Pengikut

Isnin, 29 September 2014

Blog Niche Sastera dan Penulisan vs Niche Bahasa dan Pendidikan

Assalamualaikum.

Sudahkah anda mengenal pasti kekuatan yang ada pada blog anda? Perlukah seseorang blogger menganalisis kekuatan dan kelemahan blog sendiri? Untuk apakah perkara-perkara ini dilakukan oleh seseorang blogger? Pasti banyak manfaat yang akan diperolehi daripada kerugian dengan melakukan perkara-perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah blogger. 

Saya bukanlah seorang blogger yang hebat yang boleh menawarkan tips atau perkongsian yang terperinci dalam hal blog. Jauh sekali untuk bercakap soal SEO Bounce Rate, Alexa, PR dan sebagainya. Namun begitu, pengalamanlah yang boleh mematangkan seseorang blogger itu untuk terus berjaya. 


Niche Tetamu Istimewa

Niche Sastera dan Penulisan


Sekiranya anda yang mengikuti blog Tetamu Istimewa ini, dari awal hingga sekarang ini, pasti dapat menerka niche blog ini. Pada awal pembabitan saya dalam dunia blog ini, entri saya banyak ke arah perkongsian sastera dan penulisan

Melalui blog inilah saya merakam atau mendokumentasikan hasil penulisan saya yang berupa cerpen, puisi, artikel yang tersiar di majalah dan surat khabar. Selain itu, saya ada juga berkongsi sisi-sisi kerja penulisan dan seumpamanya. 

Bagaimanapun, saya perlu akui niche ini perlukan sesuatu daya tarikan yang kuat untuk menjana trafik. Tetapi, untuk sekadar perkongsian untuk menambahkan ilmu dan sebagai bahan bacaan, saya akan terus menerbitkan entri berkaitan niche ini. 


Entri untuk Niche Bahasa dan Pendidikan


Satu lagi niche yang cuba saya tonjolkan ialah bahasa dan pendidikan. Nampaknya, niche ini lebih menyerlah daripada niche sastera dan penulisan. Setelah mengkaji dan menganalisis sebab musababnya saya beranggapan, niche bahasa dan pendidikan boleh menjana trafik yang tinggi berdasarkan perkongsian yang dikongsikan. 

Hal ini kerana, info dan perkongsian berkaitan pendidikan umpamanya banyak dicari oleh pembaca. Mereka memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat dalam pencarian sumber rujukan dan membuat permohonan online.

Antara entri yang boleh dikongsikan oleh blogger dan pernah dilakukan oleh saya sendiri ialah entri Semakan Keputusan Peperiksaan iaitu (SAPS), Semakan Permohonan Kemasukan ke kolej, universiti, Institut Pendidikan Guru dan sebagainya. 

Entri yang saya sifatkan paling berjaya ialah entri berkaitan rujukan seperti Tugasan PT3 yang nampaknya masih kukuh dan berjaya menarik ribuan pageviews. 

Tugasan PT3 Menjana Trafik Tinggi


Untuk niche pendidikan, saya pernah berkongsi maklumat di blog ini. Alhamdulillah, entri Tugasan PT3 Geografi dan PT3 Sejarah telah menjana trafik yang tinggi hingga masih kekal dalam Top 10 entri paling popular Tetamu Istimewa

10 entri Popular Tetamu Istimewa - 29/9/2014

Buktinya, pengunjung Tetamu Istimewa ketika itu berjaya mencecah 1704 orang pada satu masa. Dan, Tetamu Istimewa pernah mencatat Pageviews pada masa itu hingga mencecah 176 453 sehari



Oleh itu, para blogger harus mengenal pasti niche blog masing-masing supaya dapat menonjolkan kekuatan blog dengan entri yang berkualiti dan dapat menjana trafik yang tinggi

6 ulasan:

  1. terima kasih kongsi info. Saya akui kebenarannya apabila entri berkenaan pendidikan di blog saya sentiasa mendapat trafik tertinggi.

    BalasPadam
  2. tahniah ! bkn mudah utk hasilkan niche yg ada keunikan dan daya terikan tersendiri ...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tahniah cikgu Helmi... betul tu.. niche blog mmg penting.

    BalasPadam
  4. Woa.. terbaik. Saya jarang ambil tahu hal-hal macam ni, maklumlah blog saya bukanlah blog yg berilmiah sangat. Tulis-tulis utk isi masa lapang je.. =)

    BalasPadam
  5. terbaik..all the best helmi...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78