Pengikut

Ahad, 31 Ogos 2014

Tajuk Penting dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu UPSR

Assalamualaikum.

Dalam kemeriahan dan keseronokan kita menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-57, saya rasa murid-murid Tahun 6 khasnya  yang bakal menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 kurang lebih lapan hari sahaja lagi berasa gelisah. 

Tarikh UPSR dijadualkan pada 9,10 dan 11 September 2014. Walaupun saya tidak mengajar Tahun 6, tetapi saya dapat berasakan tekanan yang bukan sahaja murid malah guru yang mengajar. Sudah pastilah ibu bapa turut terkena tempiasnya. 


17 orang murid mendapat 5A Percubaan UPSR -SK Batang Kali


Ketika inilah pelbagai dugaan dan cabaran yang harus murid tempuhi. Guru-guru pula akan mengerah segala kemahiran dan tenaga untuk membantu murid supaya cemerlang dalam peperiksaan. Justeru, diingatkan supaya murid dan guru tidak terpengaruh dengan suntikan dan hasutan tentang soalan bocor, soalan target dan sebagainya yang boleh mengganggu tumpuan dalam landasan mencapai kejayaan. 

Bagaimanapun, hasil daripada perkongsian guru-guru di sekolah tentang tajuk-tajuk penting yang harus diberi penekanan oleh murid dan guru dalam Kertas Penulisan/Karangan (012) Bahasa Melayu UPSR adalah seperti berikut:

Tajuk Penting Kertas Penulisan/Karangan UPSR

2. Syarahan Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri
4. Program Nilam di Sekolah
6. Surat Rasmi: Surat untuk Guru Besar tentang aktiviti persatuan/kelab.
7. Syarahan: Berkaitan dengan sekolah/Berjimat Cermat

Saya begitu yakin bahawa tajuk-tajuk ini telah pun diajarkan kepada murid di sekolah. Selain murid mendapat pelajaran secara formal dalam bilik darjah, penglibatan murid dalam aktiviti seumpama ini yang dianjurkan oleh pihak sekolah membantu proses pemahaman mereka. 

Oleh itu, diharapkan pihak sekolah tidak melepaskan peluang dalam menganjurkan program atau aktiviti seumpama ini untuk memberi pendedahan kepada murid. Pengetahuan yang berharga adalah pengalaman yang dirasai dan dialami sendiri oleh murid, bahkan mampu meninggalkan kesan yang baik dalam diri mereka. 


6 ulasan:

  1. Anak buah saya UPSR tahun ni, semalam ibunya telefon mengadu pada saya, dia asyik main..hehe, menurun makcik kot..lepas tu kata saya pada kakak, jangan bagi stress sangat pada dia...

    BalasPadam
  2. dah tak lama lagi UPSR...good luck kepada adik2 yang bakal mengambil UPSR :)

    BalasPadam
  3. Anak saudara amik upsr,mak sedara yg eksited..hehe

    BalasPadam
  4. Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat semua calon2.. Semoga berjaya!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78