Pengikut

Sabtu, 7 September 2013

Menuju Kelas Dunia

Assalamualaikum semua. Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. 

Daripada semalam lagi saya mengikuti siaran berita yang memperkatakan tentang PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025

Hari ini selepas balik dari mengajar kelas tambahan Tahun 4, saya ke kedai untuk membeli surat khabar. Pasti beritanya dan keluaran Khas PPPM ini akan disiarkan. 

Muka hadapan Berita Harian Hari ini memperlihatkan kerajaan dan Kementerian Pendidikan begitu serius dan komited dalam memastikan kualiti pendidikan negara menuju ke dunia. 


Sebagai seorang guru ataupun agen pelaksana, memikul tugas dan tanggungjawab yang tinggi dalam menjayakan misi ini.  


Dalam surat khabar juga turut dimuatkan tentang perjalanan perancangan dan pihak terlibat sebelum PPPM dilancarkan. Semua pihak termasuk guru besar, guru, murid, pegawai JPN,PPD, ahli PIBG dan orang awam diberi peluang untuk bersuara dan berdialog. 


Sehubungan dengan itu, satu tindakan telah diputuskan yang mana pemilihan guru adalah berdasarkan calon yang  cemerlang sahaja. 

Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada pemohon memiliki tiga gred Kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISM).

Kementerian Pendidikan juga akan menghentikan pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kerana PPPM memerlukan guru yang benar-benar mahir dan terlatih dengan sistem pengajaran.


Setelah desas-desus sebelum ini untuk mewajibakan mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM akhirnya terlaksana mulai 2016. 61,000 guru BI wajib menduduki Ujian Penempatan Cambridge bagi membolehkan murid mengikuti pembelajaran daripada guru yang mempunyai kemahiran mengikut standard antarabangsa. 


Ketahuilah kita bahawa sasaran tansformasi pendidikan dalam tempoh 13 tahun ini akan mengalami tiga (3) gelombang utama.

1. Gelombang 1 - 2013-2015
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama.

2. Gelombang 2 - 2016-2020
Memacu peningkatan sistem.

3. Gelombang 3 - 2021-2025
Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi.

Sumber: Berita Harian, 7 September 2012.

23 ulasan:

  1. makin tinggi standard pelajar kita nnti..
    harap akan ada kemajun dr segi pendidikan kelak.

    BalasPadam
  2. semoga program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Berdebar-debar juga sebenarnya. Besar tanggungjawab ni.

      Padam
  3. memang sepatutnya bahasa Inggeris ni subjek wajib lulus...bahasa kedua yang terpenting di dunia...lagipun bila menyambung ke peringkat pengajian tinggi semua sumber rujukan adalah dalam bahasa Inggeris

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Namun bab sumber rujukan ni, menjadi cabaran kepada sarjana kita untuk memperbanyakkan bahan dalam bahasa Melayu.

      Padam
  4. sama-samalah kita merealisasikan PPPM

    BalasPadam
  5. semalam ada tgk juga berita...hampir separuh masa berita mengenai pppm..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah pasti kerana PPPM salah satu penentu pembangunan negara.

      Padam
  6. negara berpendidikan pemancu ke hadapan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Pendidikan mampu menjayakan matlamat pembangunan negara.

      Padam
  7. Dalam mengorak usia ke senja (iyalah tu...) dibahu saya turut tergalas tanggungjawab itu...

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Hebat! Yang nak melaksanakannya juga perlulah tabah dan sabar.

      Padam
  9. Balasan
    1. Mungkin perlu banyak membaca lagi untuk lebih pemahaman.

      Padam
  10. Banyak betul program sekarang niekan...Nice sharing cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha ini untuk meningkatkan mutu pendidikan negara dan kualiti murid kita.

      Padam
  11. semoga usaha ini dapat seimbang dengan pembangunan yang semakin maju...huhuhuh!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, pembangunan jiwa juga perlu dititik beratkan.

      Padam
  12. nampaknya serius kerajaan kali ni, banyak yang dah ditinggakan standardnya..harap pendidikan di Malaysia terus berkembang maju sejajar dengan pembangunan negara..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78