Pengikut

Selasa, 1 Julai 2014

Tugasan Geografi PT3 2014: Konsep, Punca dan Kesan Pencemaran Udara

Assalamualaikum.



Tugasan Geografi PT3 2014: Kajian Kes Pencemaran Alam Sekitar

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji. 
2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut. 
2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian. 
2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 

Pengenalan Kepada Konsep Pencemaran Udara


Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yangmenjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayuyang tidak terkawal.

Jenis Pencemaran Udara


Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder

Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal

Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.

Punca Berlakunya Pencemaran Udara


  • Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
  • Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
  • Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
  • Penyemburan racun makhluk perosak
  • Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
  • Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.
  • Letusan gunung berapi
  • Pelepasan asap kenderaan
  • Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

Kesan Pencemaran Udara 



Kesan terhadap Kesihatan Manusia
  • menjejaskan sistem pernafasan.
  • Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
  • Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
  • Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. 
  • Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. 
  • Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan
  • Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. 
  • Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. 
  • Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.

Kesan Terhadap Bahan
  • Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. 
  • Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. 
  • Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara. 
  • Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak. 

Kesan Terhadap Lapisan Ozon
  • Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. 
  • Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. 
  • Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. 

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
  • Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. 
  • Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. 
  • Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
  • Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlakus ecara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. 
  • Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.


Rujukan: 
1.http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini
2.http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html


21 ulasan:

  1. Pencemaran udara memudaratkan kesihatan.

    BalasPadam
  2. luhan fan : carilah sendiri,usaha kan tangga kejayaan
    *gurau jer lek ah

    BalasPadam
  3. Assalamualaikummm, mohon copy ye....

    BalasPadam
  4. kenapa kena buat temu bual stress la , bukan semua orang free ada juga yang ada masalah keluarga , kalau x ada temu bual bukan senang? kenapa lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg temu bual tu..cikgu2 kt skolah sy ckp,temu bual je parent kite.. tp reka la nme jgn gne nme parents yg btol

      Padam
    2. sya kena sruh tnya kt guru jer =)

      Padam
  5. macam mana dngan pencemaran bau ?

    BalasPadam
  6. tolong definisi kan pencemaran bau

    BalasPadam
  7. contoh karangannya ada takk???....


    BalasPadam
  8. Pelajar saya lebih percaya pada cikgu helmo daripada saya, guru penilainya. :(

    BalasPadam
  9. Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran udara?

    BalasPadam
  10. assalamualaikum, saya nak mintak copy boleh?

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum..mohon untuk d copy dan rujukan..ya!

    BalasPadam
  12. as salam,saya copy dan letakkan link dalam sumber rujukan :)

    BalasPadam
  13. Hey this we'd really help me for me folio
    Thanks mieadham86

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78