Assalamualaikum.
Saya katakan, saya sangat berbangga dengan pencapaian saya dalam bidang penulisan setakat ini. Selain menulis secara eceran, saya juga telah mempunyai sebuah buku, kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa. Insya-Allah, buku KEDUA saya bakal menyusul tidak lama lagi.
Cerpen Kanak-kanak |
Selain menulis karya dewasa dan remaja saya juga berjinak-jinak dalam penulisan karya kanak-kanak. Setakat ini saya telah berjaya menghasilkan beberapa buah cerpen kanak-kanak. Cerpen itu pula ada yang tersiar dalam majalah untuk kanak-kanak seperti Dewan Pelajar dan e-BACA.
Penulisan bagi genre kanak-kanak ini bukanlah satu penulisan yang dirancang, namun secara tidak langsung terhasil daripada cetusan secara berkala. Mungkin juga perkara ini terkait dengan tugas hakiki saya sebagai seorang guru di sekolah rendah yang mendedahkan saya dengan kanak-kanak.
Ada yang berpendapat, saya perlu fokus pada satu-satu tahap pengkaryaan yang mana hendak menulis karya dewasa, remaja ataupun kanak-kanak untuk lebih cemerlang. Ya, bagaimanapun saya lebih selesa menulis karya remaja sekarang ini. Sesekali menulis karya dewasa dan kanak-kanak. Perkara ini berlaku barangkali keterbatasan waktu, yang mana karya kanak-kanak lebih pendek berbanding karya lain. Kemudian, tema yang diketengahkan lebih sesuai untuk menulis karya kanak-kanak.
Sememangnya saya berhasrat untuk mengumpulkan cerpen kanak-kanak saya untuk dijadikan manuskrip kumpulan cerpen kanak-kanak. Insya-Allah, doakan hasrat ini tercapai satu hari nanti.
Saya mengakui menulis karya kanak-kanak sangat sulit. Bahasanya haruslah sederhana sesuai dengan golongan itu. Paling penting keseluruhan karya haruslah positif dan pengakhirannya haruslah yang baik-baik sahaja. Semua ini harus dititi beratkan untuk membina sahsiah kanak-kanak yang baik.
SAYANGKU, JALUR GEMILANG merupakan cerpen kanak-kanak saya yang disiarkan di majalah e-BACA, OGOS 2014, terbitan Karangkraf. Cerpen ini mengisahkan Rahman dan kawan-kawannya yang berhasrat untuk menyertai pertandingan mencipta Jalur Gemilang. Majalah ini diterbitkan untuk kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Harganya cuma RM2.50. Kepada yang berminat untuk membaca keseluruhan cerpen ini boleh dapatkan segera di pasaran. Selain itu juga, majalah ini sarat dengan maklumat, perkogsian dan tips murid menghadapi UPSR.
Saya minat dengan penulisan untuk kanak-kanak, pernah terlibat menghasilkan karya grafik untuk bacaan kanak-kanak suatu masa dulu. Semoga hasrat anda untuk membukukan cerpen kanak-kanak tercapai, Insha-Allah.
BalasPadamTerima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan. Sudah pastilah yang pernah terlibat dalam dunia penulisan ni walau dalam apa jua kelompok merasai "keterujaan dan keseronokan" yang tersendiri kan.
Padamtahniah cikgu. terus konsisten.
BalasPadamTerima kasih. Harapan jua saya doakan kepada Puan Monalita Mansor. Semoga berjaya juga dengan usaha mendidik bakat baharu ya.
Padambahang bulan kemerdekaan kian terasa..
BalasPadamCerpen ini mengambil sempena hari Kemerdekaan.
PadamPenulisan utk kanak2 ni besar potensi dan pasarannya. Teruskan usaha...
BalasPadamYa, besar potensinya. Jika kanak-kanak di Malaysia gemar membaca alangkah baiknya lagi.
PadamAlhamdulillah... tahniah helmi... semoga lebih sukses di masa depan... :)
BalasPadamTerima kasih Acik Idah.
Padamtahniah....selamat maju jaya..
BalasPadamTerima kasih MKL
PadamSelamat hari raya maaf zahir dan batin ye...
BalasPadamTahniah! semoga segala cita-cita tercapai.
BalasPadamTahniah helmi..
BalasPadamPenulisan utk kanak2 mempunyai potensi yg sgt luas serta bermanfaat utk jangka panjang. Semoga dipermudahkn segala usaha cikgu Helmi ke arah kejayaan... aamiin.
BalasPadamTahniah tuan! Ternyata saya sentiasa terinspirasi dengan kejayaan tuan. Walaupun saya masih lagi ada sifat takut di benak minda ini. Yelah. Saya masih takut untuk menyiapkan deraf karya dek kerana ketakutan itu. Saya takut kalau karya tidak semantap tuan.
BalasPadamNanti apabila dana cukup, saya akan menempah buku tuan itu. Insya-Allah.
akak tumpang bangga dengan kejayaan cikgu
BalasPadamteruskan usaha ye
Semoga cikgu terus memacu kejayaan yg lebih gemilang. Potensi penulisan utk kanak2 memang punya masa depan yg cerah. Elok juga cikgu pelbagaikan dan perluaskan skop golongan sasaran.
BalasPadamTahniah untuk cerpen ini juga. Sukar sebenarnya nak menulis karya untuk kanak-kanak, tetapi cikgu berjaya. Syabas!
BalasPadamCongrats Helmi!! Awak mmg dh berjaya...tak sia sia SKBK ada guru BM mcm awak..
BalasPadam