidak memulakan lagi kerja penulisan?

Masihkah kalian berfikir hendak memulakan penulisan dengan idea yang besar seterusnya meletakkan kalian pada satu tahap yang boleh membanggakan dan dipuja-puja?

Andai untuk menjadi penulis besar dan hebat perlu menulis isu atau idea yang besar dan hebat hingga memaksa pembaca berfikir-fikir untuk memahaminya, saya fikir saya masih belum layak untuk diiktiraf penulis besar atau hebat itu kerana saya hanya mengutip isu atau idea yang berlegar di sekeliling saya. Sawah, kampung, ayam, itik, hal-hal kekeluargaan, persahabatan masih menjadi bahan untuk saya menulis. 

Andai anda mahu menjadi penulis kecil-kecilan, saya ada jawapannya. Tulislah apa-apa yang mampu kita kuasai dengan memperlihatkan sesuatu yang bukan disalin daripada mana-mana buku ataupun dibuat-buat hanya untuk menulis tentangnya. 

Perkara itu hanya dapat dilakukan sekiranya idea itu dekat dengan kita. Sebagai contoh, anda mahu menceritakan tentang sawah padi. Sekiranya penulis itu tidak memahami selok-belok tentang sawah padi dan tidak pernah pun melihat sawah padi, bagaimana penulis itu mampu menceritakan tentang sawah padi itu dengan baik. 

Walaupun ada sesetengah penulis menganggapkan tiada apa-apa istimewanya menulis tentang sawah padi. Jangan terkejut sekiranya saya katakan hanya menulis tentang sawah padi mampu membuatkan kita berfikir banyak perkara tentang kesabaran, ketentuan, kemiskinan, penindasan, kasih sayang, tanggungjawab dan sebagainya. 


35 ulasan:

  1. menjadi penulis pun kena menjiwai sesuatu watak itu juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu sangat agar watak itu tidak kaku seperti dibuat-buat pula.

      Padam
  2. sedang belajar menjadi penulis blog yang baik..salam pagi ahada cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, menulis memang perlukan latihan berterusan. Semoga berjaya.

      Padam
  3. Saya setuju.

    Saya dahulu adalah peminat tegar Anime Jepun. Sering saya tertanya bagaimana boleh saya begitu teruja tiap kali ingin mengetahui episod seterusnya?

    Apabila difikirkan, barulah saya mengerti bahawa penulis Jepun menyampaikan budaya mereka melalui karya Anime.

    Bayangkan saya boleh tahu jenis-jenis hantu Jepun yang baik mahupun jahat lebih banyak berbanding hantu Melayu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu karya yang baik. Kartun juga boleh dijadikan sumber penceritaan dalam mengembangkan budaya setempat. Contoh mudah di Malaysia Upin Ipin.

      Padam
  4. Terima kasih atas nasihat.....moga boleh menajdi pembimbing yang baik kepada kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, jika ada persoalan berkaitan penulisan boleh bertanya kepada saya. Jika saya dapat bantu akan saya bantu.

      Padam
  5. berat nak jadi penulis ni, memerah otak memutar kata-kata.... mama pernah mengalaminya, sekarang tak boleh dah kot, tepu cikgu otak mama... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja menulis memang mmerlukan otak berfikir, jika tidak tulisan kita itu kosong.

      Padam
  6. wah nak jadi penulis....perlu yang betul2 berilmu...:)
    agar hasil penulisan lebih kreatif dan mantap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju cik akak. Perlu ada ilmu. Kalau tidak ke lautlah tulisan kita itu.

      Padam
  7. T kasih diatas perkongsian yg bermanafaat ini.. semoga menjadi inspirasi kpd semua.. amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, saya juga berharap begitu dengan apa-apa yang saya tulis itu bermanfaat untuk semua.

      Padam
  8. Dah lama saya tinggalkan alam penulisan, rasa nak sambung kelak.

    BalasPadam
  9. betul tu cikgu..penulisan akan jadi lebih dekat dengan pembaca kalau penulis betul-betul memahami dan menjiwai apa yang ditulis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali Akmal. Sebab tu saya tak nak tulis subjek yang saya tidak kuasai.

      Padam
  10. Penulis merupakan seorang yang seni.. Dari setangkai padi boleh diulas menjadi cerita.. Dari kelopak bunga dianyam juga jadi cerita.. Bak kata orang dari mata turun ke hati.. Dari hati menjalar ke tangan dan jemari.. Dari jemari terkena sentuhan pena dan dakwat pena terkena pada helaian kertas.. Maka tercoretlah suatu cerita.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi Kak Erin. Ya, betul tu. Penulis mampu mengungkapkan sesuatu yang jarang dapat ditafsir oleh masyarakat.

      Padam
  11. terima kasih atas motivasi dari seorang penulis!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, moga lebih ramai lagi yang berminat untuk menjadi penulis.

      Padam
  12. terima kasih banyak2 helmi...kathy memang minat dunia penulisan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Ayuh, tunggu apa lagi Kak Kathy. Mulakan dari sekarang.

      Padam
  13. ada juga terlintas utk jadi penulis,,tapi cam x betul je bahasa fizi guna..eheh :)
    Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

    BalasPadam
  14. motivasi yang sangat baik untuk mereka yang berura-ura mahu menulis seperti saya...terima kasih,cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Wah, novelis hebat ni datang ke blog saya.

      Padam
  15. Saya suka menulis =) selain dapat tingkatkan ilmu pengetahuan, dapat juga berimaginasi, walaupun cara penulisan masih tunggang-langgang..tapi cubalah untuk baiki dari semasa ke semasa..inshaa'Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba Fais. Tidak ada yang salah dalam penulisan. Cuma perlu rajin berusaha dan tidak mudah putus asa.

      Padam
  16. Tahniah, cikgu. Karya cerpen (Mohd. Helmi Ahmad) tersiar dalam majalah Jelita Oktober 2013, sekali gus bertatapan karya sajak (Mie Adham)! Teruslah menulis (Y)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terima kasih Kak Long. Aduh! Siapa ya Mie Adham tu ya, alamak.

      Padam
  17. bagi seorang penulis sejati, bukan apa yang dilihatnya untuk dijadikan cerita, tetapi apa yang difikirkannya untuk dikongsi dengan pembaca. sebab itu hal kecil boleh menjadi besar bagi seorang penulis kan..:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78