Pengikut

Rabu, 3 September 2014

Fokus Karangan UPSR: Program atau Kem Motivasi Sekolah

Assalamualaikum.

Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di sekolah guru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan formula terbaik untuk menelaah tajuk-tajuk penting, fokus utama setiap mata pelajaran termasuklah Bahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu

Antara kaedah tersebut, guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karangan atau karangan contoh tajuk yang ditekankan untuk UPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsi rangka karangan untuk tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentang Program Motivasi atau Kem Motivasi sekolah

Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah.  Tuliskan catatan tentang kem motivasi tersebut.

Rangka Karangan

Rangka 1



Rangka 2


Format Catatan – Tarikh, masa

Pendahuluan 

Isi 1:   -  mendaftar
          - ucapan perasmian 

Isi 2:   - pengisian  ceramah – nasihat - teknik menjawab soalan

Isi 3:   - rehat 
          - menyanyi dan bermain

Isi 4:   - ucapan penutup
          - penyampaian cenderamata.

Penutup: perasaan

Karangan Contoh


20 April 2007 
7.30 pagi    :  Kami mendaftar diri. Kemudian, murid berkumpul di dewan.
8.00 pagi    : Guru Besar memberi ucapan.Guru besar menasihati kami agar belajar
                     bersungguh-sungguh.
8.30 pagi    : Penceramah menyampaikan ceramah.Beliau memberi pelbagai 
                     nasihat kepada murid. Kami juga diajar cara menjawab soalan Bahasa
                     Malaysia.
10.00 pagi   : Rehat dan makan di kantin.
10.30 pagi   : Menyanyi dan bermain
11.30 pagi   : Guru Besar menyampaikan cenderamata.
12.00 tengah hari : Kami balik dengan perasaan yang gembira.


NOTA: Bahan ini merupakan perkongsian daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hasil daripada perbincangan dan perbengkelan yang dianjurkan. Oleh itu, saya panjangkan di sini untuk perkongsian bersama. Kredit juga perlu diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Modul Mulus Bahasa Melayu). 

9 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78