Assalamualaikum.
Wah, seminggu saya tidak menerbitkan sebarang entri! Bukan tidak dijenguk blog ini, tetapi tiada apa yang hendak dikongsikan. Namun, hari ini saya rajinkan jemari untuk mencoret sebarang kisah untuk perkongsian bersama.
Saya pasti, mood untuk berhari raya semakin dirasai. Saya pun begitu. Berkira-kira untuk pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga, berbuka bersama dan menyambut Aidilfitri. Bagaimanapun, kami warga pendidik masih dalam dilema sama ada hari Jumaat ini sekolah dberi cuti ataupun tidak. Pada mulanya, khabar angin mengatakan cuti, namun sehingga hari ini hitam putihnya belum dikeluarkan. Oleh itu, hari Jumaat ini sesi persekolahan perlu diteruskan.
Menyentuh tajuk entri kali ini, seperti terakam satu nostalgia bagi saya setiap kali menyambut Aidilfitri. Saya pernah menulis sebuah cerpen berjudul Ketupat Palas Nasi Himpit. Cerpen ini disiarkan di majalah Era Muslimah pada tahun lepas kalau tak salah. Mengisahkan pasangan kembar dari sebuah keluarga yang mengidam untuk menikmati ketupat palas. Sedangkan ibunya tidak tahu untuk menganyam ketupat palas. Puncanya, generasi kini yang tidak pernah hendak belajar untuk menganyam ketupat palas. Biarpun si ibu cuba belajar daripada video di internet, sememangnya amat sukar hendak dipraktikkan.
Keduanya, pastilah konflik sampingan yang saya wujudkan adalah perselisihan faham antara anak dengan ibu menyebabkan (perkahwinan yang tidak direstui) telah membawa haluan anak mengikut suami. Namun, pengahirannya, saya pertemukan semula si anak dengan si ibu yang akhirnya menyebabkan pasangan kembar dapat menikmati ketupat palas (nenek).

Di tempat saya, sememangnya ketupat palas menjadi juadah wajib untuk disediakan. Kemudian, kari daging dijadikan pencecahnya. Ada juga yang menyediakan serunding. Oh, nikmatnya mengecurkan liur!
Beberapa hari menjelang hari raya, ayah akan membeli daun palas di pasar hari. Kemudian, mak saya akan membuka daun palas lebih awal (menganyam kelongsong ketupat). Saya turut membantu. Pada sehari sebelum hari raya, mak akan menanak pulut separuh masak yang telah diadun dengan santan dan dimasukkan sedikit garam. Kerja saya pula mengeluarkan pulut tersebut daripada periuk lalu diletakkan di atas talam (dulang) besar agar pulut itu sejuk. Hal ini penting supaya kerja-kerja menyumbat pulut dalam kelongsong mudah dilakukan. Setelah siap dianyam, saya akan menggunting tangkai ketupat yang panjang sebelum dimasukkan ke dalam periuk untuk direbus.
Bagi saya ketupat palas penyeri hari raya. Tak ada ketupat palas macam tak raya pula.

org kelntan.. ni hidangan utamanya.. tp jd org kelntan pun x reti buat.. biasa temph je..
BalasPadaminti sambal daging..sedp oh
dia tengok tempat kan
BalasPadamkalau kampung mak akak kat kuala lipis nun, lemang
kampung abah dekat kuala selangor baru ketupat palas
sebelah suami pula ketupat biasa tu
tapi kalau suruh akak pun tak reti
berbelit tangan nak buat =)
apapun selamat balik kampung cikgu ye
wah..selamat berpuasa...
BalasPadamx hari raya je bro,,dibulan ramadhan pun ketupat palas menjadi hidangan pembuka selera..kalau x der ketupat palas waktu berbuka rasa x lengkap bila berbuka..huhu
BalasPadamDulu masa terperuk kat kampung, xpernah kenal dengan ketupat daun palas, tapi bila keluar dari tempurung barulah mengenalinya... Kampung saya di Bagan Datoh dah memang terkenal dgn pokok kelapa, hanya ketupat biasalah jd hidangan. Sekarang dah pandai makan ketupat daun palas dan ianya sedap bak lemang... :)
BalasPadamAssalamualaikum,
PadamSalam Lebaran buat Cikgu Helmi sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)
bestnya nya ketupat palas,..:)
BalasPadamSeronok baca coretan pengalaman cikgu. Lagi seronok kalau cikgu kongsikan lebih banyak. :)
BalasPadamSaya lebih suka makan ketupat palas dengan rendang. :)
pernah makan ketupat palas yang ada jagung masa kat u. sedap sangat :)
BalasPadamteringin nak belajar bat ketupas palas satu hari nanti
Kita suka ketupat palas ni berbading ketupat nasi daun kelapa tu...lebih sedap...
BalasPadamSaya lebih menyukai ketupat palas ni. Klu dihidang ketupat ni dgn yg biasa tu, pasti akan sambar yg ni dulu... :D
BalasPadamHmm..tekak kathy lebih terbiasa menjamah buras@burasak. Sedap..lebih kurang seperti ketupat palas juga tapi menggunakan beras dan daun pisang menggantikan pulut dan daun palas.
BalasPadamkalau ketupat palas ganti ketupat nasi.... agak2 seri tak raya cikgu? :D
BalasPadam