Assalamualaikum.
Format Tugasan PT3 Sejarah
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:
1. Tajuk rencana
2. Nama penulis
3. Isi kandungan:
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
(f) Membuat rumusan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan
Bahan ini sekadar rujukan sahaja. Calon diingatkan supaya tidak menyalin bulat-bulat untuk dijadikan tugasan PT3.
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
Konsep 1Malaysia
- Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis rumah terbuka perayaan peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh pelbagai kaum.
- Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang.
- Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
Aktiviti Kemasyarakatan
- Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
- Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
- Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan.
- Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Hari Keluarga
- Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi.
- Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga.
- Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.
Sistem Pendidikan
- Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun.
- Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum.
- Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa.
Penerapan Nilai-nilai Budaya dan Warisan
- Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain.
- Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah.
- Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
- Kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
- Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
- Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Sumber:
1. http://stpm-study.blogspot.com/2013/09/esei-11-usaha-usaha-untuk-memupuk.html
Perpaduan kaum asas kemakmuran negara.
BalasPadamdpat jdi sumber . thanxx :)
BalasPadambantuan pada anak kathy yg memerlukan..
BalasPadamThanxx
BalasPadamthis help me a lot...thanks
BalasPadamBoleh tolong tak?? Contoh untuk bangunan bersejarah pula.. please
BalasPadam