Assalamualaikum.
Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di sekolah guru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan formula terbaik untuk menelaah tajuk-tajuk penting, fokus utama setiap mata pelajaran termasuklah Bahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu.
Antara kaedah tersebut, guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karangan atau karangan contoh tajuk yang ditekankan untuk UPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsi rangka karangan untuk tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentang Sambutan Bulan Patriotik/Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Ceritakan suasana sambutan tersebut.
Rangka Karangan
Sambutan Bulan Patriotik/Kemerdekaan
1 Sekolah saya telah mengadakan ______________. (apa)
2 Majlis itu diadakan pada __________ (bila) dan __________. (di mana)
3 Murid-murid berkumpul di __________________. (mana)
4 Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dibuat oleh ________. (siapa)
5 Tujuan sambutan itu diadakan untuk _____________ (mengapa).
6 Acara dimulakan dengan nyanyian lagu __________________. (apa)
7 Murid-murid mengibarkan ____________________. (apa)
8 Kemudian, _________________ (siapa) dijemput untuk menceritakan tentang sejarah kemerdekaan.
9 Murid-murid tahap 1 menyertai pertandingan _______________. (apa)
10 Manakala murid-murid tahap 2 pula menyertai ______________. (apa)
11 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat ________________ (apa) daripada murid-murid.
12 Penyampaian hadiah diadakan pada _______________. (bila)
13 ________________ ( siapa) yang menyampaikan hadiah.
14 Murid-murid yang berjaya menerima _________________. (apa)
15 Saya berasa gembira _____________________ . (kenapa)
16 Berharap agar sambutan ________________ (apa) dapat diadakan lagi pada lain kali.
Murid-murid boleh menggunakan rangka karangan ini untuk mengembangkan isi karangan dan seterusnya menghasilkan karangan yang baik.
NOTA: Bahan ini merupakan perkongsian daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Modul Mulus Bahasa Melayu).
Salam kemerdekaan
BalasPadamTerima kasih!
BalasPadamnice..
BalasPadam