Pengikut

Sabtu, 30 Ogos 2014

Facebook Mohd Helmi Ahmad (Tetamu Istimewa)

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia dan khasnya kepada pengunjung blog Tetamu Istimewa. Nampaknya, kemelut pergelutan antara saya dan masa masih belum selesai. Seminggu sekali terbitnya entri. Oleh itu, tidak hairanlah blogger-blogger pun sudah malas hendak singgah di sini ya. Insya-Allah, saya akan cuba menggerakkan momentum untuk menulis dengan sedaya boleh. 


Facebook Mohd Helmi Ahmad

Akhirnya, saya telah mengorak satu langkah ke hadapan lagi, kata beberapa orang rakan. Ada juga yang senyum-senyum simpul, ada juga yang teruja apabila Mohd Helmi Ahmad atau penulis buku Tetamu Istimewa ataupun Cikgu Helmi sudah memiliki Facebook. Wanariahamiza siap suruh saya buat entri khas lagi tentang keterbukaan saya untuk memiliki Facebook. 

Sudah lama saya berkira-kira hendak mengaktifkan akaun Facebook saya ini. Jika dahulu perbagai persepsi yang bermain-main dalam minda saya: mungkinkah Facebook ini melalaikan, Facebook ini, Facebook itu dan pelbagai lagi. Namun segala-galanya bergantung pada niat kita sendiri untuk apa Facebook itu diwujudkan. Antara lain, saya ingin berkenalan dengan lebih ramai rakan termasuk penulis yang ada di Malaysia ini khasnya. 

Jaringan Perkongsian  Lebih Luas

Selama ini saya hanya mendengar kicau riuh mereka sahaja, sukar untuk saya mengikuti perkembangan seseorang penulis, bertegur sapa, dan berkongsi apa-apa sahaja perkembangan penulisan yang lebih luas jaringannya berbanding blog sekarang ini. Itu tidak bermakna saya menafikan peranan blog yang telah banyak berjasa kepada saya membina tapak dalam dunia penulisan ini. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak putus asa "mendesak" saya untuk mengaktifkan akaun Facebook. Jika tidak, Mohd Helmi Ahmad penulis buku Tetamu Istimewa, Cikgu Helmi tidak ada Facebooklah ya. Yang berminat hendak menjadi rakan saya di Facebook, boleh tambah saya sebagai rakan. Sekian, selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-57 (Di sini lahirnya sebuah cinta)


11 ulasan:

  1. Setuju buka facebook bergantung pada niat. :)

    BalasPadam
  2. Tahniah tuan! Akhirnya tuan bergaul juga dalam dunia media sosial ini. Ya saya tahu Facebook melalaikan. Sangat. Nian.

    Tetapi jangan lupa. Dengan Facebook juga saya mengenali ramai orang hebat. Mereka menyampaikan idea EMAS tanpa perlu dibayar.

    Serius.

    Cuma, berhati-hati ya Tuan.

    Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-57.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Selamat menyambut hari merdeka... Nampaknya pemikiran dan pandangan anda semakin merdeka! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masukkanlah link FB... boleh kita bertemu di muka buku pula... :)

      Padam
  4. Salam kemerdekaan cikgu Helmi.. tahniah kerana ada akaun fb. Cuma pemikiran sesetengah kita je yg memandang buruk pada fb. Sebenarnya, buruk & baik sesuatu perkara ni atas kita sendiri. Klu baik, apa pun akan jadi baik.. :)

    BalasPadam
  5. Salam Cikgu Helmi, Tahniah, selamat bermuka buku, sebelum ini, cari juga fb, cikgu tapi tak jumpa, Terima kasih sudi bersahabat bernuka buku dengan saya;), semoga terus sukses!

    BalasPadam
  6. Tahniah cikgu & Salam kemerdekaan ke 57 . Moga-moga jiwa dan minda kita terus merdeka kan...

    BalasPadam
  7. ye lagi mudah .. di sebalik keburukan facebook yg di salah guna tidak dapat di nafikan kepentingannya bagi memudahkan interaksi berbanding blog. kathy sendiri mnegakui kepentingan fb ini. mudah juga bagi helmi mempromosi buku Tetamu Istimewa melalui medium fb..

    BalasPadam
  8. Setuju. Melalui fb banyak mengenali dan mengetahui perkembangan terkini para penulis dan dunia perbukuan. Sehingga saya tewas meninggalkan dunia penulisan di blog yang kian menyepi.

    BalasPadam
  9. pas ni boleh la add fb cikgu helmi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78